Pengetahuan Am

Nilai estetik seorang isteri

Hujung minggu pertama di bulan Ramadan. Tentunya ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu sehingga Isnin ( 31/8/09) untuk keluar membeli belah membuat persiapan menyambut hari raya.

Semalam saya ke Komplek Shah Alam. Masyaallah……. sesaknya jalanraya . Itu baru pukul 3 petang. Ingat nak cepat, keluar dari GCE ikut Lebuhraya Persekutuan rupanya tersenggok-senggok di jalanraya . Kalau masak nasi pun dah jadi bubur.

Sesiapa yang merancang untuk keluar membeli belah sempena cuti 3 hari ini, berhati-hatilah.  Berjimat cermatlah dan merancang perbelanjaan dengan baik. Puasa adalah ujian untuk kita melawan pertembungan akal dan nafsu.

Kepada suami tercinta , janganlah merungut tentang keghairahan isteri anda bershopping kerana dia bukan melaram sakan untuk diri sendiri tetapi untuk seisi keluarga.

shopping2Siapa beli persiapan anak-anak? – Isteri!
Siapa beli persiapan suami ? – Isteri!
Siapa beli buah tangan untuk keluarga di kampung ? Isteri!
Siapa yang menyediakan kuih muih ? Isteri ( suami cuma bermanis muka menjemput kawan-kawan sepejabat dia saja)

Pendek dan panjang kata……..isterilah yang memeriahkan dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami teratur dan tersusun. Jadi apa salahnya anda berterimakasih atas perkhidmatan isteri tersayang. Semoga sambutan hari raya tahun ini anda dan isteri bertambah kemesraan, kasih sayang yang bertali arus ( seperti kesesakan jalanraya ) dan bunga cinta lestari berkembang mewangi menghiasi rumahtangga .

  1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
  2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
  3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
  4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri .. apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali). Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
  5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
  6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…?  Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap.
  7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai estetiknya termasuk nilai budaya dan nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bagi mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  8. Mata jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
  9. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangantersebut.
  10. PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.

Siapa yang malu…. kita dan keluarga kita !

*estetik – Ciri kecantikan atau kesenian yang terkandung dalam reka bentuk perkakasan dan perisian berbanding dengan ciri kegunaan – (DBP)

shopping

©Kujie – p/s- entri tahun lepas yang masih relevan untuk dikitar semula sebagai ingatan dan panduan para suami.

p/s 2 – Saya dan keluarga akan adakan kenduri di surau untuk majlis berbuka puasa dengan menjemput anak yatim, fakir miskin, mualaf juga ibu tunggal . Sesiapa yang berhampiran, datanglah sebelum waktu berbuka kerana kami juga adakan tahlil dan yassin sementara menunggu waktu berbuka

p/s 3 – Seperti biasa, adik beradik ipar duai akan berkumpul di rumah saya petang nanti. ( 11 adik beradik )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Nilai estetik seorang isteri

  1. Sinis dan tepat kandungannya. Saya angkat tanganlah dalam bab ni, suami-suami memang tak tahan pi shopping! so perkara2 yg disebutkan di atas berlaku. Tapi kita semua faham dan appereciate apa yg isteri-isteri buat, cuma the way kita sampaikan berbeza. Tapi bagus juga lah sekali-sekali nasihat di atas kami amalkan. Sapa tak sayang bini? Bini merajuk, susah juga si abang. 😛
    .-= Ismail N´s last blog ..Ramadhan =-.

    1. @Ismail N, kalau dah ikut tip2 seperti di atas tu pun dah cukup baik…kiranya sokongan moral 😆

      Bini merajuk bersahur air kosong dengan kurma sajalah 😆

    1. @Zymazara, 11 adik beradik + adik kak jie seorang . Kesemuanya hampir 40 orang….tak perlu jemput orang lain dah ramai 😆

      langsir purple cuci 😆

    1. @Hafizd, tips ni boleh diamalkan setiap masa..tapi memandangkan sekarang musim orang bershopping sakan, kita berpesan-pesan 😆

  2. Suami sengaja jee kadang berdiri kat depan pintu kedai supaya isteri cepat buat keputusan barang yang nak dibeli.. hehe sebab selagi dok sebelah selagi tulaa.. dia dok membelek dan mintak pendapat.. tak berkesudahan kekadang.. jadi wajarlah suami pi depan pintu kedai agar isteri terus dapat buat keputusan kerana ditangan ada 10 barang lagi yang perlu diberi.. dah melebihi waktu kecederaan pulak tuh.. 😀
    .-= nuaeman´s last blog ..Oh! Ayat-Ayat Cinta.. =-.

    1. @nuaeman, sebab tu lah suruh ubah sikap..hahaha…setahun sekali apa salahnya biarkan isteri bebas dan berikan dia ruang dan masa 😆 bukan utk diri sendiri tetapi utk mereka dan keluarga mereka… 😆

      1. @Kujie, Baik kak jie.. 😀 tahun ni special skit.. pegi beli apa-apa sorang-sorang jee isteri ngan anak-anak tinggal kat umah atau duduk dlm kereta jee..
        .-= nuaeman´s last blog ..Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia? =-.

  3. Asalamualaikum

    Anakanda nak melayari laman blog pakcik pun bulan puasa ni letih, kemudian kita dilahirkan dizaman kesibukan lagi lah letih.jadi biarlah pakcik yang tua ni beralah datang mengunjungi anakanda yang dikasehinya.
    Pakcik nak bagit tahu kujie satu rahsia mengenai wanita, tapi kujie jangan beritahu orang lain nanti pakcik kena marah. Rahsia isteri ni jangan dimarah walau pun kesalahannya senyata nyata nyata tambah lagi nyatanya. dia susah nak menerimanya. Kedua isteri ni pantang dipuji, kalau dipuji boleh koyak mulutnya tersenyum lebar, jadi sang suami nak apa ? nak manis
    ke nak masam, tepuk dada tanya selera.

    Jangasn marah anakanda nanti pakcik tak mau datang lagi, terima kaseh salam hormat.

  4. Tu laa… memang bertuah punyai isteri yang serba tau ni… para suami kena hargai laa, he he.. :mrgreen:
    .-= Tie´s last blog ..Bingkisan dari Jauh =-.

  5. 😛 kira tips tuk para suami nih…jun dah abis soping jie, bukan ape taknak bersesak2..lg pulak mcm2 virus menyerang la ni, hehe..
    opps! dah kaler ijo…langsir pepel basuh ek jie?
    .-= jun´s last blog ..Siakap sweet n sour =-.

    1. @jun, Jie mcm tak buat apa2 persediaan pun… entah macam kurang je..belum terfikir pun

      ialah jun, langsir pepel nak guna raya nnt 😆

  6. haha…betul tu..
    xde seri hari raya tanpa seorang isteri…

    🙄
    .-= Azah´s last blog ..Second attempt. =-.

  7. Selalu kena cubit dengan isteri kerana sales girl main mata, salah saya ker? :mrgreen:
    .-= haritz´s last blog ..Kursus Crystal Report =-.

  8. Hohoho!
    Tips n tricks yg best.
    Caiyolah kak jie. :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Ulat Bulat =-.

  9. hehehe nak print la entry ni pastu suh husband baca…… mesti tersengih si dia hihih 😆

  10. setuju dengan apa yang kak jie gambarkan. macam saya selalu jadi QC je. klu pilih yg benar-benar perlu, siap ada perbincangan ringkas setiap kali membeli belah.

    1. @tekkaus, pastikan kad plastik anda aktif atau ‘kertas berqualiti tinggi cop kepala agung’ tebal dalam wallet

    1. @Kak Long, PKBS tak sesak Kak lOng, Lebuhraya Persekutuan yang sesak teruk.
      Saya selalu masuk NKVE ikut Subang, tapi terpaksa ikut GCE je

      Kat rumah tak masak, kami masak kat surau sebab ada program dari petang…. meraikan jemputan..anak yatim, org miskin, mualaf dan ibu tunggal..

      seekor kambing …Kak LOng datanglah

      1. @Kujie,
        Alhamdulillah…ada rezeki lebih berkongsi dengan orang yang memerlukan.
        Semoga diberkati.
        Terima kasihlah atas jemputan itu.
        Kak Long dan adik-beradik pulang ke kampung jengok ayahanda.
        .-= Kak Long´s last blog ..Menjelang Hari Kemerdekaan =-.

  11. entry kali ni banyak nasihat utk orang yang dah kahwin jee.

    orang bujang macam saya ni enjoyy dlu 😛
    .-= blowie´s last blog ..Repost : Kenangan Zaman Dulu Dulu =-.

      1. @beliamuda, owh..maksudnya bila dah sampai waktu nanti, dah xpert lah gitu…tak de la masalah berbangkit.. hehe 🙂

    1. @blowie, orang bujanglah yang dah mula kena belajar. nanti xdelah kekok sangat dan mungkin terkena kejutan budaya ha3

Comments are closed.