Isu Semasa

Lemang rebus

Masih mood raya . Tapi kalau dah balik dari kampung susah sikitlah nak dapat jamah ketupat, lemang atau pun rendang. Kalau teringin sangat rebus nasi himpit Adabi.

Saya nak cerita hal lemang. Tak kan tak kenal lemang… amboi … Almond London boleh kenal, lemang pun tak kenal. Sepanjang perjalanan balik kampung dari Serendah – Sabak Bernam saya jumpa lebih 50 orang jual lemang ! Ramai sungguh pakarΒ² pembuat lemang yang muncul.

Seperti yang kita tahu, memasak lemang dengan menggunakan cara tradisional agak remeh dan memakan masa yang lama iaitu antara enam hingga lapan jam. Lemang secara tradisinya di bakar. Cara membakar lemang itulah yang akan menentukan rasa.

Tetapi sedar atau tidak, kebanyakkan lemang yang di jual itu bukannya di bakar seperti secara tradisinya .Β  Kebanyakkannya direbus dulu, cuma dibawa ke gerai jualan diletak bara api untuk display only.

Ada beberapa cara untuk mengenal lemang yang dibakar secara biasa atau direbus dulu baru disalai di tepi bara api. Tengok tempat jualan. Mustahil tempat pembakaran lemang boleh disediakan di atas rak, di pamer secara terbuka seperti itu.

Kedua, perhatikan buluh. Sekiranya buluh lemang masih dalam keadaan cantik tidak berbekas hitamΒ² seperti rentung terkena api, itu memang di rebus dahulu.

Walaupun memang telah dicipta pembakar lemang mudah alih yang diberi nama Mesin Lemang Toaster , proses ini juga memberi kesan rentung pada buluh lemang.

Β© Kujie – Saya berhenti di setiap gerai menjual lemang untuk intai buluh lemang sebelum turun dari kereta untuk membeli lemang – gigih tu..:lol: Sampai kat kampung baru puas dapat makan lemang yang mak masak…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Lemang rebus

  1. salam saya ingin membeli buloh lemang di
    kawasan klang/shah alam
    untuk puasa 2012
    kepada sesiapa yg ada menjual boleh hubungi saya..
    0192663660

    1. mmg buat sendiri pun… mak kat kampung
      tapi bila balik rumah mertua, memang tak buat lemang
      ada ketupat nasi
      tapi masa balik raya dulu beli juga 4 batang

  2. mode raya lagi ke kak jie… saya pun sama ni. nk berblog pun terpaksa memaksakan diri. esok baru masuk keje. aduh… malasnya

    aeropama dot coms last blog post..Global Positioning System (GPS). Baru Aku Tahu Nilainya.

  3. Slm kak jie,
    nk wish selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin ye..
    kat tpt sy lemang kureng skit,hehe..tapi tetaplah ada..
    kitorang lebih kepada ketupat dan dodol,huhu..rasenya rase lemang skali je kot raya aritu,hehe..
    kak, bila nak raya umh org nih?

    acais last blog post..Cerita Raya Aku..

    1. Salam Acai..wahhh…Acai dah kembali
      betul la tu , rumah orang jawa mmg tak ada lemang, yang ada pun anak2 belikan on the way balik tu..

  4. Hai Kak Jie,
    Ceq baru masuk kerja hari ni.
    Kak Jie mabuk lemang,
    Ceq masih mabuk ketupat lagi nii πŸ˜€

    Tak dak muud nak update blog, tengoklah sehari dua lagi.
    Konon nak update kat kampung, usung lah “peti hikmat” tuh bawak balik kampung.
    Baru nak mula ayat..dah blur. Off dia, paih tu pi menyembang :mrgreen:

    1. owh…dah balik
      dah tu p rumah tadi tengok sunyi sepi
      ingat ke tak balik lagi
      mcm mana org kampung…?

      tau pun…bkn saja blog tak dan nk update
      sms pun banyak yg tak dan nak balas πŸ˜†

    1. hiks!

      Mood raya boleh bermalasan, sebab semua org ber’mood’ raya jadi siapa pun tak ambil peduli. πŸ˜†
      Nasi himpit adabi , sold out kat Tesco, surirumah serbu

  5. lama tak tengok orang buat lemang. Masa arwah opah ada dulu, setiap kali raya mesti sebok2 tgk dia buat lemang. Sangat gigih dan mencabar. Thrill betul. haha

    1. itulah beza org dulu dgn org skrg
      kita ni buat keje sikit dah penat, dah lemau
      tapi tok2 kita yg dah berumur tu..kuat kudratnya
      btw..terimakasih dtg blog kak jie πŸ˜‰

    1. pakcik….rebus bila buluh tu kena air, terendam dlm air
      kukus, buluh tak kena air
      mgkn tempat pakcik derang kukus
      tapi yg sy jumpa, sy tgok dia rebus…sebab buluh tu memang terendam dlm air

    1. org yg biasa dgn lemang boleh perasan
      tapi yg main beli je….
      dlm hidup dia, itulah lemang yang dia kenal
      mmg berbeza

  6. teringat time kekecik dulu, setiap malam raya aktiviti membakar lemang dijalankan. ketika itu pak long masih sihat. sekarang tinggal kenangan.

    baru sekarang saya tahu kenapa lemang yang dibakar pak long berlainan dengan lemang yang biasa dijual di tepi jalan huhu.

    megats last blog post..Seloka Hari Raya, Tatkala Mengenang Kisah Bercinta

    1. itulah..walau remeh dan ambil masa
      tetapi “keoriginalan” lemang tak boleh di shorcut prosesnya
      kalau org yg tak kisah tak apa
      tapi itulah….lemang tradisinya di bakar
      bahagian yg kerak2 sikit tu sedap..

  7. kat rumah am ada sorang pakcik yang pandai buat lemang… dia jual dan masak cara tradisional lah… tapi 1-2 hari sebelum raya tu am beli lemang dia.. dan kisahnya kami dan for sure semua orang yang beli pada hari tersebut dah tau rahsianya… dia terlebih.. over dose letak ajinomoto dalam lemang dia.. patutla selalunya sedap..

    tapi sebab overdose lemang dia dah rasa cam makan sabun mandi plak..

    ams last blog post..Special Report : Twitter Traffic Marketing

    1. owhh..inilah org kata ‘sepandai2 tupai melompat’
      kan dah kantoi
      tgok mak kakjie masak lemang tak letak pak aji tu pun
      letak garam dlm santan..itu je

  8. i see……………………rebus ghopenya…..

    thanks kak jie for the info….

    pasni sy kena nengok betui2…

    Umimias last blog post..Roadtrip to Pekan……the scenery

  9. huhu.. kali nie nape tak dpt bekal lemang dr mak ek??? muehehehehe…
    lemang mmg peberet tapi takpe lah..mak buat pulut kuning. ok gak tuh.
    balik subang tgk abg ipau tapaukan lemang. mkn gak la. tapi lemag tu mcm tak kick jek.
    baru bukak raya kedua, raya ke tiga dah basi. nmpk sgt masak tak betul. huhuhu…

    ketupat daun palas??? nape taun nie mcm tak mkn ek?? huhu…. melayan anak la nih. tak dan nak mkn. adeh… kempunan gue. πŸ˜›

    Zanas last blog post..Salam Syawal!!

    1. heheh…zana, itulah dah ade “hand bag” baru
      tak sempat nk luang masa nak makan itu ini
      layan dia je kan… πŸ˜†
      tak pe zana
      kt KL ramai org jual lemang….lepas ni beli, wat rendang..makan secukup rasa

    1. dah agak dah..dia mmg tau makan je…
      πŸ˜€
      gambo raya ke…uik…ada banyak
      bayangkan masa raya tu
      ada 2 Canon DSL

      nntlah…malas nk upload..hehehe

  10. itu la pasal nyer…diorang rebus dulu sblm letak dalam buluh n display kt tepi jalan…mak aku dah membebel dah pasal beli lemang camtuh..mana la aku tahu…bukan ada mata x-ray pn…huhuhuhuhu~~ 😯

    |1f34|-|1r3s last blog post..Plurking & make money !

    1. ehhh…bukan mcm tu
      derang masukkan pulut, santan mcm biasa
      tapi rebus dlm tong ke..apa2lah yg boleh tenggelam buluh tu
      dah masak baru salai tepi api
      mcm pulut panggang tu…hehehehe
      rasa mcm pulut kukus biasa je πŸ˜₯

    1. hehehehe…tepi jalan banyak…. entah…dlm setahun dua ni..
      banyak pula org jual lemang
      sampai org yg jual lemang ori pun kena bias juga
      kesian tau…
      dekat area Rawang..dari utara sebelum sampai Mydin
      ada sorang jual lemang ori…

  11. Intan pun sama K.Jie… lemang mesti mau bakar, baru namanya lemang..hihi.
    Tahun ni x merasa lemang sbb beraya kat Kota Bharu, jenuh makan ketupat pulut…hmmm.

    intans last blog post..SALAM AIDILFITRI

  12. saya raya kat johor uwaaaaaa tak jumpa lemang tapi sib baik jumpa ketupat palas tu pon org anto uwaaaaa dapat le rasa sorang sikit kekekekeke

    1. balik Johor ikut Plus Highaway…mmg la tak jumpa asap2 org bakar lemang tu..
      tapi area sana ketupat nasi , kan
      org dah biasa ketupat pulut, mmg nak cari pulut gak πŸ˜†

  13. haha… betul2..
    lagi2 yang no satu tu..

    tapi aku nie tau makan jer..
    tak kira la rebus ke apa.. haha..

    menteils last blog post..Salam Lebaran

  14. selamat hari raya kakjie…

    harus sehari, semingu dua ni sibuk semedang
    melayan tetamu yang datang kna..

    hehehee
    saya makan lemang yang dibakar..buat sendiri oleh abg sepupu.. πŸ™‚

    muadzlifes last blog post..6 Syawal

Comments are closed.