Isu Semasa

MPV Proton

EDIT : 15/4/2009 – Proton Exora dilancarkan.

Perlancaran Proton Exora
Perlancaran Proton Exora

– kredit : utusan online

Sekarang ini cerita orang politik lebih sensasi dari gossip artis. Selain dari berita Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan untuk keluar daripada UMNO dan berita tokok tambah sana sini…apalagi yang lebih hebat untuk memenuhi dada akhbar?

Manusia datang dan pergi…. ada awal ada akhir, ada permulaan ada pengakhiran… itu hukum Allah.

Saya baca berita Proton akan keluarkan model MPV awal tahun depan. Bagi saya tindakan ini TERLALU LEWAT! Kenapa bukan 5 tahun lepas sewaktu kegilaan peminat MPV memuncak. Anak saya seusia 13 tahun pernah bertanya kenapa Proton tidak keluarkan MPV 2-3 tahun dulu.

Mampukah Proton bersaing dalam pasaran MPV yang hampir tepu ? Dengan krisis kenaikan harga minyak, ramai orang berminat menggunakan kereta yang lebih kecil dan menjimatkan. Saya sendiri sudah membatalkan tempahan Proton Saga baru dan hangus deposit RM 500. Minat dah luntur atau merancang untuk melompat lebin tinggi…..?

.
.
.
.
.

Menurut Ustaz Zaharuddin Abd Rahmandi sini, Tempahan dibuat sedangkan ‘subject matter’ atau kenderaan itu belum diketahui bentuk sebenar luar dalamnya, harga tepat, tempoh serahan boleh dibuat dan pelbagai lagi. Menurut beliau, hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah haram disebabkan wujudnya gharar iaitu ‘uncertainty’ atau ketidaktentuan harga, bentuk, tempoh serahan dan ciri-ciri spesifik kereta berkenaan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “MPV Proton

  1. Exora proton mpv 1.6 ( RM 76,800.00-OTR) vs Chery Easter mpv 2.4 ( RM 82.000-OTR )
    Sama je kualitas nye…masing-masing nak promote buatan mereka sendiri walaupun kita sedarinye itu adalah untuk mengaburi mata kita semua…so BELI!!BELI!!BELI!!!

    Tapi kalau di beri pilihan lebih baik pilih Mpv Chery yang sgt power, sporty, smart and look like
    sporty wagon..

  2. hahaha..tu sudah mesti
    nnt kalo kak jie da dpt satu, jgn lupa bw chii keliling kg :p

  3. chii – kalau nk keluarkan baru mestilah kena lebih baik dr yg lama… erk..duit pun smart gak!

    suealeen – a’aha lah….kecelaruan minda ni..byk sgt lambakan info yg masuk dlm kepala..hehehe

    itulah…sy rasa proton nk keluarkan MPV thn depan…issshhh..org tgh alamai krisis kenaikan harga minyak ni..kalo boleh nk tukar kete kecik2 je…

  4. yang perodua tu bukan MPV.. itu 4WD ganti kembara.. MPV perodua pun bakal keluar tahun depan.. sebenarnya berkenan dengan 7 seater MPV tapi yang mana ada ni ada yang mahal ya amat.. ada gak yang makan minyak kuat ya amat..

  5. masuk dlm list?? waaa…tp smart kn nautica tu..mcm crv…better sket dr kembara ar…

  6. jiji – entah dia org ni sekolah je tinggi²… marketing sikit mcm tu pun digelakkan org…

    org dah kuar mpv 3-4 biji..proton masih dlm impian..

    cemuih tau nunggu…

    cikgu panji – kita tgoklah org politik tu bergusti dlm gelanggang dia org..

    umi mia – tak larat nk tunggu, kan…. last2 cinta beralih arah…

    maksu – nak tunggu bile tataulah…

  7. toknabe – hahaha..proton juara..mcm budak2 sek masuk pertandingan reka cipta je..

    derang belajar marketing tak erk?

    ziana – The Power Of Dream tu…:D
    list tu boleh isi patlima lagi tu

    cendawanintim – entahlah…belum ade perancangan..yg pasti cinta beralih arah…hiks!

    OD – takut menyesal bile dah beli…rugi skrg tak pe…

    arin – tinggi si katak lompat

    kita tgok drama dlm bulan2 ni..

  8. perodua nautica pun lawa gak kn..tu bg sape2 yg ske 4wd weel nye kete ar kan

  9. intan -erk…mungkin tidak!

    mz – bkn cite gempaQ sgt pun….tradisi bekas PM mmg keluar parti..hehehe

    erk..pasal MPV proton tu….mmg dah lama sgt tunggu….cinta beralih arah dah..:D

    mama – tu la..tgok iklan kt tv…lawa gak ,kan

  10. ermmm..tu lah kan…terlewat betul diaorang nih…kalau diaorang keluar awal 6 bulan pun..dah tentu diaorang masuk dlm list sy ari tu…aiyak…..kaya Honda…hukhuk…

  11. Gerun dengan keadaan politik di M’sia. Siapa untung dan siapa rugi???

  12. Mampukah Proton bersaing dalam pasaran MPV yang hampir tepu ?

    TAK MAMPU@!~

    haih….

    Oh mesia.

  13. kak jie nk lompat tinggi mana?wah..wah..wah..
    citer ameno nih..seronot sekali sekala ader havoc gini..

  14. Sabar… sabar… memang dah kensel ke? Alahai… tak apa. Itu dah takdir, kan Jie kan…

  15. kakjie..
    sila melompat lebih tinggi…

    Honda Civic??
    Toyota Caldina??
    Toyota Wish??

    🙂
    eh tuh mcm list sy jek tuh kakjie…list yg hanya akan tggl list…
    tah bile tah ek
    🙂

  16. Ntah cam mana bentuknya orang tak tau… mungkin mengancam cam proton Juara tuuu…

    Apa2 pun nengok dulu la nanti tapi memang terlalu lewat proton mengeluarkan MPV. Sepatutnya memang 2 atau 3 tahun lepas.

  17. – citer mpv proton ni dah basi … org ramai pun dah jenuh tunggu.
    – citer che det kuar dr umno tu, sesama la kita tengok drama umno nih …

  18. K.Jie cancel tempahan proton saga coz nak cari yg lebih gempak agaknya tu…hihi 😉

Comments are closed.