Isu Semasa

Lelaki, Perempuan…Sama Saja!

Perempuan tu , hebatnya dia memandu. Tiba-tiba teringat kes saya dan Angah.

Saya memandu, macam biasa – Angah di sebelah pok pek pok pek..apalah perancang bandar macam ni…. orang rancang untuk lebih baik , ni lagi teruk..pok pek pok pek.. ( siapa cakap orang perempuan saja suka berleter – anda silap! )

Angah adalah remaja 15 tahun, anak kedua saya – memang biasa kami boleh ‘masuk’ untuk bersembang apa saja isu persekitaran yang kita jumpa dalam kehidupan termasuk isu politik, agama , alam sekitar dan isu semasa.

Melalui cermin pandang belakang, saya melihat kereta Kia Sephia memintas memasuki lorong kanan dengan agak berbahaya.

Automacik saya cakap ” perempuan, memang macam tu …”

Angah menyampuk ” mama pun perempuan” .

Saya masih lagi fokus pada kereta di belakang, ingin melihat pemandunya.

Angah membebel lagi dengan nada tidak berpuashati ” mama pun perempuan”

” Ehh….a’aha lah…. tapi mama perempuan melayu terakhir ada deria ke-6.” Tak mahu kalah, kan..perempuan pun ada egonya tau.

Saya terus memandu – tak sampai 50 meter, ada pula kereta Iswara memecut memasuki lorong di depan saya dengan agak berbahaya.

Angah : ” lelakilah mama”

Mama yang anggun : ” perempuan dengan lelaki sama je…”

Kami teruskan perbualan tentang sikap pemandu. Kata Angah bukan jantina yang membezakan cara pemanduan seseorang tu, tetapi lebih kepada skil , pengalaman dan sifat semualajadi.

Kemudian kami berhenti kerana lampu merah – saya memandang melalui cermin pandang belakang..

” ehh…Angah , kereta belakang tu lelakilah , bukan perempuan “

“hahaha… bangganya mama seorang pemandu perempuan yang berhemah diapit oleh pemandu lelaki yang tidak beradap.”

p/s – nak kena tempah jaket “kalis komen” – nanti blog kena serang dengan Presiden Persatuan Pemandu-pemandu Lelaki Se-Malaysia ! :mrgreen:

Β©Kujie – pemandu lelaki tu bukan korang yang sedang baca blog ni..kan? :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Lelaki, Perempuan…Sama Saja!

  1. Lorong kanan memang untuk memotong sahaja la, lantakla nak potong camna pun. Dah tak potong kerenderaan lain duduk lah lorong tengah atau kiri.

  2. mengikut kajian.. (kajian diri sendiri),
    pemandu pompuan ade 2 jenis..
    pertama, yang menonong2-nonong (brutal ler tu)..
    kedua, yang berhati2 (terlampau)…
    agak2nya kujie dmana ye?
    Mak saya boleh kenal klo yang memandu itu seorang cikgu atau bukan..
    terror x? πŸ˜€
    .-= cikgu isza´s last blog ..LAGAK DI KAWASAN PERUMAHAN =-.

  3. ha ha..lucu btol perempuan dlm video tu drive.. πŸ˜€

    berbalik pd entri kak jie, mmg same je laki dan pompuan..yg lainnye slh y dbuat time drive..biasa abang ngah jmpe pompuan drive jln lurus ok, time nak belok, time kat traffic light keta mati..he he..laki pulak suke sgt gune fon dlm keta bawak dah la laju..

    1. @Abang Ngah, pemandu perempun kalau dia nak ‘jahat’ sikit
      dia teragak-agak..nak masuk lorong pun teragak-agak

      tetapi pemandu lelaki – dia berdesup je terus tukar lorong..

  4. salam kak.. betul lah kak.. laki n pompuan sama aje kan bila bab dia memandu.. hohoho… (^__^)

    p/s: minta izin nak add link blog akak ni yer.. (^__^)
    .-= Faarihin´s last blog ..Siapa Yang Main? =-.

  5. Saya sudah beberapa kali hampir dilanggar oleh pemandu perempuan. Bukan saya diskriminasi kak tapi…kadang-kala bila lihat je kelibat pemandu pompuan…terus saya kena AWAS! πŸ™„
    .-= tekkaus´s last blog ..Flour Cake For Dinner =-.

  6. salam
    based on experience la…
    sama ja laki ngan pompuan
    kalu dah biasa bawak memang la expert..

  7. betul tu kak .. pemandu lelaki dgn pemandu wanita sama jer sekarang ni.. ada gak pemandu lelaki yang bawa kete mcm siput..dan tak kurang juga yg speedy gonzales ..gitu juga wanita.. tp dah ramai wanita drive mcm org lelaki..(termasuk la diri ini) kalau ada peluang pecut kita pecut la.. kalau slow sangat mata jadi mengantuk… janji jangan susahkan pemandu lain sebab kita kan share jalan raya.. sharing is caring…. πŸ™‚
    .-= tpinky´s last blog ..Bercinta Dengan Suami Orang !!! =-.

  8. saya jadi lebih berhemah dan tak main race-race lagi sejak ada sejak jadi isteri dan ibu… kalau tidak, asyik nak menang je on the road. buruk betoi! πŸ˜†
    .-= .D.d L a L a.´s last blog …muflis susu badan. =-.

  9. kakchik pun selalu ada pengalaman macam tu. pagi tadi masa kat simpang tiba-tiba sebuah kereta honda kot masuk dari sebelah tepi kiri terus menempel kat depan kereta kakchik. dah la dia dok lorong ke kiri, merokok, bersembang di telefon, buat donno je… hinggakan menghalang laluan bila bas yang besar tak boleh nak lalu di lorong kiri. meluat betul dengan sikap pemandu tu.
    .-= KakChik´s last blog ..Pasangan Islam berkahwin dalam gereja. =-.

  10. salam kak Jie..

    dah semakin kurang pemandu berhemah sekarang ni..bila nak cepat..main ciluk jer..termasuk la saya..

  11. hahaha.. smart giler pompuan tu drive.. ekekeke.. πŸ˜› suka sngt main pusingΒ².. kan dah kena tangkap… πŸ˜†

    tul tu kak.. lelaki ke pompuan ke same je.. 2×5=10 hehe..

      1. @Kujie, ish, tak der nyer~ boipren pun saya tak der lagi kak jie~ huhu~
        .-= Akuro San´s last blog ..3 VideoKlip Menarik Untuk Ditonton =-.

  12. cam pagi tadila saya kena… saya memandu punyala sopan :mrgreen: sekali ade mamat tak sedar diri dok semberono jek masuk lane… πŸ‘Ώ sib baik sempat brek klu tak tak dapekla nak tulih komen lam blog kak jie πŸ˜† πŸ˜†
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..kerana kamu aku jadi begini~ =-.

  13. jie, saya dapati pemandu lelaki suka memandu dgn cara yang merbahaya, kpd pengguna lain dan kepada dirinya sendiri
    .-= Mak Su´s last blog ..Why I Like It Longer =-.

    1. @Mak Su, yes….Presiden Persatuan Pemandu-pemandu Perempuan Se-Malaysia dah bersuara…. πŸ˜† πŸ˜†

      go maksu go… πŸ˜†

  14. nasib baik saya seorang menunggang motosikal. hahaha
    .-= Kreuger´s last blog ..ISU: Aduka Taruna – Dimana silap kita sebagai penulis =-.

  15. haha, bg sy laki perempuan sama jerk. cuma ketakutan sahaja yg berlainan.
    .-= mohdisa´s last blog ..Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

      1. @Kujie, haha, tu la pasal. tp bab gelabah. cepat bebenor. πŸ˜›
        .-= mohdisa´s last blog ..Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @x-po, kak jie tak bercakap dari cerita orang atau rumours – kisah benar depan mata tau..bukan agak-agak atau…. gerak hati tanpa bukti πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜†

    1. @sayahappyslalu, betul..betul..tetapi kenapa selalu ‘pemandu wanita’ saja kena hentam? sebenarnya lelaki pun ada…tapi pemandu wanita diam- diam sudahhhh….kita share jalanraya bersama kan….so kita tak de la nak provo dia orang kan.. πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜†

Comments are closed.