Artikel, Isu Semasa

Al Fatihah

Al- Fatihah untuk mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 20 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati. Nahas tersebut turut membunuh pemandu bas yang kemudiannya dikesan mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap.

Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.

Sedihnya baca berita ni….. sanggup memperjudikan nyawa manusia lain demi mengejar keuntungan.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

when someone was gone
the only left are the words

the words taken the life
and began to spreading in other people’s mind.

and with the words echoe
the dead will be alive forever

Gambar-gambar kemalangan bas express di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang yang saya terima melalui email. Ada 2-3 gambar yang tidak dapat saya letakkan di sini kerana terlalu ngeri dan menunjukkan wajah mangsa, saya tak sampai hati nak paparkan wajah² mangsa di sini.Sesiapa yang ingin melihatnya, tinggalkan email di sini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

7 thoughts on “Al Fatihah

  1. ni lah akibat terlalu mengejar untung sampai x hirau nyawa org yg x bersalah. yang ada ibu bapa dah jadi anak yatim piatu, yang ada isteri dah jadi duda…kesian kat ibu bapa student usm yg x sempat tgk anak dia konvo

  2. sedih kan kak jie…. camner lah perasaan family mangsa.. newspaper today lak cite pasai “salah menyalah”. sume x nk b’tanggungjawab…

  3. innalillah..

    cuma terfikir,camne pemandu yang ade 15 saman dan dua waran tangkap masih leh memandu?xprihatin nye la hai super express tu -_-”

Comments are closed.