Isu Semasa

DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00

Semalam nak renew roadtax kereta tak boleh. Blacklist, katanya. Kemudian saya check saman polis trafik melalui sms

POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

Balasan yang saya terima :

RM0.50 [no.kad pengenalan ] Terdpt 24 saman berjumlah RM 4700.00 sehingga 28/09/2009. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.

Nasib baik saya tiada masalah jantung!

Untuk dapatkan maklumat lebih detail , saya sms lagi

SAMAN POLIS ABC1234 SEMUA , hantar kepada 32728 dan saya ulang kesemua 6 kereta dan 2 motosikal yang ada.  Keseluruhannya memang 24 saman, tetapi tiada detail mengenai tempat, tarikh dan kesalahan trafik.

Pagi tadi saya ke IPD Selayang untuk dapatkan detail mengenai saman tersebut. Nasib baiklah saya dalam keadaan yang sabar dan tenang. Cik Polis yang tak cukup manis itu cakap,

” Puan, sistem down dah 5 hari, tak boleh check saman, bayar saman”

5 hari dia kata down?    5 hari tu bukan down dah, sistem collapse dah tu!

Kerana sistem down, saya tak boleh check saman, tak boleh bayar saman, tak boleh hidupkan roadtax kereta. Kereta pun tak boleh bergerak,  roadtax  hari ni dah mampus kena kambus.

Kalau sebulan? dua bulan? Tak ada cara lain ke?

Soalan cepumas:

Kenapa sistem online jabatan kerajaan selalu down / offline? Dan satu lagi web Kerajaan yang selalu saya jumpa jarang diupdate. Tak cukup peruntukan ke untuk invest dalam pembangunan sistem dan maintenance?

Selepas masalah  tidak dapat diselesaikan di IPD tadi, saya berusaha juga mencari detail mengenai saman tersebut.

Hantar sms lagi ke 32728

POLIS SAMAN ABC1234 [email ] hantar kepada 32728.   Kali ini saya dapat detail melalui email.

Saman dari tahun 2005?

Semuanya had laju. .:lol: Mana ada laju, saya bawa laju sikit dari Streamyx!

Dari tahun 1999 hingga 2009 = 10 tahun x 8 (kenderaan ) = 80 kali saya hidupkan roadtax . Tak pula timbul soal saman-saman ni..tiba-tiba ada…sistem baru dikemaskini kot.

p/s – saya sedang berhubung dengan seseorang untuk selesaikan masalah ini,

p/s – apa lagi, capailah telefon, sms check saman masing-masing…:grin:

 

EDIT 05/10/2009 : Saya dah ke IPD Kuala Kubu Baru, hanya perlu bayar satu saman rm 300 dan roadtax boleh diperbaharui, dengan syarat di JPJ bukan di Pejabat Pos.

* bOleh juga dapatkan maklumat di www.myeg.com.my

EDIT : 01/12/2010 – sumber dari myeg.com.my

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 PDRM menawarkan insentif bayaran kadar kompaun untuk semua saman trafik –

Semua saman yang di keluarkan pada atau sebelum 30hb November 2010 :

  • Akan diberikan insentif pengurangan dari kadar kompuan sebenar

Semua saman yang di keluarkan selepas 30hb November 2010 :

  • Saman di selesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman di selesaikan dalam tempoh 16 – 30 hari akan diberikan insentif 30% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman yang TIDAK di selesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan di senarai hitamkan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

70 thoughts on “DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00

  1. sama la kite, memang tak relevan ekor2 nih, saya chek2 ada saman menghalang lalulintas tahun 2006 kat KL, tak pernah buat macam tu, resit ke surat ke tak pernah dapat pun aleh2 ada dalah list 😈

  2. aku pon kna jugak..kete dah siap jual dah. masa nak jual memang cek saman xde.. tau2 je baru2 ni cek kat sistem, ada plak saman tahun 2009. takkan la amik setahun lebih kot nak keyin dalam sistem..macamana la orang x menyampah kat kerajaan kalo macam ni lah cara bekerja..

  3. aku sngat tak setuju ngn saman ekor ni. Org pinjam keta kita dan buat kesalahn trafik, kita pulak yg kena byr. kes naya betul. Polis sepatutnya saman terus kepada pemandu keta ketika itu, pastikan dia tandatangan saman trsebut baru adil. Ini tak, polis saman ekor dan lekatkan kat cermin keta je especially kesalahn parking dan juga speeding. Satu lagi kes, adik aku, nombor motornya digunakan oleh sebuah proton wira (kes no palsu) dan buat kesalahan trafik, yang sakit hatinya saman samapi kat dia, sedang kan dia tak pernah Ipoh pun. Bila cek description saman, baru dapat tau yg keta tu guna no palsu yakni no motor adik aku. nampak tak? relevan ke saman ekor ni?

  4. huh! banyak nyer kak jie.. terkejut.. !! hari tu roadtax bayar lewat setengah bulan sebab ada saman.. 😀 , tapi cuma saman yang diorang tahan dan sign jer saya bayar.. yang speed trap takde pulak saya bayar.. tempat kena speed trap pun saya tak pernah pegi..
    .-= zuls´s last blog ..Sistem Komen Sosial vs Sistem Komen Biasa =-.

  5. kena mintak disekaun laa kalo dah banyak saman. sistem derang nih sentiasa upgrade tu sebab sentiasa down untuk sekuriti…
    .-= MatKool´s last blog ..Air India slashed Airfares up to 8 percent =-.

  6. Kak Jie, suh rakan2 klik iklan.. 😆
    .-= Ezad´s last blog ..Kisah Benar – Burung Merpati Lemas (Bahagian 1) =-.

    1. @Ezad, ha ha ha..cara jahat ni sepanjang Kak Jier berblog tak pernah buat

      kejap2…tapi bagus juga idea ni..kehkeh 😆

    1. @zool, hehehe..tau lah awak orang gomen!

      Baru petang tadi 02/10 telefon balai, sistem dah baik tapi nak kena tunggu Isninlah.. dah petang baru call

  7. saye dah menyahut seruan kak jie :mrgreen: terus capai tepon cek saman. hasilnye??

    huiyoo!! 😯 ade 2 saman lapuk 😆 jun 2006& mac 2007 dua2 kene kat Sabak Bernam 😆 heheh time tu baru2 ade kete sendirikan… tak reti2 nak bawak slow 😈
    .-= mrs azmi´s last blog ..mengapa wanita sangat istimewa?? =-.

  8. kakjie ade simpan salinan bukti pembayaran saman tahun 2003 tu tak?

    Kakjie active berforum tak? kat lowyat.net ade satu section utk saman2 ni,rasanya diaorang ni orang dalam gak.
    Cube kakjie saje je post kat sana,mane la tau membantu ^_^
    .-= blowie´s last blog ..Perbezaan Lelaki dan Perempuan Part II =-.

  9. hoho, kesian kak jie kena bayar saman.. lenkali bawak slow2 sket kete tuee… senanye kite x minat ngan saman2 nie.. lesen pun xde lagi.. hohoho, x feeling baca post nie.. HAHA!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Macho di depan komputer… (keyboard shortcuts) =-.

  10. Saya malas nak check pakai sms atau inernet.. takut terkantoi, kalaua da buat hati tak sedap je. Setakat ni alhamdulillah segala urusan membaharui roadtax clear saja.

    Hehe.. kalau nak cekap rasanya PDRM tu pun kena swastakan.. hehe 😀
    .-= TokNabe´s last blog ..15 Jam =-.

    1. @TokNabe, ni kes takut terima kenyataan lah ni
      sy pun tak de nk sms kalau tak de masalah…sbb tak boleh renew roadtax sampai skrg ni…

  11. fuh..! saya tambah Rm 300 saman sayalaa kak jie genapkan terus RM 5000 🙂
    .-= nuaeman´s last blog ..Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 =-.

  12. Ai ai..baru je cek nih, 1 saman la kena bayar. RM30. Abes la…
    .-= kakeru´s last blog ..Special Report: Boleh Bantu Saya? =-.

      1. @Kujie,
        Kak Jie, thanks bgtau. Saya tatau nak cek camner pun sblm nih. Ingat ke nak gi terus cek kat mana2 IPD..ho lah.. 😉
        .-= kakeru´s last blog ..Special Report: Boleh Bantu Saya? =-.

    1. @KampungBoy, bukan terlepas pandang..mmg tak tahu pun
      sbb setiap thn kak jie renew roadtx 8 kali
      tak mgkn dlm 8 kali pun kak jie tak ditrace
      lagi satu saman thm 2003 tu sah2 kak jie dah bayar
      knp masih ada dlm sistem

      pula tu..sistem PDRM down, tapi sistem syarikat yg buat sms ini boleh pula..dia org dptkan data terkini dari mana? 😐

  13. dah cek, nasib baik takde saman. jadilah macam baloot, pengguna yang berhemah. (konon je ni)… 😈

    penat jugak tu nak bayar, RM4.7k tu kak jie. fuhhh, bole beli sebijik motor cash dah.. takpun buat beli macbook pro.. hee..

    1. @baloot, kak jie masih menyiasat saman2 yg lama2 tu..sbb thn 2003 dah pernah bayar kt IPD selayang juga…kenapa tiba2 timbul blk

  14. kak jie..IPD Selayang, dah dekat sgt ngan umah arin…ishh..kalau tak leh kita adakan sesi kopi selepas berkunjung di IPD tuh..:)
    .-= arin´s last blog ..Datang beraya =-.

  15. Waa tambah sikit lagi dah boleh beli tiket pi tempat Abang Tak Ingat kehkehkeh..tapi betoi ker senarai tu..

    Muskil betul.. jangan2 salah org lain pon masuk dalam akaun k.jie ..huhu.. sebab iza pernah kena, motor iza dapat saman. Tapi kat surat saman tu tulis kereta, pastu kat karak pulak tu.. padahal motor Iza tak pernah keluar dari KL (*_*)

    1. @Kak Long, kak long, sy keliru..krn baru je renew roadtax bulan 4 lepas, tapi clear je..tak kan dlm masa 4 bulan tu ada 24 saman

  16. uik! gile ke ape nak cecah 5 riban tu ma! hahaha. err betul ke kiraan diorang tu?

    yonna pun pelik la ma,banyak sistem gov yang selalu sangat down lepastu satu ape x update. org yang dah tak kerja pun, ada lagi nama dia dlm satu2 jabatan tu. sumpah pelik. takkan x buat kerja kot :p

    oopsss mcm melaser lak hahaa
    .-= yonna´s last blog ..Y534 : 37 Keping Gambar =-.

    1. @yonna, mgkn sebab org yg mula2 web master tu dah berhenti kerja, jadi tak de sapa yg pakar2 IT nak ambil alih.

      atau pun… bila dah di buat web tu, dah serah pada satu2 jabatan, org kt jabatan tu yg tak ada kemahiran utk ‘jaga’

Comments are closed.