Isu Semasa

Gerhana matahari separa 26 Januari 2009

EDIT – 22/7/2009

Gerhana matahari separa di Malaysia hari ini Β – 22/07/2009

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

kredit gambar : utusan online
kredit gambar : utusan online

*************************************

Β©Kujie – Dashboard saya sebenarnya tunggang terbalik, sepanjang hari mencuba ‘membaiki labu’.Β  Threaded Comments saya ada masalah sejak semalam.Β  Saya tak boleh reply komen.

p/s – saya perlukan panadol pink.

Tapi hari ini saya tak nak cerita tentang bulan tetapi tentang matahari. Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari Anulus akan berlaku pada 26 Januari 2009 selama 3 jam 46 minit bermula jam 4.30 petang,

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari,dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana Anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

Maklumat lanjut mengenai fenomena gerhana matahari, sila klik [ sini ]

*******************************************

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Gerhana matahari separa 26 Januari 2009

  1. mamajiee!! saye ternampak gerhana matahari ni petang tadi mase cabut ubi kat kebun dgn family. huuuhuhuhu -sbnrnye saye tak pernah tau ade gerhana nih, tp bile tgk matahari tuh pelik mcm bulan sabit, adik kata kat paper ckp hari ni gerhana. huhuhu

  2. am pun kena kot masalah waktu upgrade 2.7 tu.. btw lepas beberapa post dia dah ok..

    Kujie ~ kak jie dah buang commneluv dan wp threaded commment…tunggulah bila upgrade 2.7 baru install..agak terbatas masa skrg ni…terkejar sana sini

  3. Gethana matahari menunjukkan keagungan Allah..

    Kujie ~ “Matahari dan bulan kedua-duanya dengan perhitungan” Surat Ar-Rahman ayat 5

  4. alamak terpost 2 kali pulak. Kakji tolong delete nama chuckiesd tu.

    Kujie ~ tu la..sapa suruh guna byk nick πŸ˜€

  5. Lama tak tengok Gerhana Matahari. Kalau tak silap 2/3 tahun lepas ada sekali. Kena tengok ni satu keAgungan Tuhan.

    Shaffiks last blog post..Seronok Ramai Kawan.

    Kujie ~ Tahun ni jangan ketinggalan…26hb tu public holiday..bolehlah tgok

  6. nnt nak topong (teropong) ar jugak….takur terlupa sbb masa tu tgh syioookk lepak kat umah..:)

    muadzlifes last blog post..Tag

    Kujie ~ mmg pun..ari tu cuti dung dung ceng… πŸ˜† jgn mabuk limau sudahhh…

  7. Sabah dapat tengok ker?? hmmm best ni… hehe…

    Adrys last blog post..Yeay!! M.U Won!!!

    Kujie ~ rujuk dgn laman web Angkasa gerhana bermula bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia, Sabah tu tatau la pula..kita tunggu ye

  8. uuu…best nih…leh tgk kat man ek? πŸ™„ πŸ™„

    lydiarayyans last blog post..ignorance……kills…

    Kujie ~ Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur…datanglah kalau berminat, cuti umum kan 26hb tu 😐

  9. bila gerhana matahari, siang jadi gelap ke kak jie??

    Neezas last blog post..2 jam di hospital

    Kujie ~ a;aha…gelap waktu bulan berada penuh menutup matahari tetapi masih ada hembusan gas2 panas matahari di sisi luar bulan. Kawasan yang mengalami gerhana Matahari penuh akan menjadi gelap seperti malam yang disinari bulan..gelap macam malam tapi ada sinar bulan..bukan gelap tak de cahaya langsung

  10. Cuti CNY ni buat aktiviti merenung ke langit je la kot!

    Hahaha πŸ˜€

    Psstt, Kak Jie… intan baru masukkan Search Form berpandukan tutorial K.Jie. TQ.

    intans last blog post..Majlis Akad Nikah (Part II)

    Kujie ~ jgn ngadu sakit lehiaq ye intan..hehehehe
    kak jie dah test dah search form tu… πŸ˜†

  11. Ooow macam tu ka Kak Jie…
    Iza takdak pluang lah nak tengok gerhana tu.
    25 nanti Iza kena terbang lagi, ada keja nak dibuat.
    Kali ni jauh sikit, 7 jam ataih awan huhuuu πŸ˜‰
    Kak Jie nak pesan apa ?? :mrgreen:

    Kujie ~pesan dgn ayark lioq tak best la pula…..tapi kalau ingat2 kat kak jie apa salahnya…..beli jajan πŸ˜†

  12. Wah, leh teropong neh. Dah tak lama lagi la neh. πŸ˜‰

    DeeNs last blog post..BuNGa PoPiKu

    Kujie ~ time cuti ..dah siap tanda kat kelander kuda

  13. kruel..tunggu saya siap ‘baiki labu’ ye… πŸ˜€
    tak sempat, Kesibukkan TERLAMPAU
    semlm gatal tangan usik sana usik sini, DASHBOARD dah pening πŸ˜€

  14. kena pakai filter tak kalau nak ushar kakjie?

    Kujie ~ kenalah may…beli plastik warna warni yg cikgu seni kita selalu suruh bawa tu..heheheh πŸ˜†

  15. boleh nampak dari Malaysia?
    boleh pandang tak? kotΒ² boleh buta mata macam kes gerhana matahari zaman sekolah dulu.

    Kujie ~ kalau tak nampak direct, angkawa.com buat siaran langsung kt laman web dia org

Comments are closed.