Isu Semasa

Pasang Dan Guna

  • Hanya 37,604 daripada 226,000 pemilik kereta keluaran Proton memasang tali pinggang tempat duduk penumpang belakang sehingga 16 Feb 2011.
  • Hanya 211,000 daripada 526,722 pemilik kereta keluaran Perodua memasang tali pinggang belakang sehingga 20 Feb 2011.
  • Pemilik kereta Proton mempunyai tempoh hingga 1 Jun 2011 untuk memasang tali pinggang belakang secara percuma dengan menghubungi Proton di talian 03-8026 9999 .
  • Pemilik kereta keluaran Perodua boleh menghubungi Perodua di talian 1-800-88-600.
  • Hanya kenderaan persendirian yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 yang dilengkapi tali pinggang keledar tempat duduk belakang tetapi tidak menggunakannya akan di saman mulai 1 Januari 2009. Kenderaan yang didaftarkan dalam tempuh tersebut yang tidak mempunyai tali pinggang keledar tempat duduk belakang tidak akan di saman tetapi diberi tempuh 3 tahun untuk memasangnya.
  • Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang tetapi digalakkan memasangnya untuk tujuan keselamatan

Entri terdahulu mengenai pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang :

  1. Ingat yang tersayangโ€ฆ pakailah tali pinggang keledar!
  2. Pemasangan Tali Pinggang Keledar Percuma

Anakยฒ saya dah melepasti umur dewasa kanak-kanak ( 12 tahun ) jadi mereka tak ada masalah. Tak perlu suruh…. Tapi kalau umur anak 3-6 tahun kena latih selalu, ingatkan, beri contoh yang baik ( mak bapa kena pakai ).

Bukan senang nak suruh anakยฒ duduk diam-diam dalam kereta apalagi kalau perjalanan jauh. Sekejap saja dah bosan.

ยฉkujie – kalau yang dah pasang tu , jangan buat perhiasan pula.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Pasang Dan Guna

  1. semenjak kahwin ngan orang rumah ni, tgk family dia memang patuh pada undang2, itu yg sy kagum dan akhirnya sy pun terikut sy berdisplin untuk memakai seat belt
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Mati itu pastiMy Profile

  2. betul cara tu cikgu…kena terangkan sebab sebenar dan kaitkan dengan cerita kemalangan yang kita baca diakhbar dan tonton di tv biar dia faham

    sebab kalau suruh tapi dia tak faham kenapa kena pakai….kesedaran utk dia buat sendiri tu tak ada

    erk…orang dewasa pun degil… ๐Ÿ˜†

  3. Kereta saya jenis model Proton Gen2 yang tidak mempunyai talipinggang untuk penumpang tengah sejak dibeli. Saya telah mendaftar secara online di portal Proton untuk pemasangan percuma sehingga kini tidak maklumbalas dari pihak Proton.

    Saya tidak ada masalah anak-anak untuk memakai tali pinggang cuma talipinggang hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi bukan untuk kanak-kanak kerana yang bahagian silang akan menjerut leher anak atau bersilang dimuka kalau orang dewasa tali pinggang akan dipasang secara menyilang dibadan tapi tidak untuk kanak-kanak. Saya pernah mengajukan masalah ini di portal JKJR mengenai masalah ini mereka gagal memberi maklumbalas yang memuaskan bagaimana pemakaian tali pinggang untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke bawah.

    Saya ada cuba mencari info mengenai pemakaian tali pinggang untuk kanak-kanak di barat. Di barat ada menjual seat extender supaya kedudukan anak-anak mejadi tinggi dan dapat menyilang pada badan dengan baik. Malangnya di Malaysia seat extender ini tidak jual dan saya kurang puas hati dengan perlaksanaan pemakaian tali pinggang tidak mengambil kira untuk semua peringkat umur. Kalau yang dewasa kalau degil tidak mahu mengenakan pemakaian tali pinggang patut disaman.

    Begitu juga topi kaledar yang mempunyai tanda SIRIM hanya dibenarkan digunakan dijalan raya. Bagaimana topi kaledar import yang berjenama seperti Nolan yang digunakan pelumba sukan bermotor tidak mempunyai tanda SIRIM tapi terbukti lebih berkualiti dan harganya ribuan ringgit jika dibandingkan harga topi kaledar yang boleh dibeli pada harga serendah RM50.

    Lorong motor pun bermasalah kerana bagi yang bermotor kuasa besar mengunakannya kerana ia boleh mengundang kemalangan kerana tidak cukup lebar dan lebih sesuai untuk laluan motorsikal berkuasa kecil.

    Tiang lampu jalan, papan tanda jalan dan penghadang jalaraya digunakan adakah ia selamat? Kita boleh recall kembali contoh kemalangan yang melibatkan arwah Achik Spin kalau diperhatikan papan tanda langsung tidak terjejas dilanggar oleh kenderaan malang tersebut. Sebaliknya kereta remuk teruk dan terbakar sepatutnya tiang lampu, papan tanda dan penghadang jalanraya perlu direka mesra kemalangan dan dapat menyerap hentakkan pelanggaran agar ia dapat mengurangkan risiko kematian bukannya seolah-olah melanggar objek pegun.

    Kak Jie saya minta maaf kerana berleter dan beremosi sedikit cuma kesal cara perlakasanaan biarlah menyeluruh dan mengambil kira semua aspek buka sekadar kuatkuasa sahaja. Undang-undang perlu dipatuhi.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Temujanji dengan Shahrukh khanMy Profile

  4. memang….budak2 tu mana boleh duduk diam,

    tapi nak tak nak…kena juga ajar dia
    bertegas bab ni – cerita akibat kalau tak pakai
    kaitkan dgn gambar kemalangan dlam suratkhabar atau tv

  5. Sejak ikuti blog ondscene, dah tak pernah tinggal untuk pakai tali pinggang keledar ni..walau p kedai dekat2 …bawa 20km/h

    rasa macam ada kesedaran nak jaga keselamatan diri – tak nak bertawakal je tanpa usaha…kalau nak jadi apa2, sekurang2 kita dah pakai.

    hehehe…jadi peternak lipas pula ๐Ÿ˜†

  6. Rasanya dengan cara tegur dan suruh berkali berkali berkali….. ugut tak nak jalan selagi dia org tak pakai

    tak pasti cara mcm mana sesuai..sebab anak2 kak jie masa tu, cakap je..dia org boleh ikut

  7. hah..itulah, kalau tak kena lagi kita pun kadang2 terlupa ada undang2 tersebut

    tapi – anak2 memang semua orang tau tak boleh nak dok diam, kena latih tanpa jemu

    terangkan sebab2….dah kena tahan dgn polis tu, bolehlah jadikan sebagai ‘amaran’ utk anak2

  8. anak saya.. lelaki.. sedia maklumkan perangai anak lelaki tapi alamdulillah.. nak pula deme pakai.. caranya.. terangkan jer apa sebab kena pakai.. untuk keselamatan.. tak pakai kalau berlaku apa2apa seperti zcident.. bahaya dan nanti polis tangkap.

    deme faham dan selalu guna… cuma kena ingatkan sekali sekala..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Demi ilmu – LetihMy Profile

  9. kadang2 org pakai tali pinggang sebab takut polis bukan sbb keselamatan!

    sy lah tu orgnya ๐Ÿ˜€

  10. kurang suka pakai sebab ketat. tapi sebab pikir keselamatan kena la ikut kan.
    chun beli benda alah macam penahan tu, jadi tak lah ketat. boleh ekjas ketat dan longgar. tapi jangan longgar sangat. kang macam tak pakai seat belt la plak :-p
    Jom terjah post menarik dari cek chun ..yang di idam sudah dapatMy Profile

  11. baru2 ni saye amik anak2 dari sekolah agama..kebetulan ada road blok JPJ and alam sekitar gak…tak perasan pula saye anak kat belakang tak pakai tali pinggang..last2 pegawai tu minta lesen driving n bagitau lainkali puan pastikan anak kat belakang pakai tali pinggang yer…. ๐Ÿ˜ณ

    o ye ke….tadi dah suruh dia pakai tak perasan pula..maaf lah tuan lainkali saye akan pastikan dia pakai yer..kalo tak konfom kena saman…

    tapi betullah kak jie bukan senang nak suruh anak2 pakai tali pinggang ni…
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Wanita cemburu serang suamiMy Profile

Comments are closed.