Golden days come and go
There is one thing I know
I’ve still got the blues for you
Berita sensati apa yang best sepanjang minggu ini?
Hari ini hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan . Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah telah menyerahkan borang masing-masing . Seronoknya jadi pengundi di MU, ada pesta.
MJ? Michael Jackson.
Saya percaya ramai dari kita sedang menunggu kesudahan pengkebumian jenazah Michael Jackson. Kalau benar beliau seorang Islam sepatutnya umat Islam di sekitar atau masyarakat di kawasan yang terlibat membuktikan tanggung jawab fardu kifayah itu.
Sementara itu Syamantec Corporation memberi amaran berhati-hati dengan kiriman e-mel yang dihantar daripada alamat pengirim yang menggunakan nama bekas Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Virus W32.Ackantta.F@mm di kesan pada e-mel spam yang dihantar menggunakan tajuk `Remembering Michael Jackson’ dan disertakan fail lampiran `Michael song and picture.zip’.
Kemaskini perisian antivirus komputer anda!
Emas?
Selepas Mersing, riuh pula kisah emas yang dijumpai di Kampung Jelutong, Pendang . Baru bercadang nak balik kampung mendulang, belum sempat beli kuali ( nak jual kuali tepi kuari ), Jabatan Mineral dan Geosains dah mengesahkan ketulan yang didakwa itu hanyalah ’emas bodoh’ – [link]. Terpaksalah saya tinggal lagi di Lembah Klang mengali ’emas cerdik’.
Ini lagi berita sensasi.
Hari Selasa minggu lepas berduyun-duyun kereta polis dan bomba memasuki perkarangan sekolah anak saya – ada murid nak terjun dari bangunan sekolah kerana nak bunuh diri. Tak perlulah saya beritahu sekolah mana. Gossip bertebaran mendakwa pelajar perempuan tingkatan 4 tersebut putus cinta, ada gangguan seksual, mengidap penyakit kronik – mana satu saya pun tak tahu. Bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku dan semoga segala masalah yang menyebabkan gangguan fikiran anak gadis ini dapat diselesaikan.
Ada lagi berita sensasi? Jom kita kongsi ( jangan mengumpat sudah )
©Kujie ~ saya beli domain baru, kujie2.net dengan serverfreak tapi belum fikir nak buat projek apa.
😳
ok.. sape2 yang bawak pulang emas bodoh.. atau dalam bahasa ingelis nya fool’s gold… boleh la bawak pulang sebagai cenderahati.. namum.. banyak kegunaannya sebenarnya emas bodoh itu… dalam bahasa saintifiknya fool’s gold ialah ferum sulfide FeS2. kegunaan nya ialah.. boleh dijadikan pemetik api.. hhoohoho.. boleh digeselkan kat besi lain ia akan mengeluarkan percikan.. selain itu ia boleh digunakan sebagai pecahan produk kedua untuk menghasilkan asid sulfirik.. digunakan dalam air beteri..
gunalah sebaiknya… untuk keburukan.. wahahahahhaha…
macam² kisah berlaku dalam masa seminggu ni.
hari² berlalu dgn pelbagai kisah.
have a nice day mama! 😉
.-= fiezabaiduri´s last blog ..Insan pemaaf bebas sifat buruk sangka, dendam =-.
@fiezabaiduri, same goes to u Bai
epi bufday!
wah macam2 cite ek..
.-= zamz´s last blog ..Malaysia VS Manchester United ~ 18 July 2009 =-.
@zamz, berminat dgn yg mana? 😆
Ini bukan berita sensasi tapi berita ngeri… kat Malaysia dah 434 orang kena Selsema babi. makin hari makin meningkat… jadi kita semua kena berhati2lah.
Teringin nak amik domain sendiri tapi setakat ni blogspot belum buat hal lagi….
.-= TokNabe´s last blog ..Selsema Babi Semakin Merebak =-.
@TokNabe, jiran sy pun ade, anak buah dia..skrg ni kena berkurung…
citer pasal emas tu sampaikan tv3 buat coverage….refer ngan tukang emas lagi….
.-= kisahsensasi´s last blog ..RAMBUT mampu PIKAT wanita =-.
@kisahsensasi, emas mmg sentiasa menarik perhatian
haaa, kak kujie. saya tau sek mana. sebab salah sorang guru di situ kawan saya, ehe.
@hayad, dia org ni pun tau..sbb kt tempat kak jie ade satu je sek. men
hehe…
alahai….dah siap bawak kereta sorong dah nak angkut harta emas
sekali emas tipu da….Ooops!!
haha..sian diorang
.-= KampungBoy´s last blog ..How to Remove PayPal Access Limit =-.
@KampungBoy, amboi..dan dan tu dia
😉 macam2 berita sensasi. Ada yg sedih ada yang best ada yg menseronokkan.. macam2 ada..
.-= yati´s last blog ..mendaRaT =-.
@yati, itulah kehidupa..sebenarnya banyak lagi..tapi mcm murut murai pula nk cerita semua 😆
Uwaa…. macam2 berita ada, kih kih… 😛
Kisah emas tu, hmm… kesian gak orang2 yang susah payah buang masa dan tenaga menggali…. dapat arang je, hehe.. Sabor aje laa…
.-= Tie´s last blog ..Siput oh siput =-.
@Tie, rebutan tu tie..sapa tak suka emas
kalau tak pergi, nnt org lain kaut habis
ingat nk p gak mendulang tp bila kira kuali lebih mahal dr emas cansel.
.-= kuina´s last blog ..MOOD 2DAY =-.
@kuina, sbb tu aku bercadang nk berniaga kuali je…. 😆
Sian kat orang2 Pendang. Potong stim ja berita emas bodoh tu. Tapi elok jugak depa tau awai2, kalau tak nanti ada pulak yang kecewa terjun bukit tu.. hikss 😯
Amboi beli tapak baru, maju selangkah lagi ni Kak Jie 😎
.-= iza´s last blog .."Tikus"ku nazak… =-.
@iza, adik kak jie ade kt Pendang tu..ingat nk le juga p menumpang senang..hehehe 😀
belum buat apa2 lagi dgn domain baru tu..beli siap2 takut terlepas
Ad kucing beranak di belakang rumah saya dan yang sensasinya dia baru 8 ke 10 bulan, kira ada orang nak Twitterkan cerita ni tak? 😯 tapi part lagu still got the blues tu yg best tuh. Terus terngiang bunyi gitar dia
.-= kruel74´s last blog ..The ad guy bloggers at PJ Challenge Bloggers ‘K’arnival =-.
@kruel74, ibunya baru 8-10 bulan..uik…sensasi tu..mengandung bawah umur 😀 apa undang2nya?
kena sebat mandatori tak?
hehehe 😀
MJ akan dikebumikan secara islam. Cuma media barat ni je pandai2 buat propanganda.
Wah.. Beli domain baru.. Senang je.. Yang .net tu buat je koleksi resepi.. 😀
.-= GM´s last blog ..Carlo Riley Klon Michael Jackson? =-.
@GM, resepi..tak rajin masak le..setakat copy paste..tak best
semalam kak tie citer budak popuan telan panadol..nak bunuh diri..hari nie kes lagi best..nak terjun bangunan..
budak2 skang nie mmg suka buat benda tak pk panjang…
’emas bodoh’ tu..saya tau pagi tadi tengok MHI…hahaha..tipah tertipu..
.-= izzah´s last blog ..Berniat Dengan Baik dan Ikhlas =-.
@izzah, itulah..baca gak kt blog Tie..budak2 skrg…. advance betul cara mereka..naik pening kepala mak bapa dgn cikgu2
eemmm..kak jie sempat beli pisang emas je 😆
Takde apa yang menarik kan minggu ini! Kecuali percalonan plihan raya. Tetapi saya rasa BN akan kalah! 😐 yeah! MJ akan dikebumikan tidak lama lagi. Hmm…saya rasa kemungkinan besar beliau akan dikebumikan mengikut adat istiadat Islam. 😀
@tekkaus, uik…dah jadi nujum. ttg Mj tu, kita tunggu dan lihat
cerita sensasi dari maza, ..
dah lama si Kujie tak jengah ke Gubuk Kecil Kembara Jalanan.. huhuhu
:((
@maza,
Jie tu bukannya tak nak singgah… Pintu rumah Maza sentiasa terkunci, macam mana nak masuk !! Tu laa… suruh tukar ke wordpress , jual mahal… kan pelanggan dah lari, ekekeke….
.-= Tie´s last blog ..Siput oh siput =-.
@Tie,
uiks! pondok kita dah wokey la.. dah boleh disinggah dah. waema maklhuk asing, kecuali virus is not welcome.. huhuhu
@maza, maaf la maza….loading time blog awak sangattttt lama
salah satu sebab pengunjung berkurang , loading time
sy tak pasti script apa yang yg awk gunakan yg buatkan blog awk berat
@Kujie,
uiks.. den pakai skript biaso jo.. script seniman bujang lapok…… huhuhu
erk! script tu binatang ape ek? huhuhu
den memang ketinggalan bab2 mcm nie.. heheheh
.-= maza´s last blog ..Geruh Di Bilik Gerakan Dua =-.
@maza, ade widget yg kita pasang kt blog, kadang2 code dia dlm bentuk script
mcm2 cerite sensasi ni!!! kak jie emas bodo tu camne ek?? bule plak di kategori emas bodo. err emas yg kite slalu pakai ni cerdik la ek??? hihihih
.-= Elyn´s last blog ..Kolam Pelestik Wafiq!!! =-.
@Elyn, entah lah elyn..kak jie belum sepat pergi mendulang …kalau sempat boleh gak kak jie publish kat blog..hahaha
emas kita pakai 916 tu emas cerdik le tu….
Kak Jie, rupanya bukan emas ek. 1 gram emas pun dah berpuluh2 ringgit harga dia. Mesti la orang cari.
.-= Dr House´s last blog ..Tengku Temenggong Kelantan tuntut hutang hampir RM1 juta dari Manohara =-.
@Dr House, biasalah…..mcm sutera juga
ada suter cina, sutera italy….emas pn ada mcm2 grade la juga kot…tapi kelakar juga bila sebut ’emas bodoh’ 😆
kak jie.terima kasih for d information. dpt email fwd ttg MJ tu..xbukak lagi. tak tahu apa isi dalam..sebagai precaution, saya delete sudah..
nway..ttg budak sekolah tu.sangat sedih bila dia tak mampu nak pk panjang n tak terkenang ke mak ayah yg slama ni xpenah henti sayang dia.
untuk perempuan, jangan buat benda bodoh sbb lelaki.takde faedah pun ~
.-= woodstacker´s last blog ..fmb18- hati akal nafsu berbicara, beradu kata =-.
@woodstacker, ooo..dah dpt ke email mcm gitu?
jgn fwd kt kak jie udah le…heheh
sebenarnya kak jie pun tatau cerita sebab dia nak terjun bangunan tu…. anak kak jie ckp, cikgu tak bagi keluar kelas, pintu kena seal…heheh..cikgu ckp..sapa keluar, nnt tak dpt A
Salam kak jie,
Aduhai, sedih su bila baca kisah budak sekolah tu. Kecik-kecik lagi dah dapat tekanan sehingga nak bunuh diri. Moga ada yang membantu, bagi nasihat dan tunjukkan jalan penyelesaian pd dia.
.-= suara´s last blog ..Untukmu Wanita… =-.
@suara, masalah remaja zaman skrg….
dulu ada kawan sekelas saya di sekolah rendah panjat tangga tangki air, juga mahu bunuh diri…alhamdulillah guru besar berjaya pujuk~sebelum panggil bomba dan polis semua..
memang trend ke?
@aishah, semalam baca kes cubaan bunuh diri , masuk laut..sebab baca sm asmara dalam hp teman lelaki…
singkat sungguh cara berfikir
trend?
mungkin juga kot..mcm kes org mengamuk, rogol bersiri, ragut – kes semusim
kak,
ada baca metro semalam? pasal org kena cerai pasai buat air tak cukup gula (padahal bagus kurang gula)? aduih sensasi tapi kurang liputan, kena lindung dek berita MJ
http://tangsibiru.blogspot.com/2009/07/talak-express.html
.-= AyKay´s last blog ..Talak Express =-.
@AyKay, baca. ..tapi kak jie dah pernah buat entri – perangkaan penceraian di Malaysia…tak nak buat entri mcm gitu lagi..hehehe
banyak juga berita sensasi ni ya…tu lah ingat nak siap2 ke kedah ni nak cari emas….pakcik kayo kalau jumpa emas…
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, baru bercadang nk blk….berniaga jual kuali…
kak kujie beli domain tu kat mana? bape harga?
ada projek gak nh… 😀
@shay, kat serverfreak
kak jie mmg guna hosting serverfreak. domain tu rm 40 tanpa hosting sbb hosting kujie2.com boleh addon domain 2.
tapi kalau dot.com.my @ dot.net.my – rm 100
@Kujie, boleh tahan juga yerk harga dia… tapi kita tak faham sangat la antara domain ngan hosting ni, kak kujie boleh tolong terangkan tak… kalau boleh nak tahu dengan lebih lanjut lagi…
.-= shay´s last blog ..BLUR… =-.
soklah maner karr itewww.. aiyooo
.-= en_me´s last blog ..getting the best seat on the plane =-.
@en_me, sekolah tmpt tinggal kak jie la me… 😆
ikut jejak kongsiblog erk….ada dua nama 🙂
.-= kita´s last blog ..Apa Dah Jadi Dengan Pakatan Rakyat =-.
@kita, dah lama fikir sebab hosting kak jie boleh 2 domain ( addon domain )
menyesal pula tak beli awal2 ..dulu kujie2.com.my masih ada, skrg ni dah jadi milik org….kujie2.net saja masih ada
rupa2 ade harga juga kujie2 ni.. 😆
hi kak jie! lame sungguh tak menjengah kat cni have a nice day kak!
.-= mrs azmi´s last blog ..farewell party~ =-.
@mrs azmi, iyelah…kita masing2 sibuk dok cari ’emas cerdik’ 😆