Seorang lelaki yang wajahnya serupa dengan gambaran fotofit lelaki yang dikehendaki polis dalam kes simbah asid telah datang secara sukarela ke balai polis untuk memberikan kenyataan menyangkal bahawa dia adalah orang yang dikehendaki.
Selepas disiasat, dia bukanlah ‘lelaki paling hot’ yang sedang menjadi sebutan hampir setiap warga Kuala Lumpur. Lelaki tersebut datang ke balai polis setelah saudaranya melihat fotofit yang disebarkan dan menyarankannya untuk membersihkan namanya .
Nasib baik, kan. Cuba pula bayangkan kalau pemilik nombor plat WPV 4963 menerima akibat dari penyebaran maklumat palsu bahawa dia dikehendaki polis. Tak pasal²..kan.
Saya yang makcik² ni boleh telefon Polis KL 03 21159999 untuk mendapatkan pengesahan maklumat. Sepatutnya kita yang dah bertahun² dalam dunia internet ada deria untuk menapis lambakan maklumat sebelum disebarkan.
Telefon polis lebih mudah dari publish post entri.
harap-harap cepatla penjenayah ni di tangkap~~~ 👿 👿 👿
cian juga ya. nasib baik dia pi balai polis cepat. Kalau keluarga atau kawan mangsa simbah asid ni jumpa dia mau kene belasah dulu sebelum hantar ke balai polis.
Hallamak! Boleh pula jadi gitu ye. Kalau saya jadi mamat tu pun, memang akan buat perkara yang sama. Berani kerana benar. Hairan boleh jadi demikian. Dalang mana pula yg sebarkan gambar yang salah? Kalau mamat tu peguam dah sah dia saman malu balik.
Rakyat Malaysia semua bersemangat mahukan penjenayah tu ditangkap. Hari ni dikatakan, pemandu teksi juga bersepakat membantu polis. Itu semangat 1Malaysia. Tapi asasnya, polis sendiri mesti membuktikan kewibawaan mereka menangani kes ini. Jika kes ini pun ‘sukar’ untuk mereka. Apa lagi kes yang besar. Mana nak hala kepercayaan rakyat. Kes Nurin pun tak jumpa penjenayahnya.
Assalamualaikum,
Alahai…kesian dia. Tak pepasal satu malaya kutuk dia. Harapnya dia kena hati-hatilah bila muka dah tersebar luas tu, mana tau ada orang tak TERBACA maklumat terkini macam ni…still dok ingat dia yang buat. Jenuh kena tibai tu…
celaka punye orang.. patut bbuat hukuman macam kat Iran!
tak pasal2..
kesian kt die kalau x bersalah…
kita ada 6 lagi wajah seirias kat dunia ni…lagi pun tu fotofit, hampir2 bukan tepat.
kesian gak kan, kang tak pasal2 org jumpa die terus die kena pukul ahaha
Mungkin orang yang memberi gambaran fotofit tu tersalah beri gambaran. Jarang pelukit fotofit polis salah lukis. Kita mempunyai pakar fotofit terbaik dunia.
pulak dah. sy dah khabar kt blog
Nasib baik la..
Kalau tak naya je kena belasah dengan orang ramai..wuwuwuwu
kira kes aniya gak ler..
walaupun sudah pergi ke balai polis dan buat pengumuman bhw dia bukan orangnya, ramai sudah org kat luar ini mengecam si dia..
dan lagi malang berita penafian itu tak dibawa oleh semua org.. ada harapan gak tiba2 kena pukul tu! aderkkkk
mudah2an dia selamat.. ameennn
ye kakjie memang antara yang dikesan pantas bertindak menapis maklumat. erk…betul ape saya cakap
mujur dia juga cepat bertindak gi balai. kalau tak, sian dia tak bersalah.
nasib baiklah lelaki nie segera gi balai, kalau tak xpasal2 kena belasah nnti dgn org ramai, harap penjenaya sebenar dpt dtgkp dgn segera. dh linkkan entry nie ke entry 2 hari lepas, mls nk menaip..penat sgt seharian duk kt luar 😆
bahaya2..
moga2 cepat la si mamat ni kena cekup
kita kena buat pendedehan lebih lagi ni
polis kena bagi info gak..
ish3..seb bek lagi, kalau tak buta ja mamat tu kena sebat dalam lokap..huhuhu..
nasib baik fotofit tu bukan gambar saya kak….
kalau tak naya…
fotofit rupanya..patut lah nampak felik…ermmm..nampak nampok benor bizi telek macaron je..hik..
sangat berharap orang sebenar dijumpaiiii!grrr~
kesian mereka yg tak bersalah jadi mangsa keadaan… siapa la suspek yg sebenarnya kan…mungkin kita pernah terserempak..tk siapa yg tahu…
dah kata dunia ni memang banyak ragam..
Bahaya…bahaya, kalau ler org yg tak bersalah tu kena belasah gara2 gambaran fotofit tu sama dgn wajahnya.
…kalau ni terjadi siapa agaknya yang nak dipersalahkan.
erk, boleh pulak gitu ye..huhu.. moga pemilik wajah sbnr cepat ditemui..