Peribadi

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga

” terimakasih mak long tolong kakak. Kakak x kan lupa forever”

Ini sms dari Ku Mira, anak saudara saya. Baca ayat seringkas ini pun airmata bergenang. Gembeng si kucing parsi .ย :lol:

Mira anak adik saya yang menjadi satu-satunya pelajar yang mendapat 5A di sekolahnya dalam UPSR tahun ini. Kejayaan yang sangat mengujakan dari seorang murid luar bandar. ย  ย Dia bukan anak pegawai besar , hanya anak seorang pemandu lori dan ibunya seorang pengidap penyakit yang berkait dengan sel darah putih.

Sewaktu saya diumumkan sebagai pemenang top 8 ranking keywords Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati , saya berniat untuk berkongsi ย wang hadiah kemenangan tersebut dengan Mira untuk perbelanjaan persekolahannya.

Siang tadi saya mendapat email dari Denaihati memaklumkan wang sebanyak rm 500 ( Ringgit Malaysia Lima Ratus ) telah dimasukkan ke dalam akaun saya. Tentu saya terkejut kerana sepatutnya saya hanya menerima RM 250 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh ) untuk hadiah kemenangan tersebut.

Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya RM250 telah digandakan dan ianya untuk Mira. Terimakasih Denaihati atas sumbangan anda – saya bagi pihak Ku Azzatul Amira mengucapkan ribuan terimakasih, semoga anda dilimpahi rezeki yang berkat. Saya telah pindahkan duit tersebut ke akaun Mira dan itulah sms balasan darinya.

Peribahasa: Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud : Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga

  1. tahniah kepada diri kita semua..
    .-= mrozaidi´s last blog ..Pakej Photography | Wedding | Pertunangan =-.

  2. Tahniah Kak Jie, tahniah juga buat Mira

    Mulia sungguh hati denaihati.. ingat nak bagi no akaun kat dia jugalah ๐Ÿ™‚

  3. Tahniah.. dan semoga terus berjaya ๐Ÿ™‚
    .-= yati´s last blog ..Mengapa kau menangis lagi =-.

  4. Waaa syahdu baca entry ni pagi-pagi huhu.. Tahniah Ku Mira. Bestkan dapat Mak Long macam ni.
    Semoga Mak Long yang kat sini mampu juga berbuat baik sebaik Mak Long yang itu hihihi..

    p/s : char kuew tiaw……char kuew tiaw ……

  5. congrats utk ku amira,
    memoga dia maju jaya lagi dan lagi.

    entah kenapa pocket tersebak dada kejap…
    thanks for the ‘sebak’an itu ๐Ÿ˜€

    (Apa pocket punya BM Daaa.. UPSR gagal nih ..adeh la)
    .-= Pocket´s last blog ..235. She Who Live Next Door =-.

  6. Semoga Denaihati dan Kujie akan terus dimurahkan rezeki.
    Pakaian yang kotor senang dicuci, hati yang suci sukar dicari.

    Semoga Ku Amira akan terus berjaya.
    .-= Kak Long´s last blog ..Maafkan.. =-.

  7. tahniah kak..sumbangan akak pada adik Mira pasti akan diberkati…i/allah..
    sumbangan pada blogger len xde ke kak??huhu Just kidding..hehe
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Iโ€™m a Sherlock Holmes in the Making =-.

  8. Baguslah tu kak jie.. Membantu mereka yang lebih memerlukan dan tahniah kerana memanginya.. Dah jangka dah..
    .-= zool´s last blog ..Kenapa nak pengunjung 1,000 sehari =-.

  9. Tahniah ..

    terutamanya utk maza yg berjaya mempost yg pertama di sini..

    utk Ku Mira itew tahniah juga…
    teruskan perjuangan hingga ke liang lahat…

    huhuhu

Comments are closed.