Kemukakan soalan ini kepada 10 orang di sini dan tujuh daripada mereka akan mengakui ia benar.
Antara alasan bagi jawapan ini ialah Malaysia sombong kerana membiarkan rakyatnya menganiaya pembantu rumah dari Indonesia, memeras tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk pembangunannya dan setelah habis manis sepah dibuang, tidak membayar gaji TKI, dan memenjarakan TKI yang hanya menumpang mencari rezeki di Malaysia.
Malaysia juga dilihat sombong kerana merasakan ia lebih maju daripada Indonesia,lupa bahawa ia pernah berguru kepada Indonesia, tidak menghargai tenaga TKI yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia, dan suka mencaplok (mencuri) wilayah Indonesia.
Malaysia juga dikatakan sering menuduh Indonesia `mengeksport’ asap dan jerebu sedangkan yang membakar hutan di Indonesia termasuk syarikat perladangan sawit Malaysia juga; dan rakyat Malaysia suka mencuri balak Indonesia.
PERSEPSI NEGATIF MENGENAI MALAYSIA
Daripada lebih 50 orang yang ditemubual Bernama di sini mengakui sangat tidak suka mendengar mahupun membaca perkataan Indon yang digunakan bagi merujuk kepada rakyat Indonesia kerana mereka menganggapnya bermaksud penghinaan.
Malah, Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur sendiri sudah membantah penggunaannya oleh media massa Malaysia.
Lebih-lebih lagi penggunaan perkataan itu dalam media massa yang berkaitan laporan perlakuan jenayah di Malaysia yang disyaki dilakukan oleh orang Indonesia ataupun dakwaan mereka membawa pelbagai penyakit ke Malaysia.
Sebab-sebab yang dinyatakan itu, yang banyak dilaporkan media massa tempatan sejak tiga tahun kebelakangan ini, merupakan antara punca utama sering terjadinya demonstrasi yang kalaupun bukan anti-Malaysia tetapi menunjukkan suatu bentuk kemarahan terhadap Malaysia.
Boleh dikatakan Malaysia merupakan antara segelintir negara asing yang paling kerap menjadi sasaran demonstrasi rakyat Indonesia, baik di Jakarta mahupun di bandar-bandar besar yang lainnya, kedua tertinggi daripada segi bilangannya selepas sebuah negara kuasa besar.
Jie ~ Sentiasa hormat dgn sesiapa sesama manusia tak kita dari mana asal keturunannya. Kita tak boleh memaksa orang menilai kita dengan hal yang baik² saja kerana apa yang berlaku adalah pantulan dari diri kita sendiri….Orang Indonesia pun tak boleh marahkan kita kerana mempunyai pandangan seperti itu kerana itulah pantulan yang kita dapat dari realiti dan orang Malaysia pun tak boleh marah pada orang Indonesia kerana menilai kita seperti itu kerana itulah pengalaman atau pengajaran yang mereka ketahui tentang kita.
Sombong??
terpulang la kepada setiap org mentafsirnya. ikutkan sama je. dah nama manusia. ada aja yg tak puas hati. tang penderaan tu…hy nmpk yg didera je. cemane pulak majikan yg di dera oleh maid?
setakat hari nie.. kenal org indon baik2 belaka. tapi mcm kita jugak org mesia.. ada gak yg ampeh belaka. sama je.
yg penting niat mesti baik 😀
Org baik dgn org jahat bkn bergantung dr mana asal negara la kan……….
Asal org baik ke jahat dari HATI
eeemmm….bz sgt la semlm…hari ni pun nak keluar jejalan…cuti2 sekolah kan…org yg ada anak sekolah je leh cuti….korang yg tak de anak sekolah…….kerja..kerja…kerja….!!!
Kak Jie….Merak kat sini pun ramai gak kawan Indonesian….mereka ni baik-baik, ramah-ramah, tantek-tantek belaka….Tak pernah mereka bezakan Merak pun….mungkin sbb Merak pun baik ngan mereka kot…..(Perasan setengah saat)Maklum saja le…sama-sama merantau kan….kan…..kan……..
tak kira sombong ke apa tapi bila datang datang cari makan kat sini ikut dan hormatilah peraturan negeri ini..
rasanya malaysia ni dah cukup berlembut dengan org luar tak kira negara mana asal mereka.. sehingga seolah2 tak terkawal lagi..
ermm, klu kt sini plak, org msia plak yg jadik cam kerdil sgt…org2 indonesia yg ade kat sini semuanya kaya-kaya…tp walaupun deorang kaya,deorang tak de la sombong sgt..
kalau boleh, jgn sebut ‘indon’, tp panggil la ‘anak indo’…
ntah a kak kujie. so far, tak penah lagi la kena serang depan2 psl isu sombong ni kan. tp denga blkg2 ada la.. dan psl dorg ingt ktorg ni rs cm bagus. hehe.. tp tanak ckp pjg sbb tak penah kena.
kat sini, saya ada banyak great indonesian frens, n dorg sgt best. dorg treat us mcm ktorg indonesian. dan, kalau pegi mane2 n dorg notice ktorg msia, dari cara ckp, dan kalau pompuan, cara pakai tudung, dorg baik je la layan.
dan saya rasa dorg punye PR sgt bagus. ingt lg time gi bank BNI sbb ade problem psl akaun, n dorg gila punye best bg layanan. time tu sy tgh2 sembang dgn orang bank, pastu ada call, then dia say sorry, mintak ijin nak angkat phone dgn bahasa yg sangat sopan. tak kira la , laki ke pompuan, waiter2 ke..mbak kat tempat sewa vcd ke..ape2 ke.. sume bagus. tp tak semua la ade je gak yang out sket. hehe..tapi kan, ingt lagi, bile balik msia kan turun kat Lcct, pastu g makan kat satu restoran dlm tu kan. ada la die punye waitress nk tunjuk tempat sudu kan, then dia tunjuk pakai jari telunjuk. pastu ada akak yg beratur kat depan saya ni, sound dia. hehe.. no komen! btw, pngalaman sy ni tak maksud nak gambar situasi sebnar indonesia, mungkin tempat lain tak.. mungkin byk out.. tp sbb ape yg blaku kt diri sndiri, ada benda yg saya salute la. sama jugak pasal akak kat lcct tu, mungkin kite ramai je pelayan yg best2 tp saye je yg tak berpeluang.
pasal ‘indon’ tu saya pun tak paham apa yang sensitif? sy tak phm adakah pkataan indon ada maksud lain? bole tak jelaskan?
saya tak paham jugak, nape kalau artis indonesia diinterview dekat media msia, org msia tanya pakai indonesia, tp bile org msia pegi sana, takde plak cakap msia. tak bole ckp msia ke?
Dua perkara yang Abang Long berikan kepujian kepada warga Indonesia. Semangat ahli sukan mereka. Mereka akan berlawan bermati – matian untuk negara. Semangat dan jatidiri yang kuat dalam menggunakan dan mempertahankan serta berbangga dengan Bahasa Indonesia.
– pe hal sumer cakap indon nih?
– org mesia bila jumpa org indon siap ckp indon lagik. manader org mesia sumbun?
– it’s all just a perception. deceived by the bad thoughts.
– if only we all could have a gud thinking and good faith to each other. if only ..
bagus postingnya
biarin aja kok
ngak usah mikirin
yang penting gwe suka bangat sama band indo
waduhh..asik dong
hehe .. rasanya takde plak sombong, maybe bergantung pada keadaan kot.
takkan mamat2 indon yg cam toooott pon nak kena tegur gak.
heee .. just my tought only 😉
kalu lakinyer digoda maid indonesia gi mana pulak buk?
black magic segala…
oh yek?
kapan bisa kita dikata sombong..
harusnya gi mana sik?