Isu Semasa

betul ke non muslim kena convert islam time kawen

Salam untuk semua pembaca blog , kawan² yang saya hormati.

Kita pernah berbincang tentang akad nikah di masjid , tentang akad nikah melalui email juga pernah menyentuh bab mas kahwin di blog ini.  Tetapi pagi tadi saya terima email seperti ini, dan ingin mengajak kawan² berkongsi pendapat juga memberi nasihat untuk adik/anak kita yang  keliru kerana  cinta.  Islam itu adalah ad-din , iaitu cara hidup mengikut lunas² Islam termasuk dalam soal nikah kahwin.

mama,
actually ni kawan yonna punya problem..
she wants me to find out..
dia nk proof based on al quran..

“betul ke non muslim kena convert islam time kawen?means pompuan tu islam.. bf dia non muslim.. bila nk kawen,perlu ke bf dia convert to islam?”

ni soalan dia..yonna da jawab. yonna cakap mmg wajib bf dia convert to muslim. mmg WAJIB! dia mcm x pecaya,ma.. dia ckp tu undang2 malaysia ja. oversea x mcm tu. huhu..

dia just nk bukti dlm al-quran tapi err yonna tatau nk cari cmne. 🙁
mama tolong kalo mama tau eh..

thanx a lotss

Ini jawapan saya :

Perkahwinan tidak sah dalam undang² Islam kecuali setelah memenuhi rukun dan syaratnya, antaranya ialah pasangan tersebut mestilah beragama Islam.

Saya email Ustaz Santai dan inilah email balasannya..

Seseorang wanita Islam dilarang ( haram ) mengahwini Lelaki Bukan Islam selagimana ia belum masuk Islam. Tak kira di negara mana sekalipun dia. Hukum ini tetap tidak berubah. Mengikut penguatkuasaan undang-undang bagi negara² bukan Islam, hal ini tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mereka tidak mengamalkan Islam. Walaubagaimanapun menurut hukum perundangan Islam perkahwinan itu tetap tidak sah melainkan lelaki tersebut memeluk agama islam

Dalilnya : Surah Al-Baqarah: 221

وَلَا تَنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤۡمِنَّ‌ۚ وَلَأَمَةٌ۬
مُّؤۡمِنَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكَةٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡ‌ۗ وَلَا
تُنكِحُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤۡمِنُواْ‌ۚ وَلَعَبۡدٌ۬ مُّؤۡمِنٌ
خَيۡرٌ۬ مِّن مُّشۡرِكٍ۬ وَلَوۡ أَعۡجَبَكُمۡ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡعُونَ
إِلَى ٱلنَّارِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ وَٱلۡمَغۡفِرَةِ
بِإِذۡنِهِۦ‌ۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ
يَتَذَكَّرُونَ

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)

Rasanya tak perlu ulas ayat di atas kerana ayat ini jelas lagi terang bahawa seorang perempuan tidak boleh mengahwini lelaki yang bukan islam (Kafir)
Wallahualam

EDIT : Yonna said :  MAMA, DIA TANAK PERCAYA! :cry: Seperti yang saya jangka, dia sengaja mencari alasan untuk tidak percaya bukan untuk melapangkan diri menerima pandangan orang lain.  Dia bertegas dengan prinsipnya walau ternyata SALAH.   Masalah tidak akan selesai jika jawapan atau pandangan kita dihujani kembali dengan pelbagai hal bela diri untuk tetap mengatakan diri sendiri saja yang betul.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “betul ke non muslim kena convert islam time kawen

  1. saye nabut that time dia nok tanye if kite nak engaged dgn bf kite but that time dia x convert agama islam lagi,boleh x kite just eengaged dulu,then after engaged dia convert? tq

  2. saya nk tnye.. apa yang patut saya lakukan supaya seorang non-muslim(lelaki cina) yang mencintai saya dapat mendekatkan dirinya kepada islam terlebih dahulu sebelum melangkah lebih jauh. maksud saya, jika benar dia mencintai saya, apa yang sepatutnya dia lakukan untuk mengenali islam.

    dia ada menyatakan hasrat untuk menikahi saya dan memeluk agama islam.. jadi, sy perlukan guide untuk saya bimbing dia ke jalan itu..saya taknak dia keliru dengan niat dia.. anyone pls help me..
    Jom terjah post menarik dari nur ..RENUNGAN BERSAMAMy Profile

  3. slm utk semua..i ada probes sikit…adik i..couple dgn mat hindu..they all ni nak kawin la..tapi probes nya..mat hindu ni tak nak convert selagai makbapak dia hidup.klu dah keoit tu ok la..pas tu siap ajak adik i gi thailand lagi..alasan dia..senang..sebab dia klu boleh tak nak tukar nama hindu dia ke nama islam.dia kata kwn dia buat mcm tu dan la ni ada anak 3org dah..so i slow talk dgn adik i..sabar..kitakan ada family…
    so adik i la ni tgh pening la tuh..mat hindu ni kata lagi..klu convert kat msia..nak kena after 1 year..tu yg dia tak nak tuh..pas tu dia pujuk adik i..tak per..nama anak anak nanti just binkan ABDULLAH..korok dia kan..(geram btol la)i ckp la..pk masa panjang..nnti klu anak tu dah besar n nak kawin..tak ke malu dia berwalikan hakim..abis nama bapak hindu..dlm ic abdullah..tak ke confuse gtu..btol tak 😕

  4. Assalamualaikum..

    Kalau sesiapa pernah baca mengenai kaedah missionary. Akan faham apa yang berlaku.

    Mereka mempergunakan pemuda-pemuda/gadis-gadis mereka untuk bermain perasaan dengan gadis2/pemuda2 Islam. Kemudian dengan tarikan cinta mereka akan merayu si gadis/si pemuda ke agama mereka.

    Atau

    Mereka mempergunakan pemuda2 mereka.. bermain perasaan sehingga terlanjur. Kemudian mereka akan meminta si gadis memilih jalan dua. Memeluk agama mereka atau ditinggalkan.

    Atau

    Mereka menggunakan gadis2 mereka… bermain perasaan sehingga terlanjur. Kemudian mereka minta dipertanggung jawabkan dengan memeluk agama mereka atau mereka akan melaporkan kepada pihak berkuasa dan menyebarkan kepada pihak umum

    atau

    mereka memberi segala kemewahan, kereta, wang ringgit dan sebagainya sekiranya seseorang itu sanggup memeluk agama mereka. / melepaskan seseorang daripada belenggu Along (peminjam wang) dan tidak perlu membayar balik dengan syarat memeluk agama mereka.

    dan banyak lagi kaedah2 lain yang digunakan dalam missionary atau dakyah mereka. Boleh cari buku2 mengenai kaedah dakyah di pasaran.

    Kalau rajin baca.. http://seruan2.blogspot.com/2006_03_01_archive.html

  5. penah berhadapan dgn org yg tak menghalalkan hadis nabi. katanya itu manusia sahaja yg berkata. kenapa nak ikut? katanyalah… adeh… tak terkata zana dibuatnyer..
    tu lagi teruk tu… tapi skang zana dpt tgk la kesan ke tegasan dia menegakkan yg tak benar. harap2 org tu kembali ke pangkal jalan.. amin…

    Kujie ~ kita berdoa dan berusaha apa yg mampu zana..moga dibukakan pintu hati mereka

  6. Kesiannya budak2 zaman sekarang. Org dulu2 setakat buang mak bapak buang sedara sebab cinta, tp zaman sekarang buang agama pon sanggup. Patut dari awal lagi dia set kriteria 1st utk bf dia ialah Islam n tak tinggal solat, takde la jadi masalah cenggini:neutral:

    Kujie ~ bkn salah budak tu 100%, still tanggungjawap makbapa utk didik dari kecik

  7. assalamualaikum kak jie…

    tanya skit non muslim tu org mana?
    rasanya saya tau kenapa org tu kata kene convert muslim klu nk kawen hanya undang2 malaysia. pengalaman dok kat negara asing ni saya penah je jumpa org muslim laki kawen ngan org bukan muslim tanpa pompuan tu convert to islam. derang kata laki muslim leh je kawen ngan pompuan bkn muslim tp pompuan muslim kene kawen ngan laki muslim sahaja. saya tak tau la mazhab mana derang pakai….

    Kujie ~ dua2 tu org malaysia.
    mmg kt oversea sana tu tak jadi hal..depa tak kisah…tapi hukum ttp tak berubah walau di mana kita berada

  8. thnx for all the comments..
    really appreciate it 🙂

    dia mengaku..
    dia x boleh terima hakikat sebab bf dia non-muslim..
    which is indian+kristian if i’m not mistaken..
    and petang tadi when i tried to convinced her yang itu semua dalil2 dalam al-quran..dia mcm taknak dengar.

    ayat dia lepas yonna kasi dalil2 tu.

    “ok stop it.i dont want to know. and i dont want to know anything right now!.aku x boleh terima hakikat!”

    kitorg actually hampir bergaduh ptg tadi.
    saya x tahu mcm mana cara lagi nk suruh dia percaya benda ni..

    mmg cinta ni buta betoi la! huh

    Kujie ~ jgn putus asa ye yonna… terus ingat kan dia
    kita pun brdoa moga dia cepat sedar

  9. Dia tanya pas tu dia pulak menidakkan. At first ok lah kalau dia x tau (w/pun perkara paling basic) tapi bila dah bgtahu dalil, dll masih x nak terima.

    Atau mmg si bf terang2 x nak peluk Islam. Nanti dipujuk pulak budak tu masuk agama dia. Isshh..kita pulak yg risau. Mana parents & keluarga terdekat? Budak ni dok eversea ke? Harap2 Yonna boleh bantu. Kita sama2 bantu dgn doa…

    Kujie ~ itulah..dia bukan mencari sinar utk terangkan kecelaruan dia..tp dia mencari dalil utk membenarkan pendapat dia.
    harap2…tidak tersesat jauh budak ni

  10. Andainya dia kawin dgn muallaf nanti(mudah-mudahan bfnya masuk Islam), mampu ke dia nak bimbing suaminya nanti. Bukan niat nak perkecilkan kemampuannya, tapi kalu perkara basic gitu pun dia tak arif, macamana? Walau apapun semoga selamat aqidahnya dan bfnya nanti akan menjadi muslim sejati.

    Kujie ~amin..moga2 tidak tersesat jauh

  11. alo kjie, sorry out of topic. tapi mcm mana nak buat 3-column template eh??

    Kujie ~ utk tambah sidebar kiri dan kanan?
    kat blog tutorial tu> cari entri INi

  12. me teringat rakan kerja dari perancis bilang, kat eropah dibolehkan berkawin lain-lain agama gittewww.. wallahualam

    Kujie ~ tak payah jauh ke perancis…negara jiran kita Indonesia pun boleh…

  13. mama jie,
    kes kawin dengan agama lain kes berat.. ni kes maruah agama.. buakan main-main..

    murtad bukan perkara kecik… sy rasa kepada yg rapat denga saudari yang bermasalah ni kena lakukan sesuatu… sebelum ia menjadi semakin parah.. dan kalau sekiranya temuai jalan buntu.. hubungi papa dengan segera… kita sama-sama selesaikan.. ingat ni maruah agama.. bukan main-main…

    sy rasa org ni sedang mabuk cinta ni.. pasal tu dia mcm ni…

    Kujie ~ memang berat pun..kita dah nasihat ttp dia tidak percayakan Al-Quran.
    kita tgoklah apa yg boleh kita buat..
    selalu kita cuma dengar berita dari orang lain
    tapi bila terjumpa sendiri dgn masalah spt ini
    nak tak nak kena fikir juga
    tak mgkn nk berserah mcm tu tanpa usaha,kan

  14. Saya setuju sangat ngan komen kak Neeza… dalam Islam yang halal dan haram telah diterangkan dengan jelas dan nyata… terpulang samada dia nak terima atau tidak…

    Dalam agama kita kena pegang prinsip “bercakap benar walaupun kebenaran itu satu yang pahit sekali”

    Semoga kawan Yonna tu diberikan hidayah oleh Allah… jangan terlampau turutkan nafsu… turutkan hati mati.. turutkan nafsu binasa… fikir fikirkan la…

    Kujie ~ kita berdoa moga² hatinya masih lagi diberikan Nur dan hidayah..kita sendiri jgn cepat putus asa

  15. kalau orang dah tak setuju, cakap macam mana pun ada aje argumentnya kak kak Jie.. dia bukan nak mencari kebenaran tapi tak mencari alasan rasanya.. semoga Allah berikan dia hidayah..

    Kujie ~ dia nak kan bukti, dalil…bila di beri tetap juga tak mau percaya..
    mmg dia bukan mencari jalan utk yang diredai
    tetapi mencari alasan utk ‘pilihan’ dia diterima

  16. tugas kita hanya bagitau dia perkara yang sebenar. samada dia nak ikut atau tidak, terpulanglah kepada dia semata2. kita pun tak perlulah nak susah2 kan diri sangat asalkan kita dah menjelaskan apa2 yang perlu.
    memang benar ada negara2 lain yang membenarkan perkahwinan campur ini. jadi dia boleh lah berhijrah ke mana2 negara tersebut.
    cuba menghalalkan perkara yang jelas haram … no komen lah. but all the best n gud luck!
    islam itu mudah sebenarnya. watper susah2kan diri sendiri.

    Kujie ~ kita dah bagitau dia perkara yg benar dan betul
    tapi dlm masa yg sama kita pun kena berusaha pujuk dia utk terima
    tak boleh biarkan dia mcm tu
    lainlah kalau dia tu org jauh dr kita
    kita baca dr suratkhabar ke
    tentu kita tak mampu nk buat apa2..tetapi bila dah depan mata mcm yonna tu..kawan sendiri
    tentu dia sedih…dan dia akan berusaha utk menolong kawan dia
    kita bagi sokongan apa yg patut

  17. yes..kompem dah x sah kawen nya…

    the truth is dia mmg gatal sgt nak kawen..bukan pasal agama or what…huhuu

    Kujie ~ rukun dan syarat mmg telah di tetapkan..tak boleh diubah hanya utk kepentingan diri

  18. mama.thanx a lots.
    yonna pun mintak tolong shin find out semalam..

    semalam time my friend suro jugak2 cari.
    grr..
    dia mcm nk jugak tegakkan itu hanya undang2
    dalam malaysia.
    sebab tu dia dah taknak tanya org..
    sebab org akan bagi jawapan yang sama.
    *ur bf must convert to islam if nak kawen*
    dia mcm dah tanak pecaya jawapan tu..
    dats y she asking me for the dalil or
    apa2 ayat al quran yang membuktikan
    non muslim WAJIB convert to islam if nak kawen..
    or,if dia kawen gak dengan non muslim.
    dia murtad la kan?

    grrr..
    boleh terpesong akidah ni..

    btw,
    thnx a lot ma..
    nnt yonna kasi dia dalil ni

    Kujie ~ Yonna tolong dia ye… jgn kerana cinta diturutkan hati.
    bkn senang utk berkahwin dengan saudara baru ( mualaf )

  19. ermmm..ingatkan semua org dah tau benda ni..tapi takperlah better late to know than never….

    Kujie ~ risau juga umimia..dia seolah² mencari jalan untuk menghalalkan….

  20. Kesiannye…perkara penting gini pun ada saudara kita yg mcm confius!! Nasib baik dia mahu bertanya.

    Kujie ~ risaunya…. ini kes yg kita tahu… harap2 dia selepas dia tahu, dia mengikut hukum² yang telah ditetapkan..tanpa ragu²

  21. semoga bf dia masuk ISLAM bukan dia yang masuk agama lain..

    Kujie ~ harap² dibukakan hatinya untuk menerima dalil dan penerangan ini..
    sebab dia berusaha mencari dalil untuk menghalalkan pendapat dia..
    ini yang bahaya

Comments are closed.