Hujung minggu yang serba meriah di kota raya dengan perbagai aktiviti menarik di sana sini, saya meluangkan masa menerima jemputan untuk acara yang dikhaskan untuk blogger sempena Petronas Malaysia Grand Prix 2012 di Concourse Level KLCC.
Selesai pendaftaran blogger , pengarah urusan , Anita Azrina telah memulakan majlis santai ini dengan ucapan aluan dan penerangan aturcara.
Sudah tentu yang tidak lekang dek mata menatapnya ialah jentera kebanggaan pasukan Mercedes AMG Petronas F1 – Mercedes SLS AMG 350 yang dipamerkan di ruang tengah Suria KLCC.
Inilah satu-satunya gambar ekslusif blogger disamping kereta Formula 1 serapat ini
Bermula dari Sabtu 17 Mac hingga 25 Mac 2012, ruang Suria KLCC akan menjadi ruang menjual barangan Petronas Motorsports dan Mercedes sebagai kempen mempromosikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia 2012 .
Selesai majlis taklimat ringkas, kumpulan blogger dibawa melawat ‘flying car’ yang terletak di lobi Dewan Filharmonik PETRONAS. Pameran unik yang bertemakan PETRONAS Suspended Formula 1 Cars pasti memukau tiap pelawat yang melangkah memasuki bangunan ini.
Dengan kepakaran sekumpulan 20 orang engineer dan technician , kedua-dua kereta ini berjaya dibina dalam masa 14 hari.
Ikuti video di bawah ini yang menceritakan bagaimana ‘kereta terbang’ tersebut dapat berada pada kedudukannya sekarang.
Satu permainan menarik yang dipanggil Speed of Sound bukan saja mengundang bahang kehangatan perlumbaan F1 bagi remaja, malah makcik macam saya pun tidak ketinggalan untuk mencubanya.. Permainan Speed of Sound hanya menggunakan suara untuk mengawal kelajuan kereta Formula 1 di skrin komputer. Pemenang berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan yang disediakan.
Nampak senang sajakan……….. cuma jerit….aaaaaaaAAAAAAaaaahhhhhh….
Saya dapat 20:40 saat dan Angah 17:40 ! OKlah tu….. emak dah semput, nafas dah abis tiap hari sebab berleterkan anak-anak. Kalau saya gunakan minyak pelincir sintetik Petronas Symtium dan Petronas Primax tentu suara yang keluar boleh memecut bagaikan juara!
Kemudian kami menikmati majlis makan malam di The Apartment, KLCC sambil sembang santai bersama blogger lain juga crew Petronas Motorsports.
Dua blogger pelapis – Amirul Syafiq dan Intan Safura bersama blogger mentor Azman Ishak dari azmanishak.com
Jangan lupa untuk bertemu pelumba-pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Michael Schumacher dan Nico Rosberg yang berasal dari German pada sesi ramah mesra bersama peminat dan menandatangani autograf pada Rabu 21 Mac 2012 di Concourse Suria KLCC.
Petronas Malaysia Grand Prix 2012 yang menjadi lokasi ke 2 musim 2012 dari 29 pusingan akan berlangsung hujung minggu ini bermula pada 23 Mac untuk sesi latihan, 24 Mac sesi Kelayakan Masa dan Perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 pada 25 Mac dengan 56 pusingan yang mengambil masa kita-kira 120 minit perlumbaan di Litar Sepang ( SIC ).
Untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang musim Formula One Petronas Malaysia Grand Prix 2012 , klik Petronas Motorsports dan mencuba suara menandu secara online . Like Petronas Motorsports Facebook dan Petronas Motorsports Youtube untuk melihat iklan terbaru Petronas Race Ends, Work Never .
Terimakasih Petronas Motorsports atas jemputan . Rasa bangga kerana seorang makcik blogger turut serta merasai pengalaman yang berharga ini. Hari tersebut bukan saja indah untuk diri sendiri tetapi sudah tentu menjadi memori kenangan anak-anak saya untuk berkongsi bersama rakan di sekolah sebagai satu aktiviti cuti sekolah yang dilalui.
<< muzik latar ombak rinduuuuuu…………… >>
aduhhh tak sempat nak jengahhhh….mama nanti ambek gambar jenson button dahhh crasss lah pulak kete dia
pehh.bestnye!speed of sound..letih gak kawal pakai mulut kakjie..hehehe
Speed of Sound? bunyi mcm menarik je. bila lah ada kesempatan dapat tgk suma ni..kan bagus kalau diaorg buat di melaka. 🙁
#kitaorg baru balik dari event Bro Framestone
Mobilnya sangat keren dan acaranya begitu meriah
nice share Kak Jie
cantik kereta tuh.
tengah imagine mak cik tu menjerit..hehe
bestnya dapat jemputan mcm²…itulah kuasa blogger kan?
sygnya tak sempat nak p..sya cti hujung blan ni..klau dapat pluang nak test speed of sound tu..mcm best pla..lawak juga di tengok..haha
terimakasihhhhhhhhhhhhhhh mama sebab bawa Angah
memang best, boleh cerita 44 hari 44 malam dengan kawan-kawan pun tak habis
Teringin naik F1 sambil dipandu pelumba no.1 F1. Tapi tak tercapai punya sbb seat dia satu je. 😀
tetiba terbayang kenderaan motor cerita perang dunia
boleh naik 2 org….
Tapi tokleh laju 😀
Saya lebih minat kepada drift berbanding F1 ni. Tapi boleh la layan…
drift tu kelas tersendiri……….. dgn peminat tersendiri
bukan calang2 tu
seronoknya
nak gi klcc hari rabu, nak jumpa Michael Schumacher dan Nico Rosberg
esok ye… jgn lupa tempek kt blog
hihihihi terus sy teringat lagu ombak rindu
Sabtu lepas saya berpeluang melihat kereta F1 Lotus dan aksi di Proton Power 1.
hujung minggu lepas mmg meriah, aktiviti sana sini…kt Bkt Jalil, kat Putrajaya…
habis la gue tak bleh carik makan la kalau macam ni hahaha… punah harapan ana!
uik… mentor blogger ni pasai pa pulak….
hahaha.. banyak la blogger mentor. sejak bile la ade rancangan reality blogger. lol~ kalau ade kan.. erk.. sape jadi pengkritik eh?
Syarat kelayakan:-
1. Berpengetahuan luas dalam hal ehwal negara
2. Warna negara Malaysia
3. Mempunyai domain dan hosting sendiri
4. Berumur 18 tahun ke atas
5. Pandai selok belok WordPress, Blogspot, Thumblr, Twitter dan FB
6. Pandai SEO tapi bukan GILA SEO mahupon trafik.
*** Bonus kepada mereka yang mahir PHP & mySQL
hahahaha… cukup tak? sape nak, nanti boleh hantar borang ujibakat ke realiti@Kuji2.Com 😀
Rancangan ini ditaja oleh:- Siput Streamyx Masak Lemak – Yeayy~