Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang
Isu Semasa

Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang

FLIGHT STATUS MH 370

Berita dari Astro Awani pagi ini – pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. Pesawat Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan

Orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

malaysia airline

Ya Allah, moga tak ada apa-apa yang berlaku dan semuanya selamat.

Lepas baca berita ni , terus contact adik ipar dua orang yang kerap ke Beijing beli barang berniaga.   Leganya bila dengar suara kedua-duanya.

 

KAPAL TERBANG MAS HILANG

Ada banyak berita keluar di Twitter, kita tunggu berita rasmi dari MAS – untuk maklumat secara rasmi , baca di laman web Malaysia Airlines

 

Update 11:14 pagi 8/3/2014 – sidang media rasmi MAS – masih hilang.

Penumpang adalah dari 14 negara yang berbeza :

  1. China – 152 dan 1 bayi
  2. Malaysia – 38
  3. Indonesia – 12
  4. Australia – 7
  5. Perancis – 3
  6. Amerika Syarikat – 3 dan 1 bayi
  7. New Zealand – 2
  8. Ukraine – 2
  9. Kanada – 2
  10. Rusia – 1
  11. Itali – 1
  12. Taiwan – 1
  13. Belanda – 1
  14. Austria – 1

Pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun dan Pegawai pertama, Fariq Ab.Hamid, warganegara Malaysia, berumur 27.

mh370

Maklumat penerbangan HM370 telah ditandakan merah di dalam Terminal 3 Capital BJ Int’l Airport

Guna hashtag #MalaysiaAirlines , #PrayForMH370 atau #MH370 untuk berita terkini di Twitter

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang

    1. Harap mereka selamat mcm berita tidak rasmi kata mendarat kat Nanjiang Airport China

      kita tunggu saja berita rasmi

Comments are closed.