King’s Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya
Isu Semasa

King’s Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya

Ingat entri saya di sini mengenai kek?

Saya pernah hantar satu surat aduan pengguna kepada pihak King’s Confectionery.    Saya mengadu kerana kek berharga RM 53 yang saya beli telah mengalami ‘final finishing’ yang mendukacitakan.  Tulisan yang diukir oleh pekerja waktu itu ( saya percaya pekerja sementara ) sangat mengecewakan.

Tulisan Terimakasih Drp :  Amirul Syafiq di atas kek tersebut telah mencacatkan ‘keriangan ‘ yang sepatutnya kita nikmati sewaktu membuka kek dan mentap untuk kali pertama .

Tambah mengecewakan kerana kek tersebut adalah hadian Angah untuk guru-guru sekolah dia.  Ucapan terimakasih untuk guru yang mendidik anak saya.

Secara logiknya kita beli kek bukan mengikut rasa – saya tak pernah jumpa kedai kek sediakan contoh untuk dicuba rasa kek sebelum kita membuat keputusan untuk membelinya.  Kita beli kek berdasarkan rupa .

Ini adalah ‘last finishing’ yang menerbitkan rasa girang, rasa seronok atau rasa sedap sebelum kita merasainya .

Pihak King’s Confectionery telah pun membalas aduan tersebut . Mereka mohon maaf diatas apa yang berlaku dan akan menyiasat secara terperinci untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Bukan susah pun nak buat aduan pengguna. Cuma di hujung jari. Bukan balasan wang ringgit yang diharap tetapi  supaya pihak terbabit menyedari ada ruang yang boleh diperbaiki untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Cuma, gunalah bahasa yang sebaiknya . Gambarkan peribadi kita yang bertamadun. Saya selalu ingin menjadi warganegara yang bertanggungjawap.

Untuk rekod saya pernah menulis surat aduan dan mendapat balasan dari McDonald dan saya juga pernah menulis aduan pengguna kepada Watson’s kerana perbezaan harga barang di kedai dan di iklan akhbar.

Cuma aduan pengguna kepada Celcom je tak pernah dibalas.  Sombong dengan pengguna.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “King’s Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya

  1. 16/3/2012 friday , around 4.30pm i went to Nilai Tesco King’s bakery bought some bread ..when im ready to paid,the counter got 1 gal staff .. her name ADLINA..i thk is outlet manager someomore, she looks unfriendly, when i take the rm5 and 10cents for her, she drop the 10cents and she din say sorry, somemore muka masam for me..and looks like is my fault..wats wrong with her…after she pack my bread inside the plastic bag, she jz pull my tray to beside with very impolite attitude…never c the branch manager so impolite…

  2. Kerajaan ada banyak share dgn Celcom sebab itu bagi kakitangan Celcom seperti pekerja kerajaan yg biasanya tidak endahkan penguna walaupun hendak membuat bayaran kepadanya. Contoh lazim syarikat yg besar dan mempunyai lesen dan cable politik yg terbesar sememangnya sebegini kerana yg pasti mereka tidak gentar syarikatnya akan muflis seperti Proton, Mas yg telah mengalami kerugiaan yg amat besar bertahun2. 🙂 Digi syarikat Norway anda perlu pergi ke Digi Centre dan lihatlah layanan yg penuh mesra dan mendengar masalah dgn intim seperti standard di negara Eropah.

  3. rasanya celcom mmg tak pernah balas or ambik berat pun aduan pengguna.. dah banyak kali call n complaint.. but the same mistake masih berlaku.. bila kita bagi cadangan pun diorang susah nk terima…

  4. apabila seorang pengguna sedar akan hak dia, baru senang dia mengambil tindakan dan seterusnya apabila ada respon positif daripada pihak penjual/penyedia servis, maka ini berpeluang untuk memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.
    Jom terjah post menarik dari beliamuda ..Jangan Nakal-Nakal TauMy Profile

  5. bagus tindakan kak jie. kita kena pertahankan hak kita sebagai pengguna.
    .-= Post terbaru Amir ..T-Shirt Australia Untuk 3 Pembaca Blog Oh Malaysia =-.

  6. bagus la kalau diorg dgr aduan
    macam saya buat aduan kat Jaring diorg balas cepat
    tapi kalau TM lembap nak mampus
    .-= Post terbaru Syafrizal ..Bekam – Perawatan Sunnah Nabi =-.

  7. aku pernah komplen dengan maybank melalui email. sebab ambik masa seminggu utk tukar kad atm yang rosak.

    dia org terus telefon. hahaha. tak main email dah. tapi bagus aku respek cara gitu

  8. Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejaki blog ini. Entah apa silapnya sepanjang hari sehingga larut malam tak dapat nak masuk. Hari ni dengan line yg sama syukur dapat juga terjah blog ni.

  9. erm.. tangan tak kreatif kot.. huhu..
    .-= Post terbaru menteil ..Perniagaan Internet? Aku Masih Tidak Berani =-.

  10. tepuk tangan untuk kak jie..

    saya xpernah terfikir nak buat complain before this..and i should try once, right..kita pengguna ada hak kan3..
    (^__^)
    .-= Post terbaru chentatiku ..:: surat yang tersurat :: =-.

  11. ya rabbi…huduh giler tulisan..
    your post make me miss Japan very much
    it reminds me excellent customer service i experienced there…2 years ago….

  12. situasi menang-menang-kenyang

    kak kujie menang sebab dapat komplen
    king menang sebab dapat baiki kelemahan
    cikgu dan anak2 murid kenyang makan kek :p
    .-= Post terbaru TMUkmkd ..Fedora 13 Goddard Dilepaskan =-.

  13. Salam hormat buat Kujie.

    Masih teringat peristiwa 30 tahun yang lalu. Akibat tidak puas hati dengan satu PBT. Saya mengirimkan surat kepada akhbar Utusan. Setelah surat aduan disiarkan. Petang itu juga sebuah lori dengan 6 pekerja datang dan membersihkan kawasan. Alahai Malaysia Ku.

  14. Salam Kak Jie. Tindakan Kak Jie amat tepat sekali.

    Pasal Celcom tu, saya pun terkena. Saya dah banyak kali komplen pasal coverage 3G di rumah saya yg sangat menghampakan. Tapi macam tiada tindakan dari Celcom. Masalah berlarutan sehingga setahun. Maka sejak 2 bulan lepas saya telah beralih ke Maxis. Bye-bye Celcom. U are no longer in my heart. Ecehh..

  15. oh myyyyyyyy! tulisan buruk gila gila gila and messyyyyyyyy!!! kek dah cantik dah, looks yummy!

    harap2 diorang tak repeat the same mistake. buat org mood down ja
    .-= Post terbaru yonna ..Apabila Mati Itu Pasti. =-.

  16. lor..awat buruk sangat tulisannya. memang patut dapat refund nie..
    .-= Post terbaru Inspired Photography ..best friend ever =-.

  17. pocket pernah antar mail kat satu restoran,
    tak jawab…

    antar kat tv3
    tak jawab… (Logik la kot)

    antar kat fellow MLM sales person
    tak jawab gak…

    memang kena ubah bahasa kot..
    humm humm, amik kak nyer contoh lah:)
    .-= Post terbaru Pocket ..293. CintaPasarMalam =-.

  18. kalau ngan celcom or streamyx, sy pernah buat pertanyaan melalui email yg mereka sediakan sbb masa tu tgh nak langgan celcom broadband

    tp mereka tak pernah balas pun email yg diberikan…

    last skrg ni pakai maxis broadband, hahaha padan muka ngko celcom
    .-= Post terbaru mijie ..Bagaimana untuk menukar perkataan “Read More…” =-.

  19. sepatutnya mmg patut pun kita membuat komplen sekiranya brg yg dibeli tidak memuaskan hati kita..tp orang kita suka mengamalkan sikap “Tak Mengapa”..sebab tu malas nak buat komplen..tp klu nak buat komplen biarlah dgn cara yg berhemah..
    .-= Post terbaru Nadri ..Fakta Menarik Tentang Piala Dunia =-.

  20. Celcom ada bau-bau bacang GLC.. itu pasal eksyen ada sikit lorrr…

    memang patut ada 5-6 jenis perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.. boleh pecahkan monopoli. dan pengguna juga untung lorrr.. huhuhu
    .-= Post terbaru maza ..Di atas kapcai ijau… =-.

    1. betul tu..

      tapi ada gak company yg sombong tak mau layan complaint pelanggan..

      agaknya company itu masih bermimpi.. walhal zaman dah berubah….

      sekarang zaman teknologi dan berorientasikan pelanggan.. bukan lagi era batu, kayu, besi dan jualan lagi! huhuhuhu
      .-= Post terbaru maza ..Di atas kapcai ijau… =-.

  21. Oho~ kena sedas kat celcom.
    .-= Post terbaru Adziim ..Jagalah hati manusia. =-.

  22. pernah juga buat aduan..masa tu dapat spam sms..banyak kali pulak tu..

    saya tulis email dan send kepada pemilik web tersebut dan kepada polis. kejap je mereka balas. tapi alasan mereka saya tak leh terima. katanya ada masalah sistem dan minta no pon saya semula untuk check.

    dalam hati saya cakap..”kalau dah tahu ada masalah, kenapa tak sms semula kepada semua pengguna mereka dan mohon maaf. yang kedua, sudah pasti mereka ada database nombor saya, sebab tu saya malas nak respond semula email dia walaupun dia minta banyak kali nombor saya..” hohoho….
    .-= Post terbaru din3187.com ..Kiamat, Hanya Dia Lebih Mengetahui =-.

  23. selalu kan kak jie.. lepas tulis deme tunjuk dulu.. pekerja tu tak tunjuk ke?

    baru beli kek ni.. king buat offer..

    pernah juga buat aduan.. saya rasa sebenarnya sikap individu yang menerima aduan yang menunjukkan prihatin atau tidak sebuah syarikat itu..
    .-= Post terbaru cikgu isza ..Doakan saya =-.

    1. kak jie pun pengguna celcom sejak zaman art 900

      email yg kak jie hantar bukan bab telefon tapi bab mutlimedia message yg keluar masa kita buat live blogging..guna maxis tak de pun

      cuma nak tanya pihak celcom tu, ada tak cara utk hilangkan msg berjela tu

      soalan teknikal sebenarnya

      1. Betullah Kujie,
        Sampai sekarang akan keluar mesej berjela bila buat live blogging.

        Kek tu dah cantik, tapi sayang sungguh tulisan yang menghiasi kek tu tak menarik. Rasanya orang yang baru balik belajar buat kek tu pun boleh tulis lebih baik sikit daripada tu.

        Baguslah pihak berkenaan mengambil perhatian cadangan Kujie yang meminta pekerja yang mahir membuat tulisan di atas kek. Cadangan membina memang perlu untuk penambahbaikan dan kepuasan pelanggan.
        .-= Post terbaru Kak Long Mawar Merah ..Mawar Merah dan Ros Merah Jambu: Mata bertentang mata. =-.

  24. Baguslah Kak Jie, at least Kak Jie dan menyedarkan pembaca betapa pentingnya hak pengguna. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu complaint, tapi tak ramai yang menyalurkan ke tempat yang sepatutnya, dan kita selalu kondem barang buatan Malaysia tak bagus. Kenapa barang buatan luar negara bagus? sebab orang luar sangat-sangat prihatin dengan kepenggunaan, seterusnya syarikat2 ini akan menghasilkan yang terbaik untuk produk jualan mereka.

    1. skrg hanya satu klik, ada borang kat laman web…tulis aduan

      bukan cari gaduh pun..sekurang2nya kita lega kerana bercakap terus terang.

    1. sedih tau..buka kotak
      tengok…
      semua mood down
      kek tu kegembiraan
      tapi sebaliknya pula

      staff yg tulis tu budak lelaki..main2 je kt kaunter

  25. erm sekali tgk mmg tak tahu nama yg dia tulis tu dari sape.. rojak..
    .-= Post terbaru syahirul ..Kisah bidadari syurga memandikan mayat ibu Nabi Isa =-.

  26. salam, kak jie, i’m kinda a new around here…as in response to this entry, exactly sekarang everything boleh buat online, tp tak semua yg sanggup layan customer secara positif, cuma sesetengah jer kan…tp hairan bila kak jie kata celcom tak reply, sb saya selalu email dorg kalo ade prob, at least within 3 working days dah ade feedback, if not via email, they call directly…erm..pelik gak company besar mcm tu leh take for granted their customers…salam kenal kak jie…

    1. Kak Jie email tanya tentang Multimedia Message yang keluar setiap kali kita buat live blogging . Sampai skrg tak pernah di balas.

      1. owh, i have no idea how could that came about, but all my emails so far have been properly treated, maybe kak jie should re-send the email along with complaints….kalau mcm tu saya pun benggang hehe..because sya send email at least 2-3 times a month in regrd with the services…jgn kena buli kak jie…bamboo dorang….duit kita tu…

  27. Salam Kujie…yelah…patutnya memang kita boleh buat aduan jika kita tidak puas hati dengan khidmat yang mereka berikan…suami akak pernah meminta Seng Q buat surat mohon maaf secara bertulis kerana sikap jurujual yang kurang ajar…

    Kita sebagai pengguna ada hak untuk itu

Comments are closed.