Pengetahuan Am

Surat Cinta Di Dalam Dewan

Esok PMR!

Apabila hari peperiksaan menjelang tiba,bukan masanya lagi untuk mengulangkaji atau membaca buku. Berdoa dan tenangkan fikiran. Jangan bimbang, memang hari inilah yang dinantikan. Β Hari yang kita countdown di tepi penjuru kanan papan hitam dalam kelas.

Kalau panik apa nak buat, mama? Soalan Angah pagi tadi.

Mula-mula berhenti menulis, luangkan sedikit masa. Letak pen atau pensil, genggamkan tangan dan lembutkan anggota badan. Jangan silangkan kaki.

Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. ( Angah selesema, dia jawap – cisss budak ni, banyak pula alasan tu ) Dapatkan sebanyak mana oksigen. Sekiranya perlu ke bilik air minta kebenaran. Jangan fikir tentang kertas peperiksaan sehingga kembali ke dewan. Buat semula senaman tarik nafas. Setelah lega, mulalah dengan membaca/menyemak jawapan yang dibuat dan mula menjawab.

Setelah selesai menjawab segala soalan, mengikut arahan dengan betul dan menyemak semula dengan berulang-ulang kali tetapi masih lagi berasa ragu – ragu mengenai ketepatan terhadap jawapan yang telah diberikan, bolehlah menyelak ke helaian terakhir pada kertas jawapan (pastikan helaian terakhir kertas jawapan masih mempunyai ruang atau jika tiada ruang sila minta kertas jawapan yang baru dan kepilkan bersama kertas jawapan yang pertama tadi).

Setelah semuanya perkara diatas telah dilakukan, mulalah menggenggam pena kembali dan tulis seperti berikut :

final exam

Assalamualaikum w.b.k

Kehadapan pemeriksa kertas yang saya hormati dan kasihi. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Duhai pemeriksa yang saya hormati, pertama tama sekali saya ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu masa tuan semasa proses penandaan. Namun begitu, sudilah kiranya tuan pemeriksa dapat meluangkan sedikit waktu untuk membaca nukilan saya ini dan besarlah harapan saya agar tuan fahami isi dan kandungannya agar jelas kepada maksud yang saya ingin sampaikan nanti.

Tuan pemeriksa, seperti mana tuan sedia maklum, saya ialah salah seorang calon daripada ribuan calon lain yang telah berusaha selama ini untuk menduduki kertas peperiksaan ini. Namun begitu, pada hari peperiksaan, hati saya berasa sedikit gentar yang tidak pernah saya alami selama ini. Dan saya teruskan jua menjawab kertas soalan ini hingga ke akhirnya. segala hasil serta pengetahuna saya berkenaan subjek ini Semuanya telah saya lontarkan disini, telah saya curahkan disini, andai masih berlaku kekurangan dan kesalahan, maaf jualah yang saya pinta.

Tuan pemeriksa, saya tahu tuan adalah orang yang berhak dan berkuasa ketika menanda kertas jawapan saya ini. Justeru itu, dengan seribu harapan yang saya pertaruhkan pada helaian terakhir ini agar harapan dan keinginin saya tidak kecundang disini. dapatlah tuan pemeriksa pada kiranya membantu sedikit terhadap apa yang telah saya usahakan dengan memberi sedikit markah tambahan mengenai hasil kerja saya ini yang saya rasakan patut tuan nilai dari segi kesungguhan saya menjawab soalan dan bukan pada betulnya jawapan saya.

Tuan pemeriksa, dengan ini saya harap tuan pemeriksa telah jelas dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Berharap tuan pemeriksa akan lebih diberkati dan dimurahkan rezeki kerana jasa baik dan budi bicara tuan dan kebiijaksanaan tuan akan menjadikan tuan naik pangkat sebagai ketua pemeriksa pada tahun peperiksaan berikutnya.

Rasanya cukuplah sampai disini shaja coretan saya, kerana kalau mahu diikutkan hati dan perasaan banyak lagi yang ingin saya sampaikan dan nukilkan pada tuan. Mungkin itu boleh dibuat pada kertas peperiksaan yang lain. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesanggupan tuan meluangkan sedikit masa kepada saya.

Akhir kata, sambutlah salam manis, mesra dari saya. Β Salam penuh keikhlasan.

Qwh ye, terlupa juga tolong sampaikan salam saya kepada keluarga dan rakan pemeriksa tuan yang lain. Kongsikanlah warkah ini bersama mereka agar mereka turut sama dapat membantu insan-insan seperti kami. Saya akhiri warkah ini dengan serangkap pantun ,

kami mengharap markah tambahan,
moga tuan dapat berikannya,
harap rayuan ini tuan tunaikan,
hanya tuhan yang dapat membalasnya.

Salam penuh pengharapan

(no. calon peperiksaan)

sekian terima kasih.

p/s: Surat ini boleh ditranslatekan kepada bahasa apa jua pun bagi kegunaan pelajar2 obersea. Hak cipta surat ini boleh diedit dan dicopy seberapa yang kerap dan perlu brgantung kepada keadaan tempat dan situasi dengan kebenaran penulis.

p/s: sumber adalah dirahsiakan bagi menjamin keselamatan penulis.

Amaran : Mereka yang terkantoi boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi atau Majlis Senat Universiti

p/s – Nak tanya cikgu-cikgu, kalaulah dapat surat macam ni, nak buat apa?

p/s – Kepada anak-anak yang tersinggah ke blog ini, diucapkan selamat berjaya! terutama untuk anak saudara Huda Alia.

EDIT : Angah balik sekolah hari dengan hadiah pen, pensil, pemadam dan pembaris. Satu set Pengetua bagi kepada setiap murid yang akan mengambil PMR. Saya usik ” tu dah siap dijampi ke?” :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

69 thoughts on “Surat Cinta Di Dalam Dewan

  1. panjangnye nukilan tu…boleh hafal ke dalam dewan periksa…
    buat karangan BM pun xmcm tu…hehe :mrgreen:
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Manusia Tak Pernah Puas V1.0 =-.

  2. erm…kdg2 malas nak layan…
    bo layan..
    pemeriksa kene adil…fair and square…huhu

    set pensil2 tu beselaaa…sekolah mmg suke bersedekah…demi budak2 ni nak skor utk sekolah..
    .-= ChekguBH´s last blog ..Open Haus Hari Raya… =-.

    1. @ChekguBH, tapi mgkn dpt kembalikan kecerian pd pemeriksa..
      bkn sikit nk periksa paper tu..mcm2 ragam dan gaya kan

  3. hahahaha..
    kalau saya yang dapat surat tuh..mesti golek2 gelak…
    kiranya hiburan sambil menanda kertas pereksa..
    tapi maybe..saya akan bertindak mendouble check kertas budak tu..untuk melihat di mana kesungguhannya..
    huhuhu..kelakau la kak jie nih… :mrgreen:
    .-= izzah´s last blog ..Kenali Simptom Demam =-.

    1. @izzah, betullah tu..kadang murid tu saja
      nak bergurau dgn pemeriksa
      sedangkan dia pun tak kenal, cuma berharap pemeriksa tu dlm mood yg baik πŸ˜†

  4. Ha, ni cikgu datang nak bagi komen dan pesan…

    Sebelum tu pada Angah,selamat menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya cemerlang.

    Pada mak kepada Angah, jangan tension2 sampai tak lelap tidurlak nanti. Nanti hantar Angah pagi esok, boleh bagi semangat!

    Memang hampir tiap tahun ada surat cinta dalam skrip jawapan, tapi taklah panjang menjela macam tu. Agaknya kalau dapat panjang lebar macam tu, mahu demam seminggu dek jiwa kacau, huhuhu… :mrgreen:
    .-= Kak Long´s last blog ..Kalbu =-.

    1. @Kak Long, angah cakap….dia buat juga mcm ni

      hahaha..teruk betul

      dia cakap bukan sebab angah tak dpt jawap, tapi ada byk masa…jadi apa salahnya mencuba nasib…

  5. Biasa cikgu gelakkan..
    ada cikgu yang jahat dia tunjukkan kat dlm internet..
    .-= zool´s last blog ..Penggantian Kad Bank =-.

  6. teringat masa ambik bahasa arb dulu, masa tak cukup tp rasa boleh jawap, apa lagi tulis nota kecik kat bawah kertas soalan berbunyi’ana uridhu 4 fleet ustadz” miahaha πŸ˜›
    .-= haritz´s last blog ..Kenapa aku jadi perokok haa..!! =-.

  7. Salam kak..
    terima kasih sudi ziarah n beri nasihat kepada sy.. sangat saya hargainya.. alhamdulillah, sy semakin tenang dengan kehadiran pengunjung cam akak.. (^__^)

    pergh.. panjang tu nak tulis surat cinta tu.. good luck ntuk anak akak yer..
    .-= Faarihin´s last blog ..Alhamdulillah… =-.

  8. PMR tu cam UPSR jer .. x penting sgt (xkan mati kalo gagal) Jadi x berbaloi utk terkantoi la adik adik :mrgreen:
    .-= eldy´s last blog ..Cerita Kedai Kopi – Malique feat Salam =-.

      1. @Kujie, gua tinggal STPM jer belum .. harap2 gua relax jer menghadapinya .. x berbaloi juga kalo tension2 .. hidup biar sedap ba ~ πŸ˜†
        .-= eldy´s last blog ..Blog award badge =-.

  9. akak…
    if pemeriksa dapat surat ni, ade 2 kemungkinan je:
    1st, dia gelak terbahak2 sambil memikirkan “ade mase pulak budak ni nak menulis surat”, 2nd, if mood dia tengah bengang or marah, silap2 kertas tu takan ditanda..tu yang parah kak~

  10. maksu masa srp macam memain jer…mcm tak paham bab2 pereksa ni…
    .-= Mak Su´s last blog ..Macam itukah macam inikah – sama saja, yang penting; dia suka =-.

  11. hoho, nostalgic gile, tringat balik zaman muda2 dulu.. kalo dah study tue, jawab jelaaa, PMR x payah sangat, biasa2 jer..

  12. salam alaikum kujie.

    selamat berkenalan.
    menarik cerita surat mohon belas ni. kakchik salin dan kongsi di blog ya.

    abang ipar pun pemeriksa, dia pernah cerita ramai calon yang tulis nota kat ruangan tepi kertas jawapan, mohon belas ehsan pemeriksa.
    .-= kakchik´s last blog ..Layan Anak-Anak Saudara La Sekejap =-.

    1. @kakchik, Salam perkenalan Kakcik, terimakasih kerana sudi singgah.

      diizinkan kakchik.

      cara budak2 yg tulus tu… πŸ˜‰

  13. kalau kat U maza dulu kan.. kita boleh mintak air kopi lagi kat examiner. hehehe.. kekonon kasi tenangkan diri sekejap.hehhe

    erk! cubaler suruh angah mintak milo o ke, teh tarik ke, tak pun aiskrim soda! kot2 wokey..

    wakakakka
    .-= maza´s last blog ..Pepatih Karma Sudah Taubat?!… =-.

  14. Semoga pelajar-pelajar yang menduduki PMR dapat melakukan yang terbaik. πŸ™‚

    Kalau dapat surat tu? Hmm….bagi markah kesian kot! 1 markah! Ha πŸ˜€

  15. Susah juga nak ketawa baca posting ni sbb walaupun memang funny ianya memang berlaku dan honestly saya pernah tulis surat yg agak similar dalam kertas jawapan peperiksaan saya dulu. πŸ˜› Form 4 & Form 5 adalah zaman yg amat mencabar dan byk dugaan. Alhamdulillah, saya eventually berjaya lepas zaman tu tanpa kerosakan yg teruk dan tidak pernah menoleh kebelakang lagi selepas itu.
    .-= Ismail N´s last blog ..Di Mana Anda Blog? =-.

  16. Anak I pun nak PMR jugak. Macam Angah, dia pun tak pergi tuition. Sama2 kita doakan anak2 kita dirahmati Allah dgn ilmu yg berkat.

    By the way, I’m linking yr blog to mine. Bolehkan? Selalu nya, I masuk thro Neeza’s blog..
    .-= Mamamia´s last blog ..Berpeluh-peluh….. =-.

    1. @Mamamia, Amin mamamia, Angah tu lain sikit, dia tak dpt nk ikut silibus dan suasana kelas . Dia selesa dgn dunia dia…

      Terimakasih, I’ll link you back.

  17. Cute jer surat chenta untuk pemeriksa tu, tapi kalau ramai yg tulis camtu mesti pemeriksa tension habis :mrgreen:

    InsyaAllah Angah mesti boleh nyer lepasi PMR ni dgn baik. Dia budak bijak.. gud luck yer Angah πŸ™‚
    .-= iza´s last blog ..Kasih Nan Fitri…8 =-.

        1. @wanmus, zaman kak jie umur 15 thn baru nak period, nak akil baligh. Tak mcm zaman budak2 skrg…12 thn tu biasa,
          πŸ˜†

      1. @Kujie,
        Daripada tak tulis apa-apa baik tulis surat ya? Tapi kalau PMR kurang sikit kemungkinan ada masa nak tulis surat berjela berbanding ngan calon SPM dan STPM.
        .-= Kak Long´s last blog ..Kalbu =-.

  18. Ha ha ha…

    Biasakan Jie, pemeriksa kertas ni agak tension, maklumlah banyak lagi yang perlu diperiksa. Mungkin lebih elok kalau tulis yang lebih pendek dan ada sedikit humor. Mana tahu hatinya terpaut dan terusik.
    .-= Tie´s last blog ..Bercuti di Phuket Island =-.

    1. @Tie, saja nk hiburkan hati pemeriksa, sbb cikgu lain dah cuti dia ye yg kena bersengkang mata ngadap kertas lagi..hehe πŸ˜†

    1. @beliamuda, Kak Jie tak de la tekanan utk dia org, tusyen pun tak pergi si Angah tu.

      Tiap org ada pandangan tersendiri mengenai kebahagiaan dan keinginan dlm hidup

  19. kalau sha, sha sorokkanlah. kesian budak2. tp markah diberikan mengikut kemampuan sbb kalau dah ulangkaji seharusnya tak tulis surat begini. bagi markah lebih pulak menyebabkan pemeriksa tak amanah.

    haiiii..pernah dapat sebenarnye…
    kesian, tp bila tgk budak tu tak jawab langsung soalan, anta kertas kosong…takkanlah nak bg markah?
    .-= cheryna´s last blog ..sha: when jenab acts like britney =-.

    1. @cheryna, sya, ni entri release tension mak budak, bukan budak tu sendiri..hahaha

      pesan dgn Angah tadi, tak yah lah nk study2 hard hari ni….kalau dah usaha tentu Allah bagi balasan baik tu.

      ooo…pernah dpt, bestnya πŸ˜†

Comments are closed.