Bila anak remaja minta izin nak tengok konsert
Anak

Bila anak remaja minta izin nak tengok konsert

Along minta izin nak pergi tengok Rock The World 9, Bukit Jalil yang berlangsung hari ini 26/12/2009. Serba salah juga bila anak-anak remaja mula lepas dari bawah ketiak mak. Saya google mencari info.

Rock The World 9 this year will preview the very first music workshop featuring John Thomas on drums, Rithan Deja Voodoo Spells and Julian Mokhtar on guitars, Ken (formerly Estranged bassist) on bass guitar and the chiptune music demo by MN32.

Antara band yang turut serta – Shuvit, Bittersweet,Bunkface, Meet Uncle Hussein, Yuna dan lebih 60 band lain.

Saya izinkan dia pergi dengan berbakul-bakul ‘pesanan penaja’ macam bertih jagung. Harap-harap DHA dan Omega 3 yang terdapat di dalam susu ibu yang Along minum dulu masih dapat menguatkan ingatan untuk memproses ‘bertih jagung’ tersebut walaupun yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri boleh dihitung peratusnya.

‘Hati-hati ……… Jangan sampai macam pelakon dan pengacara lelaki yang ditahan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen awal pagi Hari Natal tu.

“Mama niiiiiiiiiii… banyak sangat baca gossip artis le ni…”

Lor . Mama pula yang kena – betullah tu . Nasihatttttttttttt.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Bila anak remaja minta izin nak tengok konsert

  1. lah! Kenape tak beritahu awal2.Sebab sy pun pergi RTW tempoh hari. :mrgreen: .Kalau tahu,boleh borak2 dengan along kan.hehe.
    .-= loq´s last blog ..My Top 10 Treat List in 2010 (part 1) =-.

  2. errm anak2 kecik lg, tp da terasa bahangnya.. mcm mana la nak membesarkan anak2 dara ni seorang diri πŸ™

  3. Dah dilepaskan dengan pelbagai pesanan penaja tu kira okaylah tu…
    Kebebasan tak semestinya tanpa kawalan, kan!
    .-= Kak Long´s last blog ..Anda BERANI GAGAL? =-.

  4. aha..dulu, aku tak berani pegi tempat-tempat camtu. plak tu..maklumlah, duit takde. abah confirm bising punya. haha..

  5. ayah nak tengok all american reject… terdiam sekejap… nak cakap tak boleh.. kesian pulak…. bebudak nak kenal kehidupan…nak di bagi risau juga… tapi izinkan la dgn pesanan dan berserah… nanti di tahan2 memberontak jadi hal pulak….

  6. Wah seronok ke konsert. Kalau pergi dengan keluarga lagi seronok. Tapi tentu budak-budak tak happy sebab mak dan ayah asyik ikut je mana-mana dia pergi. Nasihat dah diberi sebagai bekalan. Insya-allah Along pasti akan dengar. Kalau takda kawan ajaklah Mikael pergi sekali. πŸ˜€
    .-= blogresipi´s last blog ..Pak Tongko a.k.a Kuih Cakoi =-.

  7. Jie, dia pergi dengan siapa ? Kalau tiada teman boleh gak mokcik Tie jadi pengiringnya. Tak perlulah Jie bimbang, hi h hi………..

  8. hehe
    selidik 1st sebelum bagi~~
    good step..
    biasala..
    perasaan seorang ibu πŸ˜›
    .-= Zul´s last blog ..Kelahiran Sebuah Blog =-.

  9. risau tetap risau kan kak? tapi fikir balik, yalah saya pun pernah muda. itulah antara kesempatan untuk mengenali dunia luar setelah dunia menengah habis.

    kerisauan ibu bapa satu hal. risau dari anak remaja itu juga satu hal. sebagai anak yang baru meningkat remaja atau baru mengenali dunia luar pasti risau juga, takut tersalah langkah.

    saya dulu asal kawan ajak itu dan ini, banyak kali fikir boleh berpeluh-peluh nak buat keputusan sebab takut yang tersirat tidak seperti yang tersurat (hu3)

    tapi cara akak adalah yang terbaik kerana sempat mengkaji baik buruk sesuatu situasi dan nasihat. ada sesetengah ibu bapa tidak macam tu.
    .-= megat´s last blog ..Oh Celcom Broadband! Bilakah Akan Berakhir? =-.

  10. bagi jer..
    biar dier belajar melalui pengalaman..
    kadang2 buat silap bagus juga..
    byk akan dibelajar..
    dari asik wat betul jer
    .-= Si Naga´s last blog ..Jaws.my Version 2 =-.

    1. @chokilala, tu berita semalam, masih di kaburkan
      tapi berita terkini terbaru

      memang sah Awal Ashaari yang di tahan polis di kelab tu

  11. Kalo sy, for sure xleh pegi sbb
    permit susah nak dpt. Kekeke!!! :mrgreen:

    Along tak bwk Angah skali ke?? πŸ˜†
    .-= Eriyza´s last blog ..Teknik Gambar Vektor Dengan Vector Magic =-.

  12. ahahaha.. menarikΒ².. tapi betul jugak, like me, nasihat pun tak guna sebenarnya. sendiri pandai ingat la senang cerita πŸ˜›
    .-= nesca´s last blog ..Can someone give me a V? =-.

    1. @nesca, mgkn sebab siang – tapi biasalah mak2
      mesti nak pesan itu ini
      ni pun kejap2 sms tanya kat mana
      aduhai… mesti kena kutuk dgn kawan2 le ni
      peduli apa… anak kite…mestilah risau πŸ˜†

      1. @Kujie, takpe, kalau saya, saya lagi suka kena tegur daripada biar je camtu
        .-= nesca´s last blog ..Can someone give me a V? =-.

  13. Betul tu kak…remaja zaman skang kene jage elok2….diorang dah advance (nasib baik mama dia lagi hebat, cari info kat internet :mrgreen: …ibu2 lain lepas camtu je )
    .-= z4520ft´s last blog ..Bedah Siasat Blog Korang =-.

    1. @z4520ft, kalau dilarang – ada juga cara lain dia nak lepaskan diri
      tiap anak2 tu berbeza, mak bapa je yang kenal mcm mana

Comments are closed.