Isu Semasa

Ibubapa Dan Guru

Minggu lepas saya menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah Angah – SMK Serendah kali ke 4. Mesyuarat dirasmikan oleh Dato’ Hj Sman Shah Bin Sahar, Orang Kaya Jajahan Hulu Selangor.

Antara kata² awal yang diluahkan oleh beliau yang menarik minat saya adalah ” Dengan iklim politik yang tidak menentu, saya tahu pihak sekolah tidak mempunyai banyak pilihan untuk menjemput ahli politik untuk merasmikan ( kebiasaan yang merasmikan ADUN ) . Saya bukan ahli politik, saya tak ada banyak duit. “

Tafsirlah sendiri maksudnya….Selangor diperintah oleh PR ( Pakatan Rakyat) dan ADUN Hulu Selangor adalah pembangkang (BN) Entahlah…. ini hal sekolah, saya tak mahu bercerita tetang politik.

Saya ingin berkongis serba sedikit mengenai isu yang diketengah oleh ibubapa yang telah dijawap oleh Puan Pengetua. Bagi saya isu tersebut membuka pekung diri sendiri tetapi masih juga ingin mencari pihak lain untuk dipersalahkan.

Merokok – Murid merokok di luar kawasan sekolah.

Bagi saya, pemantauan guru adalah terhad didalam kawasan sekolah walaupun saya tahu guru juga terpaksa mengawasi murid diluar waktu sekolah. Menurut Puan Pengetua, mereka sedaya upaya mengawal murid² di kawasan sekolah dan bukan sedikit kes murid ditangkap kerana merokok tetapi secerdik mana guru , begitu jugalah murid yang mempunyai berbagai cara untuk merokok.

Diluar pagar sekolah sepatutnya itu tanggungjawap ibubapa. Pihak sekolah menyediakan berbagai aktiviti seperti ceramah, motivasi dan kaunseling untuk pelajar dan seharusnya ibubapa memainkan peranan yang lebih besar. Berapa ramai bapa yang merokok tetapi marah apabila anaknya merokok? Mengajar ketam berjalan betul!

Telefon Bimbit di sekolah.

Ada ibubapa yang meminta sekolah mengawal penggunaan telefon bimbit di sekolah. Saya hairan kenapa pihak sekolah yang perlu diberi tanggungjawap ini. Yang membeli telefon ibubapa, yang top-up juga ibubapa. Mengikut undang² sekolah memang tidak membenarkan murid membawa telefon bimbit tetapi kerana sikap ibubapa yang sayangkan anak mereka keterlaluan, memberi segalanya kepada anak², pihak sekolah yang terpaksa menerima beban tanggungjawap untuk memantau kesalahan murid. Ibubapa yang membekalkan telefon , guru pula yang dipersalahkan!

Menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Kawasan sekolah berada di tengah² taman perumahan dan di sini tiada perkhidmatan bas awam. Ramai murid ( ibubapa juga ) yang ke sekolah menungang motosikal. Ini hal lain tetapi saya rasa geram sekali lagi bila ada ibubapa yang bertanya kenapa murid datang ke sekolah menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar( tentunya tidak mempunyai lesen memandu ).

Saya suka cara Puan Pengetua menjawap ” yang membeli motosikal itu ibubapa, yang membenarkan anak² menunggang motosikal itu juga ibubapa….”

Sekolah memang ada menganjurkan beberapa siri kursus atau motivasi dengan kerjasama Polis tetapi pihak sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah ini kerana puncanya bermula dari ibubapa sendiri.

Ada beberapa hal lain yang dibincangkan pada mesyuarat ini, tetapi 3 perkara di atas adalah yang menarik minat saya dan bagi saya pihak yang perlu di beri motivasi bukanlah murid² tetapi IBUBAPA.

kehkehkeh..saya pun ibubapa

Nota : Sehingga minggu depan, semua entri saya telah di scheduled , jadi maafkan saya kerana saya tidak dapat mengunjungi blog kawan²….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

10 thoughts on “Ibubapa Dan Guru

  1. Bagus pengetua sekolah tu, menjawab dengan penuh hemah.
    Betul la tu apa yang dia kata. Ibu bapa cuma nak menuding jari kepada pihak sekolah semata.
    Ibubapa sendiri takde share ke dalam mendidik anak2…

    Taku pulak bila pikir kena hadapi masalah macam ni esok esok…

  2. Terima kasih kerana memahami tugas seorang guru… Kan bagus kalau semua ibu bapa macam Kak Jie.

  3. a’ah…tol tuh kak jie
    z sgt x suke aa ngan bbudak skrg yg still study kat high school bw hp kat skool…

    kkdg dorg tuh bukannyer nk belajar
    dok smsssssssssss jek memanjang
    haiiipppp!!!

  4. hidup manusia sekarang ni hanya tau menuding jari(1 jari) je..padahal 4 jari yg lain terkena batang hidung balik…

  5. Berbeza sungguh agenda mesy PIBG sekarang dengan mesy PIBG tahun 80-90an dulu ya…

  6. yang naik motosikal tak pakai topi kledar tuh saya slalu buat masa skolah dulu…mana pakai topi..lalu jalan kg. jer..hikhik

  7. setujuuuuuuuuuuuu!

    btol la kata kata puan pengetua dulu. erni dulu pun bawak henpon ke sekolah. tapi, masa tu, henpon baru nak pemes. so, takde la cikgu cikgu kisahkan sangat. :p

  8. Bkan hanya pihak ibubapa sahaja…tetapi keseiringan dan kerjasama sesama guru & ibubapa perlu ditingkatkan. contohnya mensyuarat PIBG yang lebih kerap?
    hubungan ibubapa & guru yg more personally?

Comments are closed.