Peribadi

Semua… kan baik baik saja

hurt girl says:
mana satu paling sakit…?
n mana satu yg harus TIDAK di pilih…?
penyesalan or penyeksaan?

Jawapan saya :
sakit
Dua-dua sakit
Tapi rasa sakit itu subjektif- bergantung kepada kekuatan kita menahan.
Mana satu TIDAK harus dipilih?
PENYESALAN – seperti nasi menjadi bubur.  Damage is done! Menangis keluar airmata darah sekali pun keadaan sudah berlaku.
Tetapi jika memilih PENYEKSAAN
Berusaha dan berdoa adalah ubat yang mujarab untuk menukar penyeksaan itu menjadi sebaliknya.
Masih ada peluang…

Jawapan anda?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Semua… kan baik baik saja

  1. PENYESALAN itu jauh lebih sakit, sebab ia sudah tidak boleh diubah. Yang tinggal hanya kenangan dan apa yang telah berlaku..

    PENYEKSAAN, masih lagi boleh diusahakan untuk diubah menjadi suatu yang lebih baik…
    .-= beliamuda´s last blog ..Sehari sebelum SPM di MRSM PC =-.

  2. Kalau boleh, dua-dua tak hendak.
    Tapi lebih baik ada penyesalan daripada terus melakukan satu kesilapan dan tak pernah sedar-sedar akan kesilapan itu.

  3. erm, ikut kewarasan fikiran, rasanya sememangnya mahu mengelak dari kedua-dua keadaan. tapi kita manusia biasa, tidak dapat lari dari situasi tersebut.

    pilih lah penyeksaan, sekurangnya rasa tersebut boleh merubah untuk menjadi lebih baik. sudah pasti tidak mahu penyeksaan itu berterusan.

    penyesalan? tiada gunanya lagi (hu3).

  4. Err….. payah nak jawab ni… Tak ada jawapan abc ke ?

    Kesal atau seksa ?

    Tie hanya boleh kesal tapi tetap redha dan tak putus berdoa dan berharap….. Walaupun nampak macam mustahil, Allah tu sentiasa bersama orang yang selalu sebut2 namaNya.

    Seksa….. mungkin terpaksa melaluinya demi kebahagian yang tersayang.

    Macam bengong je…..

    Agak2 lulus tak?
    .-= Tie´s last blog ..Channel Ceria =-.

  5. Bagi su, pilihan bergantung kepada situasi apa yg sedang dihadapi.

    Kenapa harus memilih penyeksaan sedangkan penyesalan itu mampu menyelamatkan diri dari penyeksaan yang mungkin tak berkesudahan.

    Kenapa harus memilih penyesalan sedangkan penyeksaan itu masih membekalkan harapan. Seperti kata kak jie, berdoa itu ubat yg mungkin boleh menukar situasi.

    Penyeksaan yang timbul tanpa rasa kesal tak mungkin menghampirkan diri pd Allah. Dan hanya penyesalan yg produktif akan mendekatkan diri pd Allah.

    Penyeksaan atau penyesalan, jika tidak dibekali iman, akan menghancurkan hati dan perasaan, memusnahkan jiwa dan badan, bukan setakat di dunia, tapi juga di akhirat.

    Saat diri kita dilema pilihan, Allah ada untuk dirayu bantuan. Istikharah adalah sebaiknya.
    .-= suara´s last blog ..Meeting Larut Malam =-.

  6. antara penyesalan dan kesakitan…

    biasanya…kesakitan akan mendatangkan kesal……

    tru my own exp, kesakitan boleh menyebabkan kita hilang kewarasan..hingga akhirnya terjadi sesuatu yang mendatangkan penyesalan..dan akhirnya kita kembali hidup dalam kesakitan akibat penyesalan dari sesuatu yang kita dh lakukan..

    hidup ni berkait..sebab dan akibat…antara logik, iman dan kesedaran…semuanya mendatangkan natijahnya tersendiri…

    tapi, kalau masih diberi peluang memilih penyesalan dan kesakitan….kesakitan adalah lebih ringan berbanding penyesalan..

    i’ll choose kesakitan..pain..

    p/s: salam mama..:) insyaAllah kalau ada masa nanti…nak ajak yonna terjah jumpa mama..hehehe…boleh tak ma??

  7. sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tak berguna..
    jadi nak buat apa2 pun..kena fikir baik2..guna akal dan hati yang waras..
    jangan guna perasaan..
    penyiksaan mungkin boleh jadi sempadan hidup kita..bila kita rasa terseksa..
    kita akan berusaha untuk keluar dari siksaan itu..
    .-= izzah´s last blog ..Pilih..pilih… =-.

  8. sesal dulu pendapatan sesal kemudian dah pokai la jawap nye :mrgreen:
    .-= haritz´s last blog ..AlFarabi Band – Ngetop Di Facebook =-.

  9. Biar penyeksaan, sebab penyesalan lagi menyakitkan.
    Dah menyesal, terseksa lak tu.
    Baik Penyeksaan je.. tak la menyesal sebab benda tu akan berlalu dan ilang..
    Kalo penyesalan, benda tu akan berlalu tapi akan diingat sampai mati 🙂

  10. berfikir masak2 sebelum melakukan sesuatu agar tidak sesal dikemudian hari.
    kalau buleh taknak lalui rasa terseksa dan diseksa, sakitnya takut tak tertanggung. 😛
    .-= julietchun´s last blog ..Setan =-.

  11. Sebagai seorang insan semua itu perlu ditempuhi untuk menjadikan kita insan yang lebih matang dalam menempuhi kehidupan di dunia…sebagai persiapan sebelum ke alam baqa 😉

  12. penyesalan adalah satu bentuk penyeksaan kepada orang2 yang tanak terseksa awal2… hehehe.. sori aku punya point paling mantap!

  13. penyeksaan itu sati penyelesaian juga ^_^
    .-= blowie´s last blog ..Entry pertama utk CHELSEA musim ini! =-.

  14. PENYEKSAAN.
    Biar sakit dahulu, insyaAllah berkat doa dan usaha akan senang di kemudian hari. Terseksa dulu pn xpe daripada penyesalan yg x berkesudahan..
    Waktu itu, tidak boleh berundur lagi.
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..PERTANDINGAN KOMEN TERBANYAK. LEBIH RM300 UNTUK DIMENANGI! =-.

Comments are closed.