Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di Planetarium Negara Kuala Lumpur pada 10 Disember 2011.
Gegaran Gempa Bumi 14 Jun Dan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun
Orang awam dijemput untuk memerhatikan fenomena gerhana bulan penuh pada 10hb Disember ini melalui beberapa teleskop yang akan disediakan. Mereka juga boleh membawa teleskop masing-masing.
Menurut falak-online.net , gerhana bulan penuh ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang dan fasa gerhana penuh pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Kemungkinan waktu ini saya akan berada di Langkawi untuk menghadiri LIMA 2011 , sangat teruja menanti fenomera gerhana bulan penuh ini berlaku.
Bercerita tentang astronomi asas , tentang buruj-buruj bintang di langit adalah subjek kegemaran anak-anak. Kalau diminta liskan tempat² menarik yang ingin dilawati, Planetarium Negara sering menduduki carta no #1.
Gerhana bulan berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan bumi berada di antara matahari dan bulan.
Ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, Solat Kusuf (gerhana matahari) dan Solat Khusuf (gerhana bulan) sangat-sangat digalakkan kerana hukumnya adalah sunat muakkadah.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.
Rakaat pertama
- Niat solat Gerhana, Takbir
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- I’tidal
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
- Niat solat Gerhana, Takbir.
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal,
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud
- Tahiyyat Akhir
- Salam
abg jgn nanges lak tgok pic anak² ni… sabaq no…
ruginya hari tu, saya tak dapat tengok dan tak tahu langsung. Saya tahu pun waktu gerhana bulan sudah tapi kan saya rasa kalau ada pun, tak dapat tengok juga mungkin, tempat saya tak nampak bulan. 🙂
Dapat juga ambil gambar bulan ketika keluar daripada proses gerhana.
gerhana bulan boleh diteleskop gerhana hati siapa yg tahu wakakaka
nanti kak jie boleh letak gambar gambar gerhana dalam blog ? nak tengok lah
gerhana matahari pernah tengok…
Saya belum pernah melaksanakan sholat gerhana bulan, semoga pada gerhana bulan mendatang bisa memiliki waktu untuk melakukannya
Nice info kak Jie..
Kali ini teropong daripada Langkawi yer kak Jie. Kalau pandangan mata kasar ada peluang nampak tak?
Kebesaran Allah yg amat indah & salah satunya ialah kenangan yang kita cipta bersama2 insan tersayang =)
Terima kasih Kak Jie utk info ni. Bolehlah standby malam tuh
jumpa di LIMA! huhuhu..
haha…pernah jugak lepak kat luar sambil bawak bantal untuk tengok gerhana bulan.boleh layan 10/12 nanti 😀
Melihat tanda-tanda kebesaran Ilahi. Moga wujud rasa kerdil berbanding Yang Esa. 🙂
masa belajar dulu ada le tahu tentang astronomi ni.. tapi x dapat tgok gerhana bulan… dapat tengok planet zuhal je..
Subhanallah~
tak boleh pergi duk rumah sajalah , tunaikan apa yg patut .. 😎
suka jugak pasal astronomi dan sains..hehehe..mesti best ni..
terimaksih sb share…harap2 dapat jugak tengok gerhana ni..janganlah terlupa macam yg lepas2.
ada terbaca dekat falak online akan ada gerhana bulan dalam waktu terdekat….boleh juga melihat keindahan
dulu masa bebudak suke amik tau pasal astronomi….tp skang….langsung xtau…
susah nak lihat gerhana bulan penuh ney…
harap2 sempat untuk solat sunat gerhana