Ini kes kemalangan jalanraya di bulan Ramadan tahun lepas – 2/9/2008. Ibu yang kehilangan 3 dari 4 anak ini adalah sepupu saya ( anak kepada adik emakΒ – terdapat kesalahan ejaan nama beliau di sini ).
Kepada kawan-kawan yang akan memandu balik ke kampung hari raya ini, service kereta anda dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Hati-hati memandu, kerana kemalangan bukan saja melibatkan diri kita seorang , seringkali membabitkan orang lain. Bukan saja kemusnahan harta benda dan yang lebih parah kehilangan nyawa juga penderitaan perasaan bagi sanak saudara dan keluarga yang ditinggalkan.
Kemalangan yang berpunca dari rasa letih selalunya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.
Keletihan dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih .
Amalkan beberapa tabiat yang baik seperti di bawah ini supaya kita dapat sampai ke destinasi dengan gembira.
- Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
- Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
- Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh
- Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
- Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan
- Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
- Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
- Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.
Β©kujie – Melihat pusara diam menyepi
Moga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.
Alfatihah
baru saya perasan yg kemalangan tu dkt kampung saya. Jalan tu mmg jalan maut. banyak sangat kemalangan kat situ yg terbabas dan langgar pokok. sampai keta terbelah dua pon ada. lebih sedih, ada beberapa kes kemalangan kat situ melibatkan pengantin yg baru pulang dari majlis akad nikah.
semoga roh mereka semua di cucuri rahmat. amin
sebelum kawen, kalau saya balik kampung biasanya sorg2 atau dgn akak saya. adik beradik saya ni jenis naik kereta jalan jauh sikit je dah terlelap (masa kecik2 kalau susah nak tido mak dgn abah bawak naik keta pusing2 sampai tertido). so kalau keadaan macam ni, saya bukak radio/cd lagu rancak. then setiap beberapa hentian, saya berhenti untuk basuh muka. penah jugak saya terlelap masa drive pukul 2 pagi masa balik dari ziarah sepupu meninggal di seremban, hampir terbabas. nasib baik tersedar.
lepas kawen ni, saya tak bg wife tido dalam keta masa perjalanan jauh. kalau dia tido, saya bukak cd fav kami yg ada lagu rancak dan bukak sampai bingit dalam keta. lepas tu buat konsert sama2 dalam kereta. haha.
al-fatihah buat arwah…
bro pun rasa cam dah lama xservice kereta
Isteri saya kenal juga dengan sepupu kak jie ni.. dia dekat fakulti sains tak silap, isteri saya kat library.. memang amat menyedihkan berita tu..
.-= nuaeman´s last blog ..Benarkah Syaitan Dibelenggu? =-.
bai pernah baca satu petua utk hilang ngantuk.
sapu lutut dgn air sambil selawat 3 kali.
teringat cara mak.
mak akan bersembang dgn pemandu(tak kira la ayah ke sapaΒ² ke) sepanjang perjalanan. walaupon mata mak sendiri dah layu, tetap juga nak temankan pemandu disebelah.hehe..
.-= fiezabaiduri´s last blog ..Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak =-.
Salam Takziah,
Ingatan berguna menjelang adil fitri.
@Ismail N, ramai yang berada dijalanraya dengan berbagai jenis pemandu
Semoga kita semua dilindungi Allah, semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat. InsyaAllah.
@yati, Amin…..
kalau ngantuk berhenti je kejap. Dapat lelap 10-20 minit pun dah cukup..
.-= Lan Bingka´s last blog ..Dah lama tak cuti sakit =-.
@Lan Bingka, ikut kajian, tidur 20 minit yang berqualiti sudah mencukupi
iza akan drive bila balik kampung nanti. sorang ja kot sebab org lain tak start cuti lagi, iza dah cabut dulu. insyaAllah iza akan berhati2. Risau juga. Tapi kereta tua iza mmg jarang dipecut terlalu laju. Tapi itu bukan jaminan kan. Kelalai org lain pun boleh menyapa bila2. Semoga dilindungiNya.. π
tadi iza pi shah alam, pastu pergi KL..ada accidence jugak..3,4 keta bumper to bumper π
.-= iza´s last blog ..Menyayangimu Penuh Seluruh… =-.
@iza,
Kita memang hanya boleh merancang, tapi yang penting kita berusaha untuk mengelaknya kan…Insya Allah..Tuhan lindungi.
Nanti servis kereta dulu sebelum jalan jauh..
Semoga musim perayaan tahun ini tidak mencatat korban jalan raya lagi.
.-= Kak Long´s last blog ..Cara Menyertai Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
Al-Fatihah buat 3 adik beradik yang terkorban.
Sedihnya baca berita ni.
Masih terbayang kesedihan bila kehilangan anggota keluarga dalam kemalangan jalan raya.
.-= Kak Long´s last blog ..Cara Menyertai Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@Kak Long, kalau kematian / kehilangan dalam kes2 yang biasa, kita tidaklah berganda sedih seperti kes kemalangan ..kan Kak Long..
alhai teringat lak kemalangan yang dihadapi oleh maza sendir pada tahun lepas dlm bulan Ramadan juga. huhuhu
tak lama lagi menyambut anniversary peristiwa itu ler. huhuh pada september 11. (9/11) gitew.. huuhuhuu
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Di Kampung Cacing #2 =-.
@maza, 9/11? 11/9?
ehehehehe…. ada anibeseri juga ke? ada makan2 ke…hehehe
ke jemput nurse jelita saja π
@Kujie, kenduri arwah tak doa selamat aje kot. huhuhu
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing #3 =-.
@maza, erk! silap.. hehehe.. kenduri arwah dan doa selamat gitew.. hehehe
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing #3 =-.
satu benda yang saya takut semasa drive mata ni selalu terlelap dengan tiba2. solution, klau drive sy pastikan ade 2 co-pilot.heheh.lg satu sy suka bukak radio kuat2.btw thanks fer tips sis =)
.-= naz´s last blog ..Kornflakes 1Malaysia. Eh,konflik =-.
@naz, Kak Jie lebih suka memandu waktu malam dari siang hari..
salam..kepada rakan2 ingtalah orang yang tersayang..kalau bleh jangan memandu sendirian..bawalah teman
@imanshah, lebih kurang 2 minggu lagi nak sambut raya, mesti hari2 baca berita kemalangan…kadang2 rasa fobia nak biarkan suami ( isteri ) keluar memandu…tapi itulah kita berserah pada Allah selepas kita sendiri berusaha untuk mencegah dengan memastikan kenderaan kita elok, kesihatan yang stabil
pantang saya kalau memandu dalam keadaan saya mengantuk atau letih. memang saya amalkan dari muda lagi sebab diakui kecelakaannya lebih teruk. lebih teruk dari orang yang memandu mabuk!
sebabnya orang yang memandu mabuk tidak sampailah kejam mata kan?
turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga sepupu kakak. semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin.
@megat, satu lagi sebab, kurang kesabaran…dah bulan puasa ni sepatutnya kesabaran makin menebal tapi ramai yang kurang sabar di jalanraya…kalau kereta berderet tu..dia mulalah gelisah
ermm rancang perjalanan. tuh paling penting.. jangan letih/mengantuk tapi terus memandu.. periksa kenderaan (terutama tayar).. pakcik pnh sekali kemalangan akibat mengantuk dan 2 kali akibat tayar pecah..
.-= Uncle G´s last blog ..Lagu Raya Kembali Lagi =-.
@Uncle G, Tayar pecah, haritu baru kawan saya pesan, “ko bawa kereta laju-laju, kalau tetiba tayar pecah….” . Tak tergambar macamana jadinya, sebab takde pengalaman….
.-= samdaddycool´s last blog ..Advertlets – aku nak berpaling tadah =-.
@Uncle G, kadang2 masa tgh sedap2 memecut 120-130km/h terfikir juga keadaan macam tu..kalaulah..kalaulah… masa tu juga reduce speed
sangat sedih….bukan satu tapi tiga sekaligus.sudah takdir…
.-= rumah kuning´s last blog ..Kasih…. Sayang….Buktikan!!! =-.
@rumah kuning, kita yang dengar, orang yang menangung….
kadang kadang kalau tgh drive rasa tak sedap ati je,rest la kejap…
kekadang naluri ke-6 tu main peranan gak
.-= blowie´s last blog ..Merdeka 2009 β Dah merdeka ke kita ni? =-.
@blowie, kakjie,pasal flickr tu pun ade solution π
kakjie gi kat sini ;
http://www.flickr.com/account/prefs/photoprivacy/?from=privacy
Who can see your photostream? > Only you(Private)
lepas ni gambar live blogging takkan keluar kat flickr,kalo kakjie login je baru leh tgk gambar tu π
.-= blowie´s last blog ..Live β Bazar Taman Melati =-.
@blowie, terimakasih2…nnt kak jie pun nk buat tutorial , ada ramai pula yang bertanya mcm mana nk ber live blogging π
@blowie, betul tu…. percaya gerak hati ( intuisi ) π
kalau balik kg…adik mest berbual..xpun kami adik bradik bergilir2 berbual dgn abah..biar sape yg tgh memandu tu tak la mengantuk..
takziah utk kakjie..
.-= dilot´s last blog ..[rojak1] : domain hosting, artis johor =-.
@dilot, sepatutnya memang macam tu, tapi kadang2 org yg tak memandu pun lebih penat dari orang yang memandu…contoh bila balik untuk berkenduri kendara….
Ya Allah… tak tahu nak cakap, betapa sedihnya… harap dia bersabar menerima. Takziah.
@Mak Su, mereka cuma 2 beradik & adiknya juga meninggal dlm kemalangan jalanraya sebelum ini.
.-= kuina´s last blog ..Bawalah Daku Pergiβ¦β¦ =-.
Saya rasa…kalau boleh janganlah memandu jika terlalu letih dan lesu. Pastikan dapatkan rehat yang secukupnya…jika tidak..banyak nyawa yang akan melayang! π₯
.-= tekkaus´s last blog ..The Best Anti-Smoking Video Yet! =-.
@tekkaus, jangan hanya fikir nak cepat sampai…
tak bley bayangkan kalu saye terpaksa menempuhi saat kehilangan… huhu
.-= mrs azmi´s last blog .. =-.
@mrs azmi, kita tak akan kehilangan apa yang tidak kita miliki… π
kalau kita beringat tapi org lain tak, kemalangan masih boleh berlaku. jadi biarlah sama2 beringat.
selamat hari raya kakjie. eh eh. awl lg
@farah auckland, itulah namanya kemalangan, selalunya membabitkan orang lain…termasuk emosi yang terpaksa ditanggung.
uik..awainya….. lagu raya pun belum dimainkan kat shopping complex π
Salam takziah dari Tie.
Tentu rasa pilu di hari raya ni… Tie juga akan jalan jauh pulang ke Johor untuk beraya… Moga2 kami selamat semuanya.
.-= Tie´s last blog ..Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (part 1) =-.
@Tie, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. kemalangan di hari perayaan double triple sedih, kan..
saya selalu buat aktiviti dalam kereta seperti
1.salah seorang akan membac buku agama secara kuat supaya semua dengan
2. tanya anak-anak soal-soalan basic seperti rukun solat, rukun iman dan perkara-perkara basic dalam hidup yg mungkin kita rasa mereka tahu tetapi sebenarnya mereka tak tahu
Apabila ada aktiviti tak lah tinggal driver sorang sedangkan yang lain syook tidur..akhirnya driver pun boleh khayal dalam dunia sendiri…
@denaihati, samalah…tapi anak-anak Kak Jie ni dari kecik sampailah dah bujang2…masuk je dlm kereta..terus ZZZZzzzzz……… π
Sejak pernah terbabas kerana mengantuk, jarang teruskan perjalanan kalau dah mula terasa begitu tapi kita hanya boleh merancang.. π
.-= kruel74´s last blog ..RA + D : Buy a t-shirt to show your love =-.
@kruel74, bila kita dok kenang2 saat mcm tu, ngerikan..kalaulah…kalaulah…kalaulah…. π