Nak Beli Uniform MRSM Kat Mana?
Anak

Nak Beli Uniform MRSM Kat Mana?

Selepas menempuh berbagai-bagai rasa debar menunggu keputusan PMR Angah yang menceriakan dari 1A 7B menjadi 7A 1B dan gagal mendapat tempat di sekolah berasrama penuh ( SBP ) juga tawaran kemasukan ke sekolah menengah teknik yang ditolak, akhirnya impian dan harapan Angah memasuki MRSM tercapai.

Keputusan Percubaan PMR Angah hanya 1A ( Sains ) sedangkan syarat memohon adalah sekurang-kurangnya A untuk Sains dan Matematik ( 2 A ) . Malah waktu ke Pejabat MARA KKB , salinan Keputusan Percubaan PMR pun kami tak bawa ( terlupa sebenarnya ) tetapi saya merayu untuk memohon juga kerana saya yakin Angah dapat menebus keputusan tersebut dengan lebih baik. Syukur pegawai tersebut digerakkan hati oleh Allah untuk menerima rayuan kami untuk mendaftar permohonan. Ya Allah…berilah kerahmatan dan kesejahteraan untuk pegawai tersebut, limpahi rezeki yang berkat, kesihatan yang baik juga ketetapam iman ke atas beliau.

( saya dah telefon pegawai tersebut  untuk mengucapkan terimakasih )

Saya masih ingat bagaimana saya menjelajah ruang maya mencari maklumat mengenai Ujian Kecenderungan Kemasukan ( UKKM ) yang Angah cakap susah giler… bagaimana drive shaft kereta saya rosak waktu pulang dari menghantar Angah ke ujian UKKM sehingga peristiwa polis trafik bermotiskal besar menderu deram di depan rumah .

serena rosak

Kronologi tersebut akhirnya berakhir dengan berita Angah yang berjaya ke Tingaktan 4 MRSM Merbok.

Saya tempuh semua rasa debar, risau, resah dan gembira ini sendirian bersama anak-anak sewaktu suami berada lebih 10,500 kilometer jauhnya dengan beza masa 7 jam. Setiap turutan peristiwa itu suami ketahui melalui sms dan akan kami sambung di talian skype atau YM.

***** keyboard dah basah! tarik nafas…. hembus…

Saya tak nak cerita sedih-sedihlah….. i am alone.. tak de sapa nak tolong lap …. Along pergi kerja, Angah dan Intan ke sekolah.

Sebenarnya saya nak kongsi info untuk ibubapa lain yang sedang mencari maklumat di mana nak beli uniform dan kelengkapan MRSM anak-anak mereka.   Mengikut Panduan Pelajar Baru MRSM, uniform rasmi pelajar MRSM adalah baju kemeja lengan panjang warna ‘beige’ muda, tali leher maktab, seluar panjang warna cokelat atau baju kemeja lengan panjang warna biru muda bersama seluar panjang warna biru tua.

Saya tak dapat bayangkan bagaimana warna sebenar uniform MRSM tersebut jadi saya telefon ke ibu pejabat MARA Jalan Raja Laut 03 – 26915111 03-26132000 ( talian utama Ibu Pejabat Mara ) atau 03-26134509/ 03-26134513  ( Bahagian Pedidikan Menengah)

Semua kelengkapan untuk pelajar MRSM ( uniform ) boleh dibeli di maktab tersebut atau di Koperasi Muafakat Mara Keb Bhd , 2nd Floor, Sri Mara, Jln Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. No telefon : 03-2691 7076 . Koperasi dibuka setiap hari bekerja dari jam 9 -5 petang.

EDIT : Saya dah beli uniform MRSM


Uniform MRSM – warna beige muda dan biru muda.

Banyak urusan yang perlu saya siapkan, nak buat appointmen  untuk medical chekup, nak buatkan ATM Kad untuk dia, nak pergi shopping di koperasi…oyeh….oyeh…!

Nanti nak memandu lebih 400 kilometer nak hantar Angah…eeeee…ngeri dan rasa fobia pula bila teringat kes percutian mendebarkan di tepi highway hingga menjadi berita tergempar Kujie dan Anak-anak ditunda oleh truck polis

Kj1

p/s – klik-klik baca cerita-cerita tersebut untuk lebih memahami…hiks!

p/s – meleret-leret–sebenarnya nak cerita bab cari uniform sekolah je…hiks!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

73 thoughts on “Nak Beli Uniform MRSM Kat Mana?

  1. Nk Tanya Kalau pelajar dari sekolah harian , perlu tak memasak baju mrsm atau pakai baju sekolah harian??

  2. congratttttt….to all student yg berjaya masuk ke SBP or MRSM….sure parents happy coz anak berjaya masuk SBP kann….baju sekolah semua beli kat KOPERASI….baju seragam sekolah ada 2 jenis colour biru n peach,baju outing skrng dah bertukar warna colour merah hitam,cadar tilam n sarung bantal….kasut sekolah jak kita kena beli kat luar,colour hitam…..tak lupa jga big congrattt 2 my girl 4 her PMR result last year 2011,strght A..she is student MRSM…

  3. saya pelajar mrsm mersing…
    Kt mrsm saingannya hebat..
    hidup kt sini perlukan kekuatan fizikal dan mental.. 😉

Comments are closed.