Darah Tinggi Makcik Naik Gara-gara  Tak Dapat Ayam 1 Ringgit
Isu Semasa

Darah Tinggi Makcik Naik Gara-gara Tak Dapat Ayam 1 Ringgit

Saya jarang respon benda mengarut terbitan akhbar atau isu popular media sosial. Tetapi saya tidak dapat menahan diri dari memberi feedback mengenai berita Ayam Seringgit ni!

Sebagai surirumah berita kebijaksanaan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak membeli belah sehingga boleh mendapat ayam seekor dengan harga seringgit benar-benar membunuh sel-sel otak apabila digunakan untuk berfikir dengan rasional.

bijak membeli

Saya tak ketawa dengan statement ini, saya TERLUKA!  Rasa sebak rasa terguris apabila dibuli oleh seorang Perdana Menteri.

Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan.

Apa pilihan yang diberi? 269 cawangan NSK !

Lokasi terdekat NSK lebih kurang 10-12 KM. Untuk dapatkan ayam seringgit ni, saya perlu kos minyak kereta. Itu kalau dah ada kereta, berapa ramai jiran tetangga saya yang tiada kenderaan kedua selepas kenderaan utama dibawa suami ke tempat kerja? Kalau nak pergi dengan kenderaan awam pun, perlu keluarkan kos tambang juga.

Dari rumah nak ke lokasi pun ambil masa 1 jam pergi dan balik.

1000 ekor? Kena beratur seawal pagi untuk menjadi orang yang ke 1000. Anak dan rumahtangga siapa nak urus?  Hantar anak sekolah agama pagi , balik masak , pergi ambil lagi jam 11.00 pagi  anak mandi, makan bersiap ke sekolah petang – hantar lagi ke sekolah.  Kadang-kadang anak lain dua tiga orang tawakal je untuk tinggal di rumah sewaktu keluar uruskan anak yang bersekolah.

Jika membuat perbandingan, pengguna masih mampu membeli dengan harga munasabah.

Harga ayam seekor seringgit langsung tidak munasabah dalam kehidupan sebenar.   Saya surirumah terperok kat dapur pun boleh buat matematik mudah  untung rugi. Penternak nak bagi ayam makan dengan apa? Nak bayar gaji pekerja?  Pemborong nak bawa ayam dari ladang ke pasar guna apa? Semua tu ada kosnya.

Nak beli anak ayam untuk dibela sendiri tak dapat dengan harga seringgit seekor.  Ada ke penjual nak jual dengan harga di bawah kos?

ayam seringgit

Ini adalah feedback yang saya terima dari wall facebook  selepas saya post mengenai isu ayam seringgit. Boleh beli ayam seringgit guna baucer dengan syarat-syarat lain yang tersembunyi.  Ayam yang ditawarkan sebanyak 1000 ekor sahaja pada hari PM datang .  Pembelian ayam seringgit boleh dibuat pada jam 6.30 petang hingga 8.00 malam.

Beli dengan harga seringgit seumur hidup, terus cop diri bijak membeli belah!

Berapa ramailah makcik-makcik yang bacaan darah tinggi naik memuncak hari ini kerana  menaham geram  disebabkan ayam seekor seringgit ni?

Ada tak suami yang kurangkan duit belanja harian rumahtangga bila tahu ada ayam seringgit?  Ayam yang berharga RM10 seekor tu cukup-cukup je masak untuk satu hidangan sekeluarga 5 orang.   Tak sempat nak perangat-perangat lagi dah… !

Nota : saya kurang makan ayam, ayam pilihan terakhir selepas ikan, tetapi harga  ikan lebih mahal daripada ayam? macam mana tu….dok cari idea celah mana nak berjimat dan menjadi bijak membeli belah.

Nota : Nak bekerja di rumah?  Baca panduan dan beberapa tips penting yang dikongsi oleh mereka yang telah berjaya di sini Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Darah Tinggi Makcik Naik Gara-gara Tak Dapat Ayam 1 Ringgit

  1. saya dgr liputan berita ni pada berita tgh mlm kat tv3 pd hari isnin..saya rasa marah dan terus tutup tv dan tidur walaupun tak boleh lena terdengar2 di telinga apa yg dituturkan… sangat tak sensitif dengan kesusahan orang lain…nasib baik saya tutup…kalau tak darah saya pun tentu akan naik tinggi…

  2. ehem..marah benau makcik sorg ni..ehehe..ye..betul tu apa akak cakap semua tu sebenarnya..pm dtg dgn rombongannya..tak heran kalau die bleh beli ayam rm1….tapi beliau xtry lagi membeli keseluruhan barang keperluan seorang diri dan hanya berpakaian biasa utk ketahui perkara tentang rakyat…die PM..sape berani letak harga sebenar?mesti nak bodek..kan PM tu?….

    apa pun..memang bleh buat ramai sakit strok dibuatnya..hoho
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Kisah Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 Part 1My Profile

  3. Saya tak pasti apa sebenarnya yang cuba disampaikan pihak kerajaan kepada rakyat?

    Adakah selama ni kami ini (rakyat) tidak bijak membeli belah? Bukan sekadar bijak, malahan kamilah yang membandingkan harga. Kalau di kedai A lebih murah. kami kesana beli di kedai A. Adakah pak menteri & orang kerajaan buat sebegitu? tidak sama sekali. dalam tender mahupun pembelian apa saje barang kerajaan, yang paling mahal di ambil. Harga sebenar segitu, lebihnya masuk poket sendiri.

    Tolonglah, jangan anggap rakyat bodoh dan jangan memperbodohkan rakyat. kerana kami ini punya akal. bukan sekadar punya otak!

    1. kan…….. kan…………………. mcm kita ni suka suka membeli belah mana dan. kita ni kira tiap sen, beza tiap harga di kedai dan beli ikut keperluan

      dah bergelut dgn segala mcm kos sara hidup, kena buli dgn PM pula
      sedih tauuu…..
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  4. Akak tahu..

    Dayah terharu sangat baca entry nih.

    Kalau akk nak bertanding dlm pilihanraya bgtau dayah akk nak bertanding kat mana.. dayah nak pindah.. nak undi akak..

    Dayah surirumah separuh masa ni pun rasa nak pitam ngk pm beli ayam rm1 sekor..

    Pm tak perasan eh..

    Mail upin ipin tu jual lagi murah..

    Apapun dua singgit dua singgit haha..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Sedap mengurutMy Profile

    1. kalau org yg biasa turun kepasar pergi beli barang keluarga..kemudian dia dpt tips atau cara atau panduan menjadi pembeli yang bijak…dia share kat kita sama-sama ..itu boleh diterima

      ini tips atau panduan yang diberi langsung tak boleh diterima ,
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  5. realitinya mana ada ayam RM1, kalau pun ada adakah ianya membekalkan kepada semua rakyat umum? Kita x marah harga mahal kalau itulah realitinya, yang kita harapkan adalah kerajaan memastikan yang rakyat mampu untuk hidup selesa didalam keadaan apa pun seperti harga barang meningkat dan diselarikan dengan tingkat gaji yang sesuai untuk menyayingi kos sara hidup, inilah yang diperlukan
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Cara Pasang Google Analytics Code di WordPressMy Profile

    1. Bab kenaikan harga barang kita pun boleh terima….bukan kesan di negara kita saja, seluruh negara
      yang tak boleh diterima saya seorang PM membuli rakyat dengan ayam seringgit ni saja

      rasa mcm…ehhh…ehhh…sampainya hati
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  6. Assalamualaikum,
    Orang Besar kata “rakyat banyak pilihan”, perlulah bijak memilih, kena pi kedai rakyat 1 Malaysia kalau nak murah.

    Bila pi sana, beli nuget rakyat ni…balik2 tengok belek berkali-kali masih juga keliru “adakah itu nuget utk makanan manusia atau dedak ayam?”

    Banyak komen kang kata pembangkang pulak!
    Opsss!!
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Dimalukan Dengan Keletah Anak?My Profile

    1. Waalaikumsalam

      kita bukan tak perihatin dgn kenaikan harga barang, rasanya semua orang dah boleh terima
      tetapi cara seorang PM membuli rakyat dgn perkara mcm ni, sgt sgt sedih…perihatinlah sikit
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  7. Saya bukan setakat darah tinggi… rasa tobat nak makan ayam lepas ni kalau terpaksa meredah berpusu-pusu dengan orang ramai, kos minyak, kos tambang semata-mata nak kejar ayam seringgit yg tak masuk akal… mcm mana suratkhabar tergamak keluar artikel mcm ni?. Sorry Kak Kujie saya ter-emo sebab rasa di bonggokkan sangat.

    1. ini kes perdana menteri membuli surirumah yang bertanggungjawap menguruskan kewangan keluarga
      bayangkan betapa kita ni jenuh berkira tiap sen yang dibelanjakan…. tetapi tetaplah tak bijak sebab tak dapat beli ayam seringgit
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

Comments are closed.