Anak, Isu Semasa

Kepercayaan salah mengenai penderaan

Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, antara kumpulan yang diberi mandat untuk melaporkan penderaan kanak-kanak ialah doktor, ahli keluarga dan penjaga kepada JKM yang akan mengambil alih tugas menjaga dan melindungi mangsa.

Mereka yang diberi mandat tetapi gagal membuat laporan boleh dikenakan denda RM5,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya mengikut akta sama seksyen 27-29.

Tentu ramai telah melihat video kekejaman seorang amah /pembantu rumah Indonesia yang mendera anak majikannya. Video klip tersebut telah dibuang dari youtube tetapi saya ambil beberapa keping dari blog Opah

pic14amahindongilaangkatkakinakpijakbabygirl

pic25pijaklagi

Ini adalah kes yang berlaku 2 tahun sudah. Gambar-gambar amah sedang mendera anak majikannya dirakamkan dari cctv yang dipasang oleh ibubapa kanak-kanak tersebut.

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya. Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.

Anak-anak adalah amanah, sesibuk mana sekali pun ibubapa perlu bekerja mencari nafkah, tanggungjawap keselamatan anak-anak adalah perlu dititikberatkan.

Mengikut  Perunding Paediatrik  Dr Syed Nazir Syed Kadir , punca penderaan terlalu banyak — mungkin disebabkan tekanan (akibat masalah hubungan dengan pasangan, kewangan atau kerja); panas baran, tidak tahan dengan suara tangisan kanak-kanak atau ia dilakukan dengan motif dendam terhadap seseorang.

Ada beberapa kepercayaan salah mengenai penderaan yang perlu kita fikirkan bersama.

Kepercayaan: Penderaan kanak-kanak fenomena baru, seperti banyak dilaporkan di media.
Hakikatnya: Penderaan kanak-kanak berlaku sejak berdekad lalu dalam semua peringkat sejarah. Bezanya dulu ia mungkin kurang dilaporkan kerana tiada saluran atau pendedahan.

Kepercayaan: Penderaan kanak-kanak biasanya membabitkan orang tidak dikenali.
Hakikatnya: Biasanya penderaan fizikal, seksual, emosi dan diabaikan dilakukan orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak. Jika pendera itu tidak dikenali, ia dipanggil serangan fizikal.

Kepercayaan: Penderaan kanak-kanak biasanya berlaku di tempat jarang dikunjungi.
Hakikatnya: Penderaan kanak-kanak boleh berlaku pada semua tempat, tetapi lazimnya kanak-kanak didera di tempat yang biasa mereka kunjungi, termasuk di rumah dan pusat jagaan.

Kepercayaan: Sesetengah kanak-kanak mempunyai kelakuan yang boleh menimbulkan kemarahan dan menyebabkan mereka didera.
Hakikatnya: Ini kepercayaan tidak betul. Pendera bertanggungjawab ke atas semua jenis penderaan yang dilakukannya. Kanak-kanak tidak minta didera dan tidak berhak didera. Nakal, suka bermain, ketawa dan menjerit ketika bermain, berlari dan membuat sepah adalah kelakuan normal bagi kanak-kanak.

Kepercayaan: Pendera mengalami sakit jiwa atau mempunyai fantasi untuk mencederakan kanak-kanak.
Hakikatnya: Tiada pendera tipikal atau lazim di dunia ini. Kebanyakan pendera adalah orang biasa (normal) dengan pelbagai latar belakang ekonomi, keturunan dan sosial. Orang yang ada masalah mental tidak semestinya menjadi pendera.

Kepercayaan: Kebanyakan mangsa dera adalah kanak-kanak perempuan.
Hakikatnya: Memang banyak kes dera yang dilaporkan membabitkan perempuan. Ini mungkin disebabkan stigma masyarakat yang menganggap adalah memalukan jika lelaki membuat laporan menjadi mangsa dera; sedangkan lelaki dilihat perlu ‘kuat’ dan memiliki sifat kelelakian.

Kepercayaan: Kanak-kanak kurang upaya jarang menjadi sasaran penderaan.
Hakikatnya: Statistik yang ada sekarang menggambarkan banyak kes penderaan ke atas kanak-kanak kurang upaya masih kurang dilaporkan. Kanak-kanak ini mungkin tidak sedar penderaan adalah satu kesalahan; tidak mampu berkomunikasi untuk menceritakan penderaan dialaminya atau takut hendak mengadu (bimbangkan keselamatan mereka).

Kepercayaan: Tidak boleh dianggap penderaan jika kanak-kanak memberi izin untuk aktiviti seks.
Hakikatnya: Kanak-kanak memang tidak boleh memberi izin ke atas sebarang tindakan seksual kerana ia bertentangan dengan ‘umur keizinan’ seperti termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001.

Kepercayaan: Ia tidak boleh dianggap penderaan jika kanak-kanak memang layak dihukum kerana berkelakuan ‘jahat’.
Hakikatnya: Tindakan ini hanya membuatkan kanak-kanak percaya mereka sememangnya ‘jahat’ dan layak dihukum. Ini menyebabkan gangguan emosi yang boleh berterusan hingga besar.

©Kujie – Along baru sehari balik asrama, saya dah kerinduan.  Isnin baru bermula, jadual untuk minggu ini dah padat…. Isnin, Rabu dan Sabtu ( 2-4 ptg saya ada program) , 6/5 dateline utk 2 jobs, 2 blog yang perlu diupgrade ….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Kepercayaan salah mengenai penderaan

  1. Jie… I tell you, jenuh opah cari info mengenai Little Girl tapi bila datang ke sini, mesti jumpa. Hai… penat aku merayau merata-rata… ha ha ha. Dua tahun aje dia kena? Little Girl trauma seumur hidup! Memang tak seimbang langsung. 🙁

    ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…

    1. @OD, tak berbaloikan 2 thn je…

      hehehe…. sy ni lambat sikit update cerita ni..kumpul bukti dulu :mrgreen:

  2. Salam Kak Jie,
    Memang terlalu ZALIM amah ini 👿 . Saya juga seperti yang lain, tergamam bila pertama kali menonton video ini. Tidak sedar menitik air mata ni kerana cuba membayangkan bagaimana sakitnya anak itu ketika diperlakukan seperti itu. Ayah saya sampai tak boleh lupakan pasal anak ini. Dia sentiasa berasa geram bila teringatkan video ini.

    Adik saya sendiri pernah dikasari amah masa dia berumur setahun lebih (jika tidak silap). Ketika itu kami sekeluarga tinggal di Sabah dan emak saya ambil amah ketika itu. Setiap kali selepas adik saya tu buang air besar pasti dia akan menangis mengadu sakit punggung. Emak saya tidak berfikir apa sebab dia saspek sebab tahinya keras. Tapi bila semakin kerap timbul syak dekat amah ni san diam-diam dia intai ke bilik air ketika amah ini ketika dia bersihkan adik saya selepas berak. Terkejutnya emak saya kerana amah tu basuh punggung adik saya guna berus sabut. Sambil menangis dia marah amah tu dan terus pecat amah tu time tu juga. Lepas tu terus sampai lah sekarang dia dah tak percaya dekat amah ni.

    upss…terpanjang le pulok 😛

    1. @firdee, tak pe…cerita pengalaman sendiri…ramai yg ada pengalaman pahit tentang orang gaji indonesia…

  3. masa memula shay lahirkan aimi yang ni la buat shay runsing, tapi nasib baik mak cakap dia nak tolong jagakan.

    tapi sampai bila mak larat nak jaga anak2 kecil nih, kena minta orang jagakan atau shay sendiri berkorban dengan berhenti kerja, tapi rasanya kalau berhenti kerja sosak la den… 😆

    shays last blog post..TAZKIRAH…

    1. @shay, teruskan je kalau itu yg terbaikshay…memanglah kita nak yg terbaik… tapi ada beberapa keperluan yg kita kena utamakan…

  4. Kadang2 ni, die org tak puas hati dengan majikan, tapi kemarahan tu lepas kat anak majikan.

  5. Mungkin amah tu kena dera 9atau tertekan ) dengan majikan, dilepaskan amarah dia pada anak-anak majikan. Tapi memang di luar perikemanusiaan kalau sampai sanggup pijak perut budak umur 3 tahun. Patut hukuman dia kena pijak balik perut.. biar rasa..

    samdaddycools last blog post..Orkid sotong

    1. @samdaddycool, kita yg dewasa pun sakit dipijak…apa lagi budak2
      tak sangka sampai mcm tu dibuatnya budak tu
      kalau ye pun ada masalah dgn majikan,selesaikan…

  6. budak2 kecil nakal mmg biasa, cakap orang pun belum tentu dia dengar, maklumlah blum cukup matang lagi pemikiran mereka ni…

    Tapi kalau dah masuk darjah satu pun tak nak dngar cakap orang ….geramnya 🙂

    Active Bloggers last blog post..Kisah Aku Yang Terpaksa

  7. Betul tu Kak Jie.. kita pernah dengar anak-anak yang duduk nursery di bagi makan ubat batu kan..
    Itu pun penderaan jugak sebenarnya.. walaupun tak nampak lebam kat badan..
    Susah nak percaya pada orang sekarang.
    Kadang tu luaran nampak baik, tapi hati busuk…

    Kak Jie, Neeza difitnah.. sedih sangat.. tapi nanti lah.. kita tengok apa akan terjadi selepas ni.. 🙁

    Neezas last blog post..Berhati-hati dengan hadith palsu

    1. @Neeza, awanya pula ni..issshhh…..sabar je neeza…kak jie percaya benda yang betul akan diketahui juga nanti.

      Dunia mcm2 neeza…itulah kehidupan.

  8. Salam…sy ada clip video amah ni tgh mendera anak majikan dia. pertama kali tgk clip tu sy rasa “numb”, terkejut dan amat sayu hati sy. tak dpt dibayangkan apa kesalahan anak tu smpai diperlaku sedemikian. nasib baik ada cctv, kalau tidak entah brp lama lg penderaan tu akan berterusan 🙁

    kenaris last blog post..Jalan-jalan ke Kuching, Sarawak

    1. @kenari, bulan lepas memang video klip ini ada , tapi cari kat youtube dah hilang….

      kesian tgok budak mcm tu didera….sbb ikut video klip tu..budak tu jalan je..tak buat apa2 pun

  9. saya x tgk pun video ni abih2……. x tergamak nk tgk tah camne plak org yg tergamak buat gitu kat budak!!!

  10. tak ke dorang pk kalu orang wat benda yg same kat anak dia.. tak berperikemanusiaan langsung..

    Mohd Hafifis last blog post..Mana Butang Submit Komen

  11. pernah tengok video budak kecik tak kena campak ke kusyen, kena tampar pukul beberapa kali.
    bila tengok pulak gambar kat blog mama ni, baca pulak berita tu, isyh, seriau. tiba-tiba mengemang bulu roma. takut.

    tak de rasa kesian ke bila diorg buat mcm tu..
    kalau kata budak² tu nakal sekalipon, jangan la sampai mcm tu diperlakukan..
    hmmm..

    fiezabaiduris last blog post..Gigi bongsu

  12. baru2 ni kami juga berusaha utk mendapatkan pembantu.. tapi segalanya telah berakhir.. sekarang dalam proses utk membatalkan segala nya..

    zinos last blog post..al fatihah..

    1. @Lan Bingka, tak tau apa nk ckp lagi….mmg ada juga ibubapa yg mendera anak mereka sendiri…agaknya mcm tu la derang buat 😐

  13. Ooo….kerana itu orang kita sudah mula serik. Blog Tie jadi tempat cari bibik….

    Kesian kat anak2 tu. Tak dapat bayangkan sakit mereka dan ketakutan yang mereka alami……… 🙁

    Ties last blog post..Kerja Kosong

    1. @Tie, tahun2 1980’an…masih ramai rakyat kita menggunakan pembantu rumah tempatan..skrg ni susah nak dapatkan pembantu rumah

  14. Sesetengah orang gaji nie mmg
    kalau diberikan ruang mmg diorang mengganas punya
    yela….kalau kat negara diorang……nak angkat lutut pun xley

    KampungBoys last blog post..Korang Rasa Suasana Di Universiti

    1. @KampungBoy, yang baik pun ramai
      tapi bila bab yang mendera tu..langsung tak dpt diterima
      mereka dibayar gaji dan dtg ke sini dgn tujuan mencari nafkah.

      pengajaran utk rakyat kita juga sebenarnya ni…

Comments are closed.