Saya terima beberapa email bertanya status terkini Jalan Felda Aring – Kenyir. Mungkin disebabkan blog ini banyak mengupdate mengenai status jalan tersebut, maklumlah jalan ini adalah laluan utama suami saya berulang alik setiap 3 minggu. Bukan suami saja, malah anak sulung saya pun berulang alik KL- Hulu Terengganu menggunakan laluan ini.
Disember 2014, jalan tersebut mengalami beberapa runtuhan dan mendapat yang menyebabkan Jalan Aring – Kenyir ini ditutup kepada semua kenderaan, Rujuk entri saya terdahulu di sini – Status Terkini Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir
Gambar ini diambil pada 19/1/2015 – kerja-kerja membaiki laluan Felda Aring – Tasik Kenyir sedang dilakukan.
Status terkini jalan Felda Aring – Tasik Kenyir ( Jalan Persekutuan FT 185 ) telah dibuka kepada laluam pada 10 Februari 2015, 12 tengahari.
Kenyataan media mengenai pembukaan semula Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir.
Gambar terkini laluan Felda Aring – Tasik Kenyir daripada sumber Twitter Jkr Terengganu.
Nota : Untuk maklumat terkini status jalan di Malaysia, semak di Portal Rasmi JKR – http://www.kkr.gov.my/ms atau http://bencanaalam.jkr.gov.my/v2/
keren jalanya lebar gitu
tengok gambar gaung tu mengerikan
ni sebab effect banjir besar hari tu ke kak? teruk juga ni..
kesan dari banjir ke nie..?
tak pernah lalu jalan ni lagi kak… tapi dari entri ni saya dapat dengar nama felda aring. sebelum ni tak pernah dengar …
alhamdulillah semua kerja2 sudah siap dilaksanakan…
Alhamdulillah..dah siap dah rupanya. Moga tiada apa2 masalah dgn jalan baru ni. Moga memudahkan org ramai untuk menggunakan jln ni. Nampak Teruk jugak runtuhan tu ya..
walaupun pakcik saya kahwin dengan orang felda aring..tapi saya tak pernah lalu lagi jalan nie..semoga cepat dibaiki untuk memudahkan perjalanan
Hari tu masa nak balik dari Terengganu memang ada cadang nak ikut jalan ni sbb dah pernah lalu dah sebelum ni. Sib baik wife ingatkan pasal tanah runtuh, jadi memang tak lalu.
Time cuti tahun baru cina.
Alhamdullilahh… tuk kemudahan di masa hadapan tuh…
alhamdulilah dah siap baik pulih memudahkan orang ramai
tak sangka laju juga diaorg buat keja.. mudahla lps nie.
kadang kadang blog kak kujie dah macam berita terkini pula, tetapi x pa, asalkan ada originality.. 🙂
Lama betul tak ke sana. Dulu sewaktu bapa saudara bekerja kat Kuala Berang, memang cuti sekolah jer, sanalah kami berkumpul 🙂
mujur cepat di perbaiki, kalau tak sesok lerrr
Boleh tahan juga kerosakan yang dialami. Harapnya tiada kejadian malang yang berlaku. Berwaspada sentiasa.
teruk jugak dia punya rosak hari tu yer..dah macam gaung pun ada..
Cepat betul JKR buat kerja. Bagus. Sebab tu jalan utama. kena fokus siapkan yang tu dulu
sudah semakin siap..bila siap memang memudahkan orang ramai..
alhamdulillah, sudah hampir boleh digunakan.
Sudah buka laluan. Mudahlah.
terima kasih info nya sangat bermanfaat 🙂
fuhh,,
dah nak dekat siap dahh..
bagus. bagus.
cepat sekali pekerjaannya Kakjie memang kalau jalan seperti ini perlu cepat diselesaikan karena vital sekali untuk transportasi
Dah siap repair rupanya. Cepat jugak mereka buat keje.
teruk juga ye runtuhnya..
salam perkenalan kak & jemput ke blog nana 🙂