Sebelum bertolak ke Hentian Duta hantar Angah balik ke asrama, dia pesan
” mama , nanti result game Liverpool vs Chelsea, sms Angah ye”
Sebelum Along balik ke kolej malam tadi saya berpesan
” nanti SMS mama result Chelsea vs Liverpool ye “
” Twitterkan ada……..”
“Esok dah start sekolah, mama nak tidur awal….”
Canggih betul, anak suruh mak dapatkan result terkini melalui Twitter sedangkan dia pun tak ada akaun Twitter tapi dia tahu mama dia ni ‘kaki gebang twitter’.
Daripada tunggu result kat Twitter, baik terus on TV…. tapi mana best nak tengok bola sorang² – dulu² bolehlah berkumpul anak beranak tengok bola.
Tepat 01:58:02am, dapat SMS dari Along ” Liverpool menang dah, 1-0 Meireles score “
Saya foward SMS kepada Angah di Kedah dan suami di Algeria.
“Bravo, tanpa Tores pun boleh “ SMS balasan.
Tahun 2006 – anak² dah bantu suami kerja² ukur.
Anak dan suami saya berYM tak pernah tak lepas dari cerita bola dan berkongsi rasa sedih ditinggalkan Fernando Torres
Minggu kegembiraan berganda sekeluarga dengan kekalahan Manchester United hari sebelumnya… hero kalah dululah kunun-kununnya…. macam filem hindustan.
korang tau dak…macam mana rasanya duduk dengan The Blues?
©kujie – apa khabar orang Bukit Mahkota – malam tadi tidur mengingau ke?
seronok tengok liverpool menang ari tu..
tp mlm tadi seri je.. 🙁
harap liverpool menang semua match lepas ni kecuali match 6hb Mac..
hehehe~
fans Liverpool yea semuanya?
sory to say Liverpool still tak leh kejr Man Utd!hehehe..
lalala
kuciwa the blues kalah.. 😥
tahniah liverpool
tak perlu dikenang orang yg tak sudi..
Semakin panas BPL ni best bila tengok Liverpool menang ni. Kami anak beranak sokong team berbeza.
ha ha ha….yakin lah dengan king kenny kan kan kan.
ada terasa berbekas di hati sket entry ni….takpe bola kan bulat…!
sempat jugak tulis pasal Man Utd kalah tu.. anyway good luck liverpool and good luck jugak torres, sepatutnya torres tidak dikeji sebegitu rupa selepas memberi khidmat beberapa tahun dengan liverpool…
maaf menyelit…. walau apa pun terjadi Chelsea Chelsea
Kesian Chelsea beli mahal2 tapi tak beri sumbangan yg bermakna… mungkin belom serasi lagi tu, baru 1st game dgn Chelsea.
masih harap yg liverpool boleh naik smpi tmpt ke 4.
Menunjukkan tanpa kehadiran Torres boleh menang. Apa yang penting kerjasama 🙂
steady ahh liverpool.. 😛
a shocking result actually hehe. tapi bleh plak torres main, rilek la dulu kan, kelab lama tu, bukan sekejap ngn liverpool.
nampaknya satu family minat liverpool hehe