Pengetahuan Am

Jangan tenung, hati saya mudah cair

Komuter mula² beroperasi di laluan Kuala Lumpur -Rawang pada 3 Ogos 1995 secara percuma sehingga 11 Ogos 1995. Pada 14 ogos 1995 barulah komuter beroperasi secara komersial. Saya adalah antara ribuan penumpang yang mencuba secara percuma untuk pertama kalinya perkhidmatan ini. Sanggup berasak-asak anak beranak untuk menjadi salah seorang rakyat yang mencipta sejarah menaiki sistem pengangkutan paling canggih waktu itu.

Sedar tak sedar sudah lebih 10 tahun komuter KTM ini beroperasi. Dari membeli tiket di kaunter sehingga di mesin dan sejak 1 July 2005 telah menerima electronic payment system (EPS) – Touch ‘n Go.

Walaupun sudah lebih 10 tahun saya menaiki komuter, perasaan saya yang satu ini tidak pernah berubah. Saya tak pasti kenapa saya merasai sebegitu tetapi perasaan ini kadang² buat saya gelisah dan tidak selesa tiap kali menaiki komuter. Pelik sangat kan?

Tiap kali menaiki komuter, saya tidak selesa untuk duduk, saya lebih suka berdiri. Bila duduk, saya tak sanggup nak bertentang mata dengan penumpang lain yang berdiri, saya rasa kasihan dan saya rasa sepatutnya saya yang berdiri, bukan mereka.  Mudah sangat berasa belas kasihan.

Kalau naik dari Rawang, sebagai stesen pertama tentunya banyak tempat kosong yang boleh dipilih. Saya akan mencari tempat duduk yang belakang sekali , bukan dekat dengan pintu supaya penumpang yang akan naik di stesen kemudian seperti Segambut, Kepong tidak berdiri berdekatan dengan saya.

Sering kali saya berdiri memberi tempat duduk kepada orang lain, jadi notis kepada kawan² dan pengunjung blog ini………. kalau nampak muka macam makcik cun melecun di dalam tren, janganlah berhenti berkedip…terus pandang ..nescaya cairlah hati saya dan anda mendapat tempat duduk sebagai tukarannya.

ngeh….ngeh….

©Kujie ~ Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Jangan tenung, hati saya mudah cair

  1. salam kak jie…saya kalu naik kl memang naik komuter dari nilai, park kete kat sana, senang psl tak nak tempuh kesesakan jlnraya kat KL 😀
    .-= anuarkarimz´s last blog ..Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan =-.

  2. kalau tempat yg nak dipegi tu jauh, cari gak la tempat duduk. Tapi kalau dekat, berdiri ajela..Eksersise.. :mrgreen:
    .-= ohmerah´s last blog ..The Elegant of Nokia 5530 XpressMusic phone =-.

  3. Jrg bekesempatan naik benda alah ni sbb tak
    dok di hutan batu ttp dolu penah naik skali tp
    tak pasti lrt atau komuter. Pejalanannya agak
    jauh dan dia berenti byk stesen. 😆
    .-= Eriyza´s last blog ..Jam Berserta Tarikh =-.

  4. the trick for being mean is..
    to sit down and close your eye like u’re having a nap.
    nobody would care anyway:D

    tp kalau ada nam makcik warga emas berhampiran.
    tak kisah la kemana jua destinasi… anda tetap salah
    kerana tidak memberi tpt duduk:D
    hahahahaha
    .-= Pocket´s last blog ..233. Maaf yer pocketeers, =-.

  5. tapi kan kak.
    komuter sekarang macam tin sardin~
    sesak dan sgt lmbat~
    oh malaysia tanah air terchenta!
    .-= ♥chentatiku♥´s last blog ..::my dear cute adorable darling:: =-.

  6. memang suka naik public transport sebab boleh jumpa macam-macam manusia tetapi kalau dah hari-hari maka kita tahu bahawa yang naik tu hampir semua orang yang sama… kena pulak kalau tahu jadual awek cun naik jam berapa maka ramailah pengikutnya…tak gitu

  7. wah pasti seronok dapat tengok akak yang cun melecun cair sebab direnung. kalau lah ada ramai seperti akak, takdelah saya asyik berdiri bila naik komuter tu dulu (hu3).

    nanti bila akak nak naik komuter tu, bagi tau saya eh (kah3)
    .-= megat´s last blog ..Gadis Cun, Tiada Beza Dengan Gadis Seksi!? =-.

  8. mari tenung dan tenung lagi sampai kak jie bangun dari tempat duduknya! hehe

    lame sangat dah tak bersesak2 dalam tren… tak laratla dah.. lagi klu petang macam2 bauuuu ada!

  9. Dulu masa masih belajar, selalu jugalah naik komuter. Sekarang ni dah tak pernah lagi.
    Rindu gak nak naik komuter, untung2 ada makcik cun melecun tu bagi tempat duduk….
    .-= Kak Long´s last blog ..Cinta Strawberi =-.

  10. hmm..

    terasa takut pula hendak merenung…
    takut maza pula yang cair, tergamam melihatkan mokcik2 itew..

    terutama mokcik yg gigi tinggal tunggul gitew..

    hehehehhe

    psst: masa mula2 komuter ini diperkenalkan, thn 1995 itu juga.., maza pernah naikinya secara percuma..

    hehehe.. dari KL ke Rawang. membawa ke N.9 dan kandas di stesen besar keretapi KL.. aduhaii.. tak pasal2 kena naik teksi utk pulang ke kampus.. hehehhe

    psst: teringat lak ler mcm naik express rakyat.. kanzz? hehhee

  11. Salam hormat wahai kujie.

    Ada orang kata, kenapa Abang long pergi balik KL tunggang motor ? Dan bila ada duit lebih sikit satu ketika dahulu, Abang long naik teksi ?

    Jawapannya mudah sangat. Abang long ada MIGRAIN. Dan kerap kena migrain. Cuba bayangkan kalau duduk dalam komuter dalam keadaan ada migrain. Sudah pasti tidak mampu berdiri. Jadi, yang pasti, ramai yang menjeling pada Abang long. Mungkin mereka berkata dalam hati. Ini menjadi masalah terbesar.
    .-= Abang Long´s last blog ..KERJA PERCUMA. 5 HARI SAHAJA !!! =-.

  12. “kalau nampak muka macam makcik cun melecun di dalam tren, janganlah berhenti berkedip…terus pandang ”
    huhu…baiknyer hati 😀
    .-= Azfarul´s last blog ..Lady GaGa’s AMAs Performance =-.

  13. thanks sebab menceriakan hari sha nieh:)

    kak jie mmg baik. jarang2 sekali org dpt tpt duduk dalam komuter.
    kadang2 tersentuh hati bila tgk budak2 sibuk bermadu asmara dan biarkan makcik tua berdiri. ntahlah.

    thanks kak jie sebab masih melawat blog sha.
    .-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: chick digs scars =-.

  14. waaa kena pandang2 jeling2 lah ni hik hik hik
    jarang dah naik la ni sebab laluan nilai- KL ya ampun padat kalah sardin dalam tin
    sangat mencabar.

    Pesan moral yang akhir tu sangat lah bagus

    petang2 ujan turun 🙂
    Syahdu lak rasa 😉
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Lambaian Adha… =-.

Comments are closed.