Resepi

Sardin Roll bergolek

Menu petang ni yang saya ambil dari Jun . Setiap hari saya berbuka di masjid dengan keluarga dan biasanya saya bawa kuih ( atau kadangยฒ nasi dan lauk pauk ) ke masjid.

Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk

Cara Membuatnya

Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.

Filling
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perapan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.
sardinroll Cara Membuat Sardin Roll
Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
Letakkan filling di atas doh dan roll.
Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175C.

p/s – Jumaat lepas lalu GCE pergi Shah Alam, tak sempat nak jumpa Jun. Entah bila nak jumpa lagi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Sardin Roll bergolek

  1. rajinnyer jie..dah lama x buat ni..dok terasa2 gak nak makan tp bulan pose ni mcm x laku aje kue2..sume dok makan nasi aje..tunggu lepas raya plak la buat. jie lalu sini p sopping eh? x p…insyaallah ade rezeki kita jumpe ekkk….
    .-= jun´s last blog ..Vege soup with white egg drops =-.

    1. @jun, rajin apanya…….Jun tu hari2 masak best, rasa mcm nak pindah dok sebelah rumah je..hari2 tukar2 bekas, tapi saya bagi beehun goreng je hari2….hahahaha ๐Ÿ˜†

      pergi PKNS lah Jun, cari jubah..hehehe..kat situ je yg ade byk pilihan..tapi ‘rambang mata’ lah pula ๐Ÿ˜†

  2. setakat hari ini maza masih suka berbuka kat rumah lagi…. hehehhe

    bertemankan anak2 yg masih kecil dan melihatkan telatah mereka yang menghiburkan di hadapan hidangan….

    1. @maza, Masa anak2 kecil pun saya mcm tu…tapi kat masjid pun kami sekeluarga juga…rasa lebih akrab…bersama2 ke masjid anak beranak.

  3. Bestnya,…
    wah kak jie berbuka kat masjid ye.. bagus2..
    teringat masa belajo kat UiTM Shah Alam dulu.. setiap hari berbuka kat masjid.. BUkan apa.. dpt save bajet. mkn free kat masjid shah alam..

    1. @zool, Hari minggu lepas berbuka kat Masjid BB Bangi . Rasa selesa dan ‘lapang’ jer berbuka kat masjid. Makanan yang dibawa dari rumah tu cuma penambah saja sebab masjid memang sediakan makanan untuk berbuka.

      ‘lapang ‘ sebab kita makan cukup-cukup je…tak der berulang2 kalau kat rumah

Comments are closed.