Edit : Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini 5hb Januari 2013 – klik > Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 dan Januari 2013
Ini cerita lain , tetapi masih pada hari yang sama ketika saya pergi ke Santuari Ikan Sungai Chiling

Saya tinggal di Hulu Selangor dan berpuluh-puluh kali melihat Empangan Sungai Selangor atau lebih dikenalai dengan nama Empangan Kuala Kubu Bharu. Saya melihat dan mengetahu mengenai empangan ini sejak dari mula pembinaan dari tahun ke tahun sehingga air memenuhi takungan empangan dan melimpah.
Saya ke Bukit Fraser melalui jalan di empangan ini, pergi Sungai Chiling , pergi Raub juga pernah melalui jalan ini. Kadang-kadang hanya memandu menikmati persekitaran hijau yang mendamaikan. Empangan Sungai Selangor telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bharu ( KKB)
Tetapi kunjungan saya hari Ahad lepas sungguh berbeza. Empangan ini nampak sangat menyedihkan. Awal bulan lepas saya juga melalui Tasik Kenyir. Saya melihat tanda air Tasik Kenyir yang sedang menyusut tetapi perubahan Empangan Kuala Kubu Bharu ini sangat ketara sekali.

Pada pandangan mata kasar, penurunan paras air melebihi 10 meter.

Tergaru-garu kepala memikirkan kenapa terjadi keadaan ini? Saya pergi ke Santuari Ikan Sungai Chiling tiada tanda perubahan yang terlalu ketara di sana.
Saya tinggal di Hulu Selangor yang paling kerap hujan, tiap minggu hujan lebat. Apa masalah yang sebenarnya ye? Bertahun-tahun diperlukan untuk memenuhi paras air pada aras yang sedia ada.
*sambung garu kepala…*
Ini gambar entri saya pada September 2010. Entri Santuari Ikan Sungai Chiling

Keadaan di bawah jambatan yang telah kering berbanding gambar pada tahun 2010
Kita selalu melihat amaran bahaya dari pihak luar, dari sumber yang entah disebalik benua atau tujuh lautan tetapi kita sering lupa untuk melihat tanda amaran dari alam persekitaran yang paling dekat.
Kak Jie, saya baru pergi semalam. Air masih cetek 🙁
Jom terjah post menarik dari Khai ..Visit Malaysia: A Quaint Little Town
Memang nampak perbezaan empangan di waktu-waktu yang berlainan, ketika banyak air dan masa kering kontang.
Saya berikan sedikit infor mengenai perbekalan air di Selangor dalam, “Memahami sistem perbekalan air di Lembah Kelang dan Projek langat 2 serta isu-isu berkaitan”.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html
Sungainya bersih dan tidak ada sampah didalamnya, benar2 terawat..
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta Depok
tak pernah lagi nampak empangan yang takde banyak air camni..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Ligat
Air empangan akan dilepaskan untuk mempastikan cukup air mentah untuk disedut di hiliran contohnya di Rasa dan Batang Berjuntai. Dari Batang Berjuntai air akan di salirkan ke loji rawatan air untuk penduduk lembangan sg klang. Jadi lagi banyak air penduduk lembah klang guna, lagi banyak air disedut dari sg selangor, lagi banyak air empangan sg selangor di lepaskan. lagi susut paras air.
Jom terjah post menarik dari zzlaloq ..Si Penghulu dan Gembala
assalamualaikum,saya orang hulu selangor dan rumah lebih 7 km dari empangan sungai selangor ape yang berlaku memang tak masuk akal dan sebotaj mustahil hari hari hujan lebat air tak ade… kalau tuan -tuan tak caye duduk lah seminggu kat kkb ni tengok macam mana…jangan tengok berita yang sedia ade je banyak tipu dari benarnye…
Biar betul…. Kering sampai macam ni skali
bila pembangunan terlalu pesat dijalankan..kadang2 rasa kesian jugak kat bumi Allah ni, hancur binasa di tangan manusia sendiri.
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Sebulan Tidak Mandi
pelawat yang budiman…sebenarnya air di empangan tersebut tidak kekeringan…cuma pihak pengurusan sedang MENYENGGELARA EMPANGAN…masa ini di pilih kerana musim tengkujuh akan menjelma tidak lama lagi.so…warga hulu selangor tidak perlu bimbang akan kekurangan air
Jom terjah post menarik dari ann ..Lebih 2000 tahun
kan best cam ni… info yang tepat dari sumber yang saheh hehehehe
Jom terjah post menarik dari Azman ..RM200.00 untuk buat modal beli susu dan pampers anak.
ok! note.. terima kasih atas info tersebut….
petanda lagi jelas dan nyata
gambar yang last tu dah boleh buat rumah dah kat kwasan kering tu.
Jom terjah post menarik dari Syahera ..Perfume supplier in Malaysia
mungkin pembaziran kegunaan air menyebabkan terjadi demikian rupa.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?
Kadangkala menjadi resam manusia, bila diberi kemudahan dan kesenangan, lantas take for granted. Mungkin sebab dah tak payah bayar bil air semahal sebelumnya, menyumbang pada pembaziran. Masalah sikap rasanya ni. Selain la ni, masalah air juga boleh jadi masalah politik. Logiknya kalau dah dapat air dengan kadar murah. Syukurlah pada Allah dan terimakasih pada yang mengusahakannya. Payah sekarang ni semua perkara boleh terkait dan tersangkut. Wallahua’lam.
Jom terjah post menarik dari adillaharun ..PENANGAN USTAZ AZHAR IDRUS
ieda pun garu kepala membaca entri ini…pelik bin ajaib…betullah kakjee, dekat bkt.beruntung pun selalu hujan..tapi apasal air kat empangan tu menyusut ye?!…. tak dapt dibayangkan jika terputus bekalan air…
dah lama tak ke sana.. last pergi tahun 2006 kalau tak silap..
sangat jauh bezanya sekarang.. risau pulak tengok keadaan empangan tu..
Jom terjah post menarik dari aizamia3 ..Nak buat apa sebenarnya ni..
Salam kak.
Tempat tu ( empangan tu sendiri ) dulu tempat sy belajar. Atas tanah nmpak mcm bukit tuh asrama lelaki.
Ahahaha.
Nostalgia gila tempat tuh.
wah.. tak sangka boleh kering kan. seluas2 empangan tu.
Jom terjah post menarik dari GematriA ..[ GAMBAR ] PERLUMBAAN KAPAL SELAM YANG #OHSEM
Dah lama tak lalu sana kak….
Last pun masa pergi mandi sungai dekat sana 🙂
Eh salah…. masa pergi water rafting tahun lepas….
Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Filem Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
ketara sungguh perbezaan paras air tu ya kak…
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.
akhir bulan Ogos tu kak jie lalu area Tasik Kenyir nampak juga paras air yang menyusut tapi dlm 1 meter mcm tu saja..yang ni sangat² ketara
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja
Terapkan kat anak2 jimat air lah mulai skrg ..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Didalam kekalutan ada kemanisan
suruh depa tengok bee… baru ngeri nak beringat kot
kita pun kadang2 leka juga…dok membasuh kt sinki tak ingat
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Butang Reset Alarm Proton Saga FL
Billa Allah s.w.t ingin beri peringatan. Ini diantaranya kan kak..
Jom terjah post menarik dari Rabiatul Adawiyah ..My Personal WiFi dengan P1 MiFi MF230
tapi kita ni… selalu dok nampak nunnn jauh
amerikalah, rusialah, israeil lah….yg dok mengancam kita
kita sendiri pun tanpa sedar dok memusnahkan ‘kubu’ kita sendiri
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) Yang Kering
saya suka part yang akak garu kepala tu..hehehe…
erm..mungkin hampir samai zaman penghujung….tanda-tanda kecil sudahpun kelihatan….berbicara soal alam…jika kita tidak berbakti pada alam, adakah alam akan berbakti kepada kita….renung-renungkan…
Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..MB Sertai Giveaway Yang Gempak?
ini tempat kak jie…. hulu selangor
kami hari-hari hujan lebat
kalau pun musim kemarau, rasanya belum lagi kemarau yang melampau.
mesti ada sebab….sebab tu mungkin berbagai
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sekali Lagi Ke Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling
hari hari hujan…mesti kelembapan kawasan tu tinggi…sejuk je kan…
Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..MB Sertai Giveaway Yang Sweet?
Ketara sangat nampak surut air tu,kalau kering macam mana org selangor nak mandi 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Cara Kira Loan Rumah
mandi kerbau :p
kak jie ok lagi, dok kawasan yang banyak air terjun
5 minit dari rumah dah ada sumber
yang dok kat bandar tu…. mana nak cekau
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) Yang Kering
mandi guna air mineral lah jawab nyer hehehe..
Jom terjah post menarik dari azman ..Cara Kira Loan Rumah
gulp.
tak terkomen.
hurrmm..
insaf.
Jom terjah post menarik dari hidayah ..tips pujuk isteri merajuk SILA BACA
mandilah sehari satu gayung….sudahhh :p
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Butang Reset Alarm Proton Saga FL
hahahaha..
tak cukup ngan dayah nih ha…
(dayah sdg belajar ngan encik suami nak letak gmbr..hihi..harap jadik la.. lepas nih akak ble tgk muka cantik dayah…hihihi..)
Jom terjah post menarik dari hidayah ..bila encik Denaihati singgah dan komen
tiba-tiba…..kalau saya terjatuh dalam tu, terus tenggelam tak timbul-timbul. takutnya. maaf keluar tajuk.
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Raya Puasa
masa tengok tang turbin air memang seram cikgu…saya ada ambil gambar kat situ dulu
cari folder gambar dah tak ingat boh mana
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home
Selepas Raya ada ke empangan air Selangor memang air diempangan surut. Cuma musykil sama macam kak Jie air hujan kebelakangan ini tidak membantu menaikkan paras air.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.
tengok juga gambar tu, tapi mcm tak percaya kesan susutnya tu terlalu ketara sangat
seriaulah pula….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVM
perbezaan yang amat ketara, apakah puncanya…?
sedih dengan perubahan yang berlaku, inilah kuasa Allah
Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..wordless wednesday – rindu pun bertandang
saya pun terfikir-fikir
punca air yang berkurang ke? tapi kenapa?
atau kegunaan melebihi sumber?
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Juru Sukat
pernah duduk di KKB tapi tak sempat tengok empangan tu siap. tapi sempatlah pergi sekali tahun 2009. memang seronok lepak2 kat situ waktu tu. tapi bila tengok keadaan jadi macam ni rasa sayu sangat2
kak jie pernah lalu sebelum empangan ni dibuat, lalu jalan perkampungan orang asli.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Butang Reset Alarm Proton Saga FL
Bila ALLAH sudah tidak mahu berpaling kepada manusia maka di biarkan alam mencari keseimbangannya sendiri tanpa ada belas kasihan dari ALLAH.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Blogger Sahabat Bukan Masa Senang Sahaja
🙁 bila manusia terlampau “mendera” alam sekitar tanpa batas, akibatnya jadi macam ni lah