Isu Semasa

Catwalk dengan kasut sekolah baru.

Saya baru balik sebenarnya – malam tadi baru sampai rumah selepas 3 hari bercuti di kampung mertua. Emak mertua selamat kembali dari Tanah Suci Mekah. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

Entri di bawah sebenarnya scheduled post – tetapi sejak guna WordPress 2.9, keadaan seperti ada error dan bug di sana sini.  Masalah  image ,  review post,  dan post berjadual saya menjadi missed schedule.

Abaikan, itu hanya masalah semasa bagi seorang blogger tegar… he he he… kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut dikeji, dikritik, jangan gatal-gatal nak create blog.

p/s – saya mohon maaf, ada lebih 100 komen yang tidak sempat dibalas, ada beberapa urusan anak-anak yang perlu diselesaikan hari ini.

Hari ini 31/12/2009 – hari terakhir 2009- mood back to school! Cik Intan bercatwalk dalam rumah dengan kasut baru.  Senyum saya teringat zaman dara sunti dulu, macam itu jugalah cewinya saya bila dapat kasut baru. Tapi rasa tak best kasut sekolah tapak getah tu tak berbunyi ketuk ketup ketuk ketap….

Sesi persekolahan 2010 akan bermula pada  Ahad 3 Januari atau Isnin 4 Januari 2010.

Jadual Persekolahan 2010

Hari Persekolahan
4/1/2010 hingga 12/3/2010 = 50 hari

Cuti Pertengahan Penggal
13/3/2010 hingga 21/3/2010 = 9 hari

Hari Persekolahan
22/3/2010 hingga 4/6/2010 = 55 hari

Cuti Pertengahan Tahun
5/6/2010 hingga 20/6/2010 = 16 hari

Hari Persekolahan
21/6/2010 hingga 3/9/2010 = 55 hari

Cuti Pertengahan Penggal
4/9/2010 hingga 12/9/2010 = 9 hari

Hari Persekolahan
13/9/2010 hingga 19/11/2010 = 50 hari

Cuti Akhir Tahun
20/11/2010 hingga 2/1/2011 = 44 hari

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am = 210 hari
Jumlah hari cuti sekolah = 78 hari

Jadual Persekolahan cuti ganti perayaan 2010

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran yuran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Yuran Persekolahan bagi sekolah rendah:

Kokurikulum (RM3),
Kertas ujian dalaman (RM6),
Sukan tahunan sekolah (RM6),
Kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6),
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2)
Insurans Takaful (RM1.50).

Yuran Persekolahan bagi sekolah menengah :

Kokurikulum RM6,
Kertas ujian dalaman (RM10),
Sukan tahunan sekolah (RM6),
Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6),
MSSM (RM4)
Insurans Takaful (RM1.50).

©Kujie – walaupun suami masih di luar negara, tiada masalah bagi saya untuk menyediakan segala keperluan anak-anak kerana sebelum ini memang tugas saya yang uruskan ( cucuk dari akaun encik suami je… )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Catwalk dengan kasut sekolah baru.

  1. Budak laki kalau kasut baru mesti nak tunjuk dekat awek.
    saya dah faham sangat perangai budak zaman sekarang
    ini.tapi kawan laki mesti ada yang dengki.mereka akan buat bagi
    kasut kawan ni kotor. 😈

    anak kak cun yang beritahu 😛
    .-= mesticun´s last blog ..Awek berak ”melepas” dah =-.

  2. La nie tgh kecoh pasal lepasan IPTA dan UPSI tak dapat jadi cikgu. Alasan – kerajaan tgh takder duit? Ntah laa.. Anyway anak teman bongsu – blum sekolah, Sulung – Dah habis sekolah. Hehehehe Takder arr bz nak masuk2 sekolah tawun nie. 😉
    .-= Dak Wan´s last blog ..Club 2010 : Azam? =-.

  3. Budak-budak ni memang teruja nak mulakan persekolahan dengan barang baru. Moga-moga terus bersembangat untuk menimba ilmu. 😆
    .-= Tie´s last blog ..Menjejaki seribu impian =-.

  4. Ada anak yang masih bersekolah rendah ke.ingat semua dah
    sekolah menengah.
    .-= mesticun´s last blog ..Singa nak guna teknik rebonding =-.

  5. Teringat zaman sekolah..makin sibuk la isteriku nanti (guru)…Hargailah jasa guru…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kepulangan Sally =-.

  6. xpe kak jie. tanggungjawab kat family lagi berat. kena utamakan yang tu dulu. rasanya semua orang faham kot..
    .-= ariff´s last blog ..Ariff Shah Pemenang Pertandingan Cipta Tagline GengBlogger =-.

  7. Wah, teruja tul Intan nak pi skolah.
    Hehehe!!! 😆
    .-= Eriyza´s last blog ..Penghias Skrin 2010 =-.

  8. “Kalau takut dikeji, dikritik, jangan gatal-gatal nak create blog.”.. hehe, suke ayat nie.. hoho, xbes gak musim bukak skolah nie, sebab byk bende nak kene setel.. hoho..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Ujikaji: Pabila Blog tak Diminati… =-.

  9. WordPress 2.9 ada masalah? nasib baik saya tak upgrade lagi. saya mmg tak suka nak guna benda yg cutting-edge. masih baru dan mesti ada yg tak stabil. lagipun dari nombor version dia nampak yg byk benda di update. jadi risiko agak tinggi. almaklumlah, dah biasa buat release system dan tau mesti ada problem setiap kali baru release. tunggu dah di betulkan baru upgrade. hehe.

    byk gak cuti yg perlu diganti budak2 sekolah taun depan ye. waktu saya dulu jarang ada cuti mcm tu. kalau ada pun last minit.
    .-= mrkay´s last blog ..Rangkuman 2009 =-.

    1. @maza,

      Eh… ingat dah tahun satu, tahun ni… kecik lagi rupanya… :mrgreen:

      Yang dalam perut tu tak nak keluar lagi ke ? Kalau keluar malam ni bolehlah sambut tahun baru sekali, hehe…
      .-= Tie´s last blog ..Menjejaki seribu impian =-.

      1. @Tie, erk! kalau dapat, biarlah budak2 tu kecik aje.. tak payah besor2 pun..

        hehehhehe
        :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

        erk! ada ke bapa yg fikiran sama mcm maza ek? hmm

  10. hehe.. sekolah dulu pakai kasut penguin jer… 😀

    metneil nak mintak maap jugak kat sini boleh sbb tak balas komen? huhu… java script problem.. tak tau nak setel..
    .-= menteil´s last blog ..Penutup Bagi 2009 =-.

  11. alah bisa tegal biasa. blogger tegar bisa aja hadapi semua itu kan? hehe..

    yeah. mood kembali ke sekolah semakin terasa.. nasib baik adik tak buat catwalk dalam rumah jgak.. hehe
    .-= beliamuda´s last blog ..New Year 2010 – 2009 Flashback =-.

  12. Alhamdulillah urusan daftar anak2 dah selesai. Abang pun dah balik asrama ahad lepas. Sekarang hanya menunggu sekolah je Isnin ni. SELAMAT TAHUN BARU. MULAKAN DENGAN NIAT YANG BETUL KERANA NIAT AKAN MENENTUKAN SEGALANYA UNTUK 2010. KUasa NIat @
    .-= denaihati´s last blog ..Pengalaman main dengan jiran =-.

  13. kalau yuran PIBG tu macam mana pulak tu ye?
    .-= loq´s last blog ..My Top 10 Treat List in 2010 (part 1) =-.

    1. @loq, Yuran PIBG diluluskan dari Mesyuarat PIBG, tak sama setiap sekolah

      sebenarnya ada yuran2 lain lagi bergantung pada sekolah – ini adalah Yuran Sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian

Comments are closed.