uwekkk…!!! uweeekkk….!!!!
Sudahlah suami tiada di rumah – berskandal pula.
Jangan panik……….. bertenang!
Ini bukan ujian diri saya. Seorang pengantin baru, bunting pelamin. Jarang sangat nampak blogger lelaki post gambar macam ni, selalu blogger perempuan. hihihi………sweet, kan?
Tahniah Mr. & Mrs. Kreuger ! Jangan lupa baca juga entri ini > [link]
Saya baca satu komen, Mr Kreuger yang berniat untuk mengurangkan ketagihan seorang perokok atau merokok hanya diluar rumah. Entri yang saya simpan lebih 3 bulan di draft saya lepaskan khas untuk mereka ( termasuk anda semua )
************************************** kerna ku sayang kamu
Harga rokok naik satu sen – Mstar 06/10/09
Rakyat Malaysia belanja RM15j sehari untuk rokok – Berita Online
Perokok di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta sehari untuk membeli rokok!
Di Malaysia, orang Melayu adalah perokok paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60.9 peratus daripada keseluruhan 2.73 juta perokok. Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya 103,630 perokok remaja.
Pada 1998, enam juta dokumen ‘rahsia’ setebal 35 juta halaman daripada tujuh pengeluar rokok terkemuka di Amerika Syarikat mendedahkan pelbagai taktik kotor pengeluar tembakau untuk terus menyebabkan ketagihan. Misalnya, memorandum jualan daripada pengeluar rokok, Lorillard Tobacco Company menyebut: “Asas perniagaan kita adalah pelajar sekolah menengah atas.”
Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan merokok dan penagihan tembakau yang lain bertanggungjawab terhadap satu kematian dalam setiap 10 orang dewasa di seluruh dunia – kira-kira 5 juta kematian setahun.
Satu kajian yang dijalankan di kalangan 5,000 lelaki Cina menunjukkan bahawa 60 peratus daripada mereka yang merokok lebih daripada sekotak sehari berkemungkinan mengalami disfungsi ereksi atau ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang tidak pernah merokok.
Menurut kajian yang dijalankan di Finland mendapati asap daripada rokok boleh merosakkan fungsi arteri kanak-kanak.
( nak dapat pun anak susah, dah dapat didedahkan dengan bahaya kesihatan )
Jika semua fakta itu tidak menyentuh perasaan perokok, ada satu lagi alasan yang sangat kuat untuk perokok berhenti merokok. Kajian terbaru mendapati, walaupun merokok di luar rumah atau di dalam bilik khas, partikel dan gas dari asap rokok berupaya melekat di rambut dan pakaian perokok.
Kemudian, apabila perokok pulang ke rumah menyentuh anak-anak dan isteri, mereka juga berisiko berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan akibat merokok.
“Di Malaysia, 10,000 orang berhenti merokok setiap tahun. Malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia,”
Mengikut laman web Unit mediPRO UKM terdapat 8 petua pencegahan :-
1. Melengahkan nyalaan api
2. Menarik nafas panjang
3. Minum air
4. Membuat sesuatu
5. Mengunyah sesuatu (elakkan yang manis)
6. Mandi dan basuh tangan
7. Melakukan senaman atau regangan
8. Memohon doa.
Hidup Indah Tanpa Rokok [ HINDAR ]
Langkah Bijak, Jangan Mula Merokok (Be Smart Don’t Start)
©Kerna ku sayang kamu…….
wah..mmg klu duit untuk beli rokok tu di bagi pada biasiswa pada student untuk blaja lagi bagus..hehe
ssh ke nak stop smoking??hehe ssh kan bagi mereka yang tak de niat..huhu
.-= Mr. Cuz´s last blog ..LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMIBLOGGER =-.
orang lelaki tahu merokok bahayakan kesihatan.. tapi, diorang tetap merokok juga.. sama mcm husband sayalah.. huhu.. nasib baik tak merokok dalam rumah..
.-= this is..´s last blog ..The Gurney Hotel, Penang From My Perspectives.. =-.
tahniah to mr & mrs krueger..moge trus dilimpahi rahmat Allah jue..
p/s-mr krueger tak kene kesan alahan ker?
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
Tahniah Krueger dan isteri.
dan tahniah juga andai berjaya berhenti merokok.
.-= nuaeman´s last blog ..Sekeping Roti Tisu, Dua Gelas Nescafe Panas =-.
hoho..tak merokok..
.-= knightblogger´s last blog ..How to Choose Bad Web Hosting? =-.
Hmm… pasal rokok ni susah laa.. ayah dan adik-adik memang tidak merokok.
Tapi suami dan keluarganya semuanya perokok. Tu yang susah. Cuma anak bujang yang sorang tu je tak merokok, kes ada penyakit. Tapi sepupu2nya merokok sorok2… sebaya dengannya.
yerp…jgn merokok..saya tak suke bau rokok…tmbah2 duduk makan bersama secara paksa jer kene sedut asap tuh…hoho..dushhh!! 🙄
.-= Hafizd´s last blog ..Nasik Ayam Penyek! =-.
nombor 5: mengunyah sesuatu tetapi bukan yang manis. kunyah apa tu jie…?
@BDewa, peria katak
dulu saya perokok tegar tetapi sekarang semakin berkurangan dan memang ada niat untuk berhenti merokok. masih sedang berusaha untuk berhenti.
jika saya merokok, saya pastikan jauh dari orang umah dan anak-anak. dirumah saya hisap rokok diluar rumah dan agak berjauhan. memandu, saya berhenti di mana-mana perhentian.
.-= megat´s last blog ..Kisah KB Mall Runtuh, Trajedi Yang Boleh Dielak! =-.
@megat, bagus megat..moge dapat berhenti terus satu hari nanti..ameen..
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
banyak belanje org isap rokok nie.. uishkk nasib baik my mr Big tak isap rokok.. klu tak kuranglah duit belanje dapur nanti.. hehehe
kpd perokok tegar, tingkatkn usaha utk berhenti rokok.. chaiyok..
.-= CikLilyPutih´s last blog ..Aku dan MBP Ambassador =-.
kwn akk sy..bru umur 35 dh skt jantung sbb merokok..aritu kena buat operation..durang ingat dh nk meninggal dh time tu…smua tu sbb rokok..huhu
.-= zati´s last blog ..Bertemu ALI (nama anak aku kan? 🙂 =-.
payah tu nak berenti kalau dah merokok…
tpi, kerana “aku sayang kamu”, patut jugalah berhenti.. 😀
.-= beliamuda´s last blog ..Kerana Kesilapan Newbie =-.
syukur sgt suami & ayah saya tak merokok.
tapi adik saya dah mula merokok sebab kawan2nya merokok. nampak COOL konon, tapi sebenarnya FOOL.
.-= Mommy Lyna´s last blog ..MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest II =-.
petua jimat utk perokok……
jimat penggunaan api @ mancis @ gas lighter…..
nyalakan rokok yg pertama tu.. lps tu.. bila rokok tu nak habis… sambung dengan rokok yang baru menggunakan puntung rokok yg dah nak habis tu….
dan kalu dah nak habis yg ke 2 tu… sambung lagi yang ke 3…. dan sambung lagi yg ke 4.. maka dengan hanya seregis @ sebatang mancis je… si perokok nanti dapat menjimatkan dari membeli mancis berkotak2…serta dapat memndekan usia mereka dengan lebih cepat….
memang tak menahan… ntah le.. aku bersyukur kerana tidak merokok…
.-= pakcikdot´s last blog ..senang nye nak dapat duit weyyyy…. =-.
oh.. tahniah buat pengantin baru yang bunting pelamin 😎
.-= Mak Su´s last blog ..Percaturan hidup si profesionalisme =-.
Caiyolah Mr Azman kita.
Bukan senang nak dpt rezki cepat.
.-= Eriyza´s last blog ..Tukar Template Baru Tanpa Kehilangan Widget =-.
waaaa…panik pulak sha tadi!:)
27 tahun lepas ada baby keluar sebab mak dia bunting pelamin.
sekarang baby tuh selalu kena usik kalau dia tak sabar…
“dulu tak sabar nak lahir…sekarang pon tak sabar jugak…”
gegege…
semoga dipanjangkan rezeki.
rokok…adehh…kes berat dalam keluarga.
susah nak cerita!!!
@cheryna, mmg susah nak cerita..terutamanye bile pelbagai alasan bile disuruh kurangkan @ berhenti merokok, antara yg alasan yg paling superb perrnah dgr ialah”tak boleh wei..rokok dah sebati dgn darah daging aku, kalau tak hisap..boleh mati..doktor dah bg pesan kat aku”….adusla…memang susah… 😯
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
@hafizmd, Kalau rokok dah x boleh dipisahkan dgn darah & daging, buat operation, masukkan 20 batang rokok dlm perut, bagi ia sebati secukup rasa, jahit balik. Asap pun tak keluar, tak lah orang mati sebab dia. kan. kan. kan?
perkara yang sangat menjengkelkan… bila membangkitkan isu rokok pada suami 👿 tak penahnye nak amik pusing… sanggup tak makan dari tak beli rokok 🙁
marah betul rase 👿 👿
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ =-.
kak jie, husband arin pon dapat kurangkan merokok..dari 2 kotak sehari..skrg, sekotak bertahan 24 jam..takpe2 lama2 akan kurangle tebiat dia tuh…tapi mmg tiap2 2 jam, dia buat ayo fav dia.nak kurangkan ketagihan.
.-= arin´s last blog ..Birth Order Of A Children =-.
Alhamdulillah saya memang tak pernah merokok dalam seumur hidup semuga tidak pada sisa hidup yg ada.
.-= denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. =-.
@denaihati, sy juga berharap begitu kpd mereka yg tidak merokok supaya kekalkan…pesanan ini ditujukan kpd diri sendiri juga…
.-= ejam´s last blog ..Buruk laku sungguh. =-.
merugikan jer jadi perokok nie, Alhamdulillah saya menjadi pembenci tegar rokok…
kepada azmanishak…tahniah bro…
.-= ejam´s last blog ..Buruk laku sungguh. =-.
@ejam, reply kat sini jer la eh. boleh kan kak jie?
hehehe… so sekarang ni tekad dan berazam untuk berhenti rokok 100%.
langkah pengurangan.. mungkin hari ni merupakan rokok yang terakhir
aku beli sekotak. sebab lepas ni nak mengagihkan keperluan rokok untuk
kegunaan susu dan keperluan baby. tak pe la.. insyaallah.. rezeki baby…
so daddy kenelah bekorban perkara yang dah lama menjadi habit.
P/S: Cik adik dok kat sebelah dok gelak aku taip komen nih.
tak boleh nak komen panjang lebar.. segan… hehehe
.-= Kreuger´s last blog ..Aku nervous sebenarnya… =-.
owh lupe.. thanks entri special yang penuh nasihat ni.
aku berazam nak jadi daddy yang tidak merokok.
minta semangat dari kengkawan…
P/S: kalau harapkan kawan kat tempat kerja… mungkin kene
gelak dengan kene ejek ade lah~
.-= Kreuger´s last blog ..Aku nervous sebenarnya… =-.
@Kreuger, insyaAllah…aku doakan moge berjaye..ameen..yg penting ngko dah ade niat dan langkah seterusnye berusaha sungguh-sungguh..lantakla ape member opis nk ckp..lgpun bukan diorang yg selame nie supply rokok utk ngko kan? kami sentiasa menyokong..katakan TIDAK pada rokok!!
.-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.
@Kreuger, Dr. Fadzillah kata, nak buat benda baik, jgn bagitau member2.. biar diaorang sedar sendiri kita dah buat sesuatu yg baik (cthnya berhenti merokok)..
Perokok ni sewel sikit, kalu dia tau member nak berhenti, lagi kena racun dgn kena bakar ada ler.. Pancing isap sebatang je… 👿
.-= samdaddycool´s last blog ..Koleksi terkini Baju blaus moden gaya kontemporari bermanik =-.
@Kreuger, sebab tu agaknya…sejak dah kahwin komen2 dia kurang pedas
dah ade gula kt sebelah..hiks! 😆
setuju sangat2…jauhi rokok…
seb baik husben ai bukan perokok…
@norsaritanaini, hehe…
.-= ejam´s last blog ..Buruk laku sungguh. =-.
@ejam, Mr & Mrs Ejam pula bercanda di sini 😆
@Kujie, kebetulan kak org umah sy buka blog akak…lepas nie dia akan jd pengomen tegar ler nmpk gayanya…hehe
.-= ejam´s last blog ..Buruk laku sungguh. =-.
@Kujie, saya nak bawak mrs kay bercanda disini juga la.. :p
.-= mrkay´s last blog ..Kenapa Lelaki Suka Buah Dada? =-.
@Kujie, siap lah lepas ni mrs megat pula menulis blog. lepas siap anak sulong yang umur 6 tahun pula tulis blog (ha3).
dah ajar anak umur 6 tahun yang baru tahu menulis untuk hasilkan blog 😉
.-= megat´s last blog ..Kisah KB Mall Runtuh, Trajedi Yang Boleh Dielak! =-.
@Kujie, woit..woit…@mrkay & @megat nak kena babap nie…hehe…
@mrkay…apa lagi ajak ler http://mrs.kay.my/ join skali…mesti lebih seronok…
@megat…abg megat juga dijemput skali join komuniti Mr. & Mrs. Blogger…hehe
.-= ejam´s last blog ..Buruk laku sungguh. =-.
@Kujie, sy hanya akan jd pengkomen tegar bila blog itu sy suka…percaya lah…
@norsaritanaini, cabaran dan tekanan kepada penulis blog ni. 😆