Biodata

Dikenali dengan panggilan Jie @ Kak Jie, Berkahwin dan ibu kepada  3 orang anak yang sedang meningkat remaja.

Dilahirkan di Baling, Kedah pada 18hb April .

Menjawat jawatan rasmi sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga sepenuh masa selepas melahirkan anak pertama.

Tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan dapat menyesuaikan diri mengikut persekitaran. what you see is what you get  kind of person!

Sejarah saya seorang blogger

Saya bermula dengan blogdrive ( masih ada dan masih boleh dilogin ) pada 20hb September 2005 dan jatuh cinta untuk kali pertama dengan blogspot pada Julai 2006 yang telah menjadi arwah akibat penjenayah cyber.


Post pertama saya sebagai seorang blogger – sangat daif! Dapat 2 komen.

 


Blog kujie2.blogspot.com pernah berada pada top 10k  di Technorati.

Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga.  Jangan menjadi seperti lalat,  kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.

Blog bagi saya adalah medium untuk membina perhubungan , berkongsi rasa, pendapat dan pengetahuan. Apa yang saya kongsi bukanlah semata-mata kisah peribadi hidup tetapi pengajaran atau tips yang boleh dikutip untuk generasi muda sekarang.

 

Temui saya di laman sosial berikut:

 

Advertorial di Kujie2.com

Saya menawarkan perkhidmatan advertorial post /servis review tentang produk atau perkhidmatan di laman blog ini mengikut kesesuaian.   Lihat contoh advertorial yang pernah diterbitkan di blog ini – Advertorial

Antara syarikat yang pernah berkerjasama dengan kujie2.com ialah Sony, Petronas, Ninetology, Beras Basmathi Jasmine, Beg Tudung Khasadinna, Jubin MML, Sen Heng, Tudung Terbaik Dari Ladang, e_Qurban, Agro Hypermark, Homestay Sentubung, Homestay Kampung Benut, Tourism Malaysia, DTOX, Nile, Lazada dan Honda.

Mungkin followers saya tidaklah banyak tetapi saya sangat aktif berinteraksi bersama dan sering kali mendapat feedback yang memuaskan terhadap entri yang diterbitkan. Kalau ingin terus berinterasi dan lebih mengenali secara personal, bolehlah klik dan follow saya di salah satu sosial media seperti di atas.

 

 

196 thoughts on “Biodata

  1. kak jie..berkenalan boleh ? saya nampak satu comment akak tentang pemasalahan kesihatan…yang sama seperti yang saya alami sekarang..cuma saya tak perasan plak tarikhnyer..kot2 dah lama comment tuh..”2-3 hari @ selepas 2-3 hari period akan sakit kepala”..sekrg kak jie macamana dah okay ker ? kalau dah..nak tanye apa rahsianya..(macam dah kenal lama pulak)

  2. Kak jie org kedah rupanya….saya asal sungai petani….mmg hebat kak jie boleh pegi sejauh ini…wlu penah jatuh, tp kak jie bangkit semula…seronok nak kenal kak jie…

  3. salam kak..

    kagumnya saya dgn akak..hubby suruh sy jd stay at home wife smbil buat internet marketing ..tp rasa rndah diri ttp ada bila org tnya knapa keje bant suami..tensen juga ni cz org sekeliling x memahami..

  4. sangat menarik hati.. latar belakang akak.. mcm saya juga, seorang suri rumahtangga..rendah diri nk jumpa org usah citer..tapi bila tgk anak membesar depan mata..rasa bangga dan bertuah..hasil usaha sendiri membesarkan..hihihi.. dpt plak suami yang bg support 100% sbb tulah saya berblog ni..utk lebih ramai kawan.. 🙂 selamat berkenalan..

  5. biodata yang terang lagi bersuluh x berselindung….jarang jumpa biodata data yang panjang macam ni…bagus! selamat maju jaya untuk kak sekeluarga.

  6. salam, nak ucapkan time kasih coz bagi tau cara nak semak saman. kalau dpt perbaharui cukai jalan mungkin tak terbabas ke blog ni.saman yg rm 300.00 tak dapat diskaun ke?

  7. Salam kenal.akak br je knl internet.dek teruja mmbaca blog cuba bt jgk.Dlm gelap teraba-raba.skrg ni pun msh byk yg blur.akak
    kagum dg Kojie2,syabas!,,,byk entry yg menarik.

  8. salam puan. saya tersentuh hati bila baca intro blog kjie2.com ni..ya saya pun alami benda yg sama iaitu ada 5@6 blog yg terkubur…cabaran buat blog ini mmg begini..sabo ajelah..anak saya yg no 2 ada di MRSM Pengkalan Hulu..tahun ni September PMRlah..saya menetap di Taman Sri Gombak Selangor

  9. Sweet..~
    Suka bca coretan hati kak Jie.
    Skali-skala buat la entry dalam loghat kedah plak na..
    lama dah tak dengaq (baca) entry blogger dlm dialek utara.
    heeee~ 🙄

  10. salam kak
    saya tengah mencari rumah area ni
    boleh tolong ke kalau ada iklan atau rakan2 yang nak menjual
    saya dah pusing banyak kali dah area ni

  11. saya pernah pergi baling sekali..suka sangat dengan laksa..sedapppp..masih lagi dok teringat..tapi encik suami sibukk tak ada masa nak pergi sana lagi..

  12. hehehe tarikh bukak blogdrive tuh sm ngn tarikh lahirnya cikpah kt dunia 😛 tp thn x sm lh…hahahaha
    lm tul x tgk ank2 mama dh beso2 sume lh intan pn dh anak dara catik bertudung 😉

  13. salam kenal kakjie..banyak yg sy dgr pasal kak jie..seorang blogger yang berjaya..sy hrp sy boleh ikut jejak kakjie..

  14. salam…puan blog.terima kasih untuk info2 yang menarik dalam blog ni,saya seorang blogger baru yang senang sentiasa memerlukan perhatiaan dari otai2 lama.yang mampu tersenyum dengan dunia blogger.

  15. kak jie..tak tau kenapa..tapi saye suke datang blog kak jie..rase dekat saje..moge kak jie terus jitu dan mantap untk terus berblogging..thanks kak jie :mrgreen:

  16. Keje Domestic Engineer tu camne kak jie? hehe.. pandai la kakjie tulis.. ayat memukau.. terbaca sampai habis.. penat.. 😛

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.