Pengetahuan Am

Binatang dalam Al-Quran

Pagi tadi dengar kicau burung. Meriah bertasbih Β memuji nama Allah. Pernah dengar bunyi burung taktibau? Kalau nak dengar klik sini [ sini ] . Dengan susah payahnya untuk dapat merakam bunyi burung istimewa tersebut.

Pagi-pagi otak fresh, mula terfikir yang bukan-bukan. Β Saya mula membilang nama-nama binatang yang disebut di dalam al-Quran.

Antara haiwan yang banyak disebut di dalam al-Quran ialah burung.

Burung hud-hud berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai sebuah negeri, Sabak dalam sirah Nabi Sulaiman.

Burung gagak telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya.

Burung puyuh (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian dan ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga.

Gajah – Allah telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah.

Penguin penghuni kutub
Penguin penghuni kutub


Unta pula merupakan haiwan yang agak luar biasa. Bagaimana ia dicipta harus direnungkan. Β  Cara unta minum air apabila kehausan, menjadi misalan perbandingan kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum air mendidih.

Unta melintasi lubang jarum! Begitu mustahilnya bagi orang-orang yang mendusta dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.

Keldai – Kisah ‘Uzair yang ditidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun dan dihidupkan semula oleh Allah bersama keldainya.

Kuda – ditunggangi dan dijadikan sebagai perhiasan dan menjadi salah satu yang diinginkan oleh hawa nafsu dalam kesenangan kehidupan dunia oleh manusia .

Nabi Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara.

Lembu – disebut dalam kisah tiga Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf dan Musa. Nabi Ibrahim telah menghidangkan seekor anak lembu panggang yang gemuk apabila malaikat datang untuk berjumpa dengannya .

Nabi Yusuf telah menghuraikan mimpi raja yang mengandungi lembu.

Biri-biri – Nabi Daud telah diminta untuk mengadili dua orang yang bersaudara yang berselisih mengenai biri-biri betina.

Babi – Sifat babi tidak disenangi, kerana orang-orang yang Allah melaknatkan umpama mereka beruk dan babi.

Anjing – haiwan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi tidak diharamkan Allah. Β Seekor anjing bernama Qitmir di sebut di dalam al-Quran

Beruk – telah diceritakan bersama babi tadi, iaitu orang-orang yang dilaknati dan dimurkai Allah dijadikan haiwan yang dua itu.

Ular – disebut sebanyak lima kali di dalam al-Quran. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.

Semut – dalam kisah Nabi Sulaiman yang terdengar semut bercakap untuk masuk ke dalam sarang supaya tentera Nabi Sulaiman tidak memijaknya kerana tidak sedar.

Ikan – Kisah Nabi Musa Yunus ( terimakasih Iza yang email & Denaihati yang betulkan fakta – otak ingat lain, tangan taip lain ) ditelan ikan nun. Doa yang sangat mujarab.

” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin”

Ada lagi, kan… bolehlah kita berkongsi bersama.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Binatang dalam Al-Quran

  1. πŸ˜‰ erm..burraq tu sbnrnya menurut bhs arab al-barq yang maksudnya kilat.. so, yang saya faham nabi naik kenderaan yang lajunyer seperti kilat, tp, hadis x cerita pn nama kenderaan tu apa… .cuma ada pendapat kenderaan tu mcm kuda yang bersayap :lol:wallahu taala a’lam..

  2. πŸ˜‰ buraq tak disebut di dalam al-Quran, cuma dalam hadith Nabi Muhammad bila menceritakan peristiw isra dan mikraj sahaja…

  3. perkongsian yg menarik.. lg menarik klu boleh sertakan ayat2 Quran berkenaan binatang2 yg disebut…

  4. ehm..macam-macam yek rupanya..
    .-= encik cancer´s last blog ..Treatment of Breast Cancer =-.

  5. Bagus info ni.. pengajian Al-Quran adalah satu topik yg menarik . Maybe patut di masukkan sebagai salah satu silibus option di sekolah.
    .-= Ismail N´s last blog ..Mengajar Tukang Komen Yang Biadap =-.

  6. Cicak yang tolong puak khafir tu.. pastu burung merpati yang tolong Nabi Muhammad S.A.W. tu..
    .-= nikillas´s last blog ..12 big apple donuts =-.

  7. pernah diberitahu seorg guru yg bentuk Buraq yg seperti yg digambarkan semacam kuda bersayap dsbnya adalah dari kisah israeliyad yg tiada kesahihannya. kena cari ilmu lagi lah saya utk tambah senarai kak jie nih
    .-= AyKay´s last blog ..Himpunan kata-kata hikmah =-.

  8. sgt light entry k.kujie ni…melapangkn minda yg br je lps serabut ngn terrafic jam. I like!!! tp pening blk bile k.kujie kate “Ada lg, kan…” pening duk PK ape lg binatang2 tu…heheheee…

    burung ababil…dlm surah Al-Fil
    .-= eda´s last blog ..Kembali Memandu =-.

    1. @eda, kadang2 dah siapkan list binatang2 tu rasa mcm tertinggal…. mgkn org lain yg boleh berkongsi

      burung ababil dlm kisah tentera gajah πŸ˜†

    1. @denaihati, Betul tu..lebah dan labah-labah.

      Betul tu Nabi Yunos, sy mmg teringat nabi yunos tapi tertulis nasi Musa pula

      terimakasih, krn betulkan

  9. Wah best tazkirah pagi Jumaat.Best ni. BuraQ? sejenis burung gak ker Kak Jie? ker bukan binatang huhu.. disebut dalam surah Al-Israk ketika perjalanan israk dan mikraj junjungan besar Al-Amin (selawat ke atas baginda)
    .-= iza´s last blog ..Raudhah, Nama Yang Indah… =-.

Comments are closed.