Isu Semasa

Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

Setakat mana berjayanya “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap Sabtu?

Masih ingat kes juruwang Tesco mempelawa saya beg plastik walaupun pada hari Sabtu kerana kebetulan dalam minggu ‘Tahun Baru Cina’? Baca kisahnya di sini > Berjayakah Hari Tanpa Beg Plastik

Sejak bermulanya kempen ini Januari 2010, saya memang telah meminimumkan penggunaan beg plastik dengan membawa sendiri ” Green Bag ” tiap kali membeli belah barangan dapur walaupun hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Jumaat dan Sabtu. Dah ada kenapa nak simpan kat rumah, kan?

Pilihan hari Sabtu hanya simbolik dan seterusnya bergantung pada pemahaman dan kesungguhan individu itu sendiri untuk terus melakukan perkara yang dia sendiri tahu kebaikannya.

Ahas lepas saya ke Parkson Selayang Mall. Di kaunter bayaran saya menolak untuk menggunakan beg plastik dan juruwang lelaki muda itu melontarkan ayat manis

” rugi Kak tak nak beg plastik”

Dalam perjalanan balik, singgah satu lagi pusat membeli belah di Rawang. Sekali lagi saya disapa seorang jurujual bila melihat di dalam troli saya ada 2 ‘Green Bag “

” eh… hari ni tak bagi plastik ke ?”

” saya memang bawa beg ini tiap kali shopping, bukan hari Sabtu saja…  hari lain bumi kita pun perlu dijaga juga”

Ramai juga yang memandang kempen ini sebagai menyusahkan dan akan gagal dengan alasan sejarah kempen² terdahulu hanya gah tetapi mempunyai perlaksanaan yang lemah. Sebenarnya yang menjayakan atau  mengagalkan satu-satu  kempen adalah KITA. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kalau kita rasa ‘ramai rakyat malaysia’ yang susah nak terima, kita jangan jadi sebahagian dari ‘rakyat malaysia’ yang macam itu. Kita tahu perkara itu betul dan bagus, kita buat dulu untuk diri kita. Kempen itu sekadar menghebohkan dan kita yang perlu memainkan peranan bukan hanya kerana ada larangan atau kempen di radio atau tv.

Setelah 8 bulan saya menggunakan ‘green bag’ dan plastik beg secara minimum ( bukan tak guna langsung ) saya dapati tiada apa² cacat cela atau gangguan rutin hidup yang boleh dikategorikan menyusahkan.

Sebelum kita menuding jari salahkan air berkeladak, salahkan cuaca makin panas, salahkan penyakit mudah merebak…..tanya diri sendiri dulu betul ke kita mengambil peranan menjaga ‘tempat tinggal kita’

Merdeka adalah apabila kita bebas berdiri sendiri dengan prinsip.

p/s – Erti Merdeka (adjektif) – Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas. – dbp.gov.my

© Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

  1. Kat umah banyak beg green [saya panggil beg kitar semula] cuma selalu terlupa bawak…hehehehe

    lepas ni akan ingat selalu…. sebab ada beg yang boleh lipat2 jadi kecik molek…. tu senang tu….

  2. kdg2 tak plan pun nak shopping.. ape pun, kena beringat bila2 masa kan… skg cuma mampu buat hari sabtu.. walau bape byk brg pun, tak guna beg plastik..

  3. Orang kita memang susah susah susah nak berubah. Apa yg dah diberi susah sangat nak ditarik balik kerana dah jadi hak milik peribadi katanya. Lantak lah apa nak jadi pada dunia ni.

  4. selalu klu takat nak beli barang kecik cam kat guardian tak amik beg plastik pon. sumbat je lam handbag! 😆 itula kegunaan handbag beso kan? :mrgreen:

  5. ada juga pelanggan yang tak mahu beli plastik bag tapi sanggup usung satu persatu dalam troli …pastu angkut satu persatu masuk bonet kereta :mrgreen:

  6. sayasetujudengan kak jie…..saya pun telah bawa green bag sendiri…skarang dah jadi hobi plak kumpul green bag macam2 bentuk…orang kita nak plastik bag sebab nak buat beg plastik sampah…kalau kempen plastik bag ni kurang berjaya macam mana la nak apply bawa bekas sendiri di pasar ramadhan 🙄

  7. Masalah orang kita adalah sikap dan tabiat yang sukar dikikis. pengalaman saya duduk di negeri mat saleh dulu memang nampak usaha sebahagian rakyat mereka yg perihatin membawa beg plastik terpakai utk guna semula ketika shopping

  8. Betul la kak~
    suppose hari-hari..bukannye hari sabtu jek..
    baru-baru nie masa hari gath tuh saya gi shopping kat tesco rwg tuh, lupa hari tanpa plastik..
    jenuh gak nak bawak brg makanan yang kecik2 tuh..
    bersusun jek dalam kereta~ekekeke

  9. Kak Kujie…

    Aku rasa kalau plastik masih boleh dibeli dengan harga 20 sen… orang sanggup beli la tu plastik…so masih gagal menyelesaikan masalah plastik.

  10. yeay hijaukan bumi kita, kita pun ada bag k4 warna hijau, memang akan diusung tiap kali bershopping, kalau dpt beg plastik pun kita simpan je kat rumah, tak guna.

  11. Yezza, kepentingan menjaga alam sekitar semua dari diri sendiri, buat kempen macam mana pun kalau hati kata tak nak beg hijau pun susah juga..

    Kalau bawa beg kain best juga kan? har3x~

  12. sy rasa kempen ni msh kurang berjaya… org sggp beli plastik walaupun dicaj… susah nak ubah pemikiran org. Tp sekurang2nya nmpklah juga usaha kerajaan utk mendidik kita. Hrp2 generasi akana dtg lebih peka.

    salam kemerdekaan 😀

  13. susah sebenarnya takde plastik beg ni sebab kene bawak banyak beg shopping tu..tu yang x gi shopping ari sabtu..hehehe

  14. macam kak jie cakap…. kita mungkin tak boleh elakkan 100% tetapi kalau benda yang boleh kita buat, kenapa kita tak nak buat…. kecualilah kita tak ada pilihan .

    membeli belah kan kita ada pilihan…kak jie masih asingkan botol, kotak dan sampah domestik

  15. kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua

    di jual dengan bagi percuma ada bezanya
    beza pada diri kita sendiri 😆

  16. Kak Jie , mantap la !
    Mama saya tak macam ni pun . Hehe . Sebab kalau sekali keluar beli barang , Masya ALLAH , barangnya lagi banyak

  17. salam kak jie..
    saya pun memang suka n sokong kempen nih..
    tapi kan kalau shopping bleh ganti ngan green bag, tapi kalau nak buang sampah kalau tak pakai plastik mcm mana yer.. kalau kat states sampah2 domestik dia buat compost kan..

  18. sekian lama ika x dapat nak view page kak now ni baru dapat hehe.. wahh kagum dengan cara akak.. demi menjaga alam sekitar x salah rasanya kalau kita buat macam tu. hurmm pasni ika pun nak ubah la cara ika bawa green bag juga =)

  19. Dekat penang memang tiga hari tak dapat plastik,
    hatta KFC pun kena caj 20 sen,
    pada mulanya memang orang tak setuju,
    pocket pernah nampak orang membentak cashier.
    ada yang cancelkan segalanya tatkala dituntut 20sen
    untuk plastic bag (kesiaaan anak anak dia)

    tapi sekarang.. somehow dah biasa.
    kalau tak bawak bag,
    angkat satu satu la dari kereta jawabnya.
    so?

    bawa bag

  20. Tapi paper bag pun lagi susah nk bawa kan. Hah, bagus tu. Lagi best kalau nak plastik beg, kena charge. Haha. Baru semua tak nak minta. 🙂

  21. Kebanyakan shopping mall kat sini bukan sabtu, tapi Monday is a no plastic bag day.

    Still betullah, better bawa green bag n troli sendiri, bukan berat pun takat 2 3 keping. Serabut lagi kalau bawa banyak2 plastik kan kan.

    Selamat Hari Merdeka Kakjie!

  22. Salam Kemerdekaan negara
    kita-53..semoga anda selalu sihat
    untuk menikmati dan menghayati
    makna kemerdekaan sebenar..
    جزاك اللهُ خير

  23. haah..memang pada mula rasa macam susah sangat, pastu rasa malu sangat2..itu la sikap kebanyakan orang kita, malu nak buat benda yang baik…termasuk la saya…

    insyaallah akan berusaha menjadi insan dan contoh yang lebih baik lepas ni untuk anak2 n semua…

  24. kadang bukan nya buat sebab nak jaga bumi,, tapi lebih kepada ikut orang ramai/kempen je kan.. hehe

  25. Mungkin kita boleh ikut US di mana penggunaan paper bag diperluaskan manakala plastic bag cuma diberi ats permintaan…Tapi mungkin jugak semua mintak plastic bag huhuhu..

  26. first time kot masuk blog ni..hu3
    x payah pakai plastik..bawak beg je..tp selalu kat supermarket x bg bwk masuk beg..rakyat belum bersatu..knp la x mcm negara2 lain kan..hmm

  27. satu ulasan yang menarik, tahniah kakjie

    saya pun cuba juga dengan beg kitar semula tu, tapi bukan green, blue beg huhu

    apa2 pun kadang2 sy ni pelupa bila pergi shopping untuk bawa beg tu, mungkin belum merdeka lagi la kot

Comments are closed.