Tadi saya ke Kuala Kubu Baru dengan Angah . Kami ambil borang kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) di Pejabat Daerah Mara.
Dari Serendah, lalu Taman Tasik Teratai ( Point 1 ) . Kiri dan kanan ada nurseri, banyak pokok-pokok hijau, Kami bercakap tentang pokok dan kehijauan. Kemudian melepasi jambatan merentasi jalan keretapi berkembar elektrik Ladang Guru Nanak ( Point 2).
Tiba-tiba akal seorang anak berumur 15 tahun bertanya ” kenapa mesti buat jambatan dekat-dekat?
Jarak jambatan point 1 dan Point2 hanyalah 0.8km ( yang saya ukur dari google map )
“Kenapa tak buat satu jambatan, kemudian buat jalanraya menghubungkan dua buah kampung tersebut di seberang sana. Bukankan itu satu infrastruktur yang baik untuk kawasan penempatan?”
Mencurah-curah pula idea dia.
Iya tuan-tuan dan puan-puan yang bijaksana… kenapa perlunya 2 jambatan yang berharga juta ringgit dalam jarak tak sampai 1 kilometer sedangkan jambatan Point B telah ditumbuhi semak samun menunjukkan kurangnya kekerapan digunakan.
“mama tak boleh jawaplah ngah…dia orang ikut law…..masa buat survey, kat situ ada lintasan, ikut law KTM kena buat laluan juga sebagai ganti…walaupun ikut logik akal kita tak perlu pun”
Balik dari KKB, saya baca pula berita ni…. ( Angah belum baca, dia pergi rumah Mamat )
Kerajaan ( baca : KITA ) Mungkin Tanggung Kos Kerugian RM1.14 Bilion Projek Landasan Berkembar Elektrik
Kerajaan besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian RM1.14 bilion kos kerugian, dianggarkan bagi projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh, yang tidak diuruskan dengan baik.
Pengauditan yang dijalankan antara Ogos 2008 hingga Jan 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu seperti kelewatan projek disiapkan menyebabkan kos projek meningkat, peralatan dibeli melebihi keperluan serta perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur menyebabkan infrastruktur yang dibangunkan tidak dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan.
Sehingga Disember 2008, sejumlah RM5.77 bilion dibelanjakan untuk melaksanakan projek ini dengan jumlah perbelanjaan RM1.43 bilion (32.9 peratus) lebih tinggi daripada nilai kontrak asal projek berjumlah RM4.34 bilion.
Mengenai kualiti kerja, laporan itu menyebut kualiti pembinaan stesen secara umumnya adalah memuaskan kecuali reka bentuk bumbung jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara dua platform di Stesen Tanjung Malim didapati kurang sesuai kerana terlalu tinggi dan menyebabkan tempias apabila hujan.
Laporan lengkap baca di [ sini ]
Sebelum ini kami anak beranak pernah jugalah berbincang dan komplen tentang Stesen Tanjung Malim , tapi hanya cakap² kosong anak beranak di dalam kereta
©Kujie – kejap lagi dia balik, saya nak bagitau topik perbualan kami tadi masuk suratkhabar
27 thoughts on “KITA rugi lagi!”
Comments are closed.
umah paksu kat desa aggerek
.-= haritz´s last blog ..Sakit Perut =-.
nak tanye skit …tu borang mrsm fom baper…
.-= haziq´s last blog ..to know me??? =-.
hmm untung no 1.. buat janji siap. belakang bile audit datang mase tu baru kelam kabut cucuk org sane sini nak tutup silap
.-= mrs azmi´s last blog ..Entry ke 100: Hangus! =-.
kalau dah main angka bilion2…bertanggungjawab la sikit..
.-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.
Kami mesti pilih!!!
.-= kruel74´s last blog ..Why Corporate Open House is important for lawyers like us =-.
Banyaknya projek yang rugi sana sini. Kalau dikira betoi2 mesti panas telinga rakyat.
Kata nak jadi negara maju tapi sistem pengangkutan kita jauh tertinggal 🙁
@iza~de~bintang,
bukan tu aje iza.. internet pun ketinggalan gak tau.. huhuhu
org dah memecut laju ke bulan, kita masih terhegeh2 kat awan.. tupun di awang-awangan.. aderkkk!!!
psst: frustrated. bayar mahal tapi servis, aderkkkk!
.-= maza´s last blog ..Penulis Haluan Kiri: Diintip! =-.
cerdik….macam maknya jugak.Alhamdulillah
.-= rumah kuning´s last blog ..Ada Ketikanya =-.
mungkin satu lagi kes PKFZ akan berlaku!?
aduhaiii.. kanzzz…
.-= maza´s last blog ..Penulis Haluan Kiri: Diintip! =-.
what a blunder! waste of rakyat’s money… 👿 👿 👿
We have to change delivery system. if it is also fill to work properly, change the administration too.. huhuhuhu
hate to hear a lack of responsible; and especially those who are selfish just tahu jaga tengkok sendiri, sembelih rakyat!
@maza,
erk pembetulan.. fill tu sebenarnya fail. typing error. due to keyboard bengong lately. huhuhuh
em. bila dah jadi macam nih..aii.. 😐
.-= encik cancer´s last blog ..Treatment of Breast Cancer =-.
@encik cancer, benda dah jadi….
Wah, pemimpin masa depan tu memang selalu mengeluarkan idea yang bernas! 😀
.-= Kak Long´s last blog ..Kejadian Ngeri Di depan Mata =-.
@Kak Long, kami ni, kalau memandu, angah tu rajin layan bersembang..mcm2 topik dan selalunya intan yg marah..suruh diam sebab topik org dewasa, dia tak faham… 😆
@Kujie,
Baguslah begitu, sebab dia kreatif dan boleh berfikir secara matang. Cuma, memanglah Intan bosan, tapi nanti lama-lama dia pun boleh ikut berbincang sama. 🙂
.-= Kak Long´s last blog ..Kejadian Ngeri Di depan Mata =-.
Kebetulan. Baru tadi baca kat tukar tiub.
.-= Dr House´s last blog ..Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia =-.
@Dr House, tu berita dari bernama online
Setuju! Kami yang menjadi mangsa lagi sekali. 🙁 Kenapa mereka nak berbuat demikian? Takkan kami ini masih bodoh lagi kan?
.-= tekkaus´s last blog ..Pay Your Sleep Debt =-.
@tekkaus, kesilapan yg berulang-ulang…
Err…. Memang kita rugi.
Agak-agak siapa yang untung ? Mereka dan keluarga mereka. 👿
.-= Tie´s last blog ..3 hari di kampung =-.
@Tie, KITA ..jgn lupa baca dengan jelas.
Kami pindah ke Serendah krn projek inilah..huhu 😆
memang pun…sapa nak naik tinggi punya…
teruk betul la wat projek ni..habis wang rakyat
.-= kerabu´s last blog ..Ulang Tahun Kelahiran Presiden PAS =-.
@kerabu, dah siap,skrg ni bukan komuter elektrik tu yg lalu kat Rawang- Kuala Kubu, tapi tren diesel
Salam hormat wahai kujie.
Pernah terdengar seorang CEO berkata. Ada ketikanya gebang di kedai kopi lebih baik dari bincang dalam Parlimen.
@Abang Long, Aanak-anak otaknya fresh lagi, belum kena virus kehidupan 😉