Ini Susu, salah seekor kucing yang datang ke rumah dalam keadaan yang sakit teruk. Badan yang kurus dan sakit mata yang serius.
Itu sebulan lepas, sekarang Susu dah tall, dark and handsome
Sekarang dah sihat …dah gebus gebas dan comel. Sebelum ni, seksa sungguh bila tengok keadaan anak kucing ni yang sakit mata yang amat teruk, selesema dan sakit mulut.
Sepanjang 3 minggu merawat kucing yang sakit mata, saya gunakan ubat mata khas untuk haiwan iaitu ILIUM OPTICHLOR. Ubat sakit mata untuk kucing ni saya beli di klinik haiwan. Harganya RM 20.
Ubat ni agak mahal berbanding ubat lain tetapi alhamdulillah mata Susu yang sakit teruk dapat pulih dengan cepat.
Selain letakkan ubat mengikut sukatan yang betul, kita kena kerap lap dan bersihkan mata kucing yang sakit. Bersihkan hidung dan telinga juga kerana mata, hidung dan telinga sering berkait.
Selain ubat mata,ubat susut bengkak Beazyme, saya bagi setengah biji 2 kali sehari. Untuk selesema pula, bagi setengah biji Marbovitryl Fd sehari sekali.
haha..comel je tang ekornya…tapi camna nama dia susu kalau tubuh bak kopi..heran den..haha
kucing saya pun sakit mata jgk, nak try lah ubat ni. harap-harap sembuh
alhamdulillah sudah sembuh 🙂
tahu tak kalau kucing ada luka berlubang dekat badan.. kadang-kadang sembuh, kadang-kadang luka tu timbul balik..tak tahu nak ubat macam mana
Kucing kalau sakit mata yang teruk. Sampaikan mata pun melekat dengan tahi mata.
Boleh dicoba ne produknya hhe…
ingat mata merah macam manusia..nanti berjangkit haha…boleh apply m.c..xboleh merayau ke luar..lg rare pakaikan spec hitam
get well soon kucin