Iklan Raya Petronas 2014 Menggamit Kenangan Lama
Peribadi

Iklan Raya Petronas 2014 Menggamit Kenangan Lama

Iklan Raya Petronas 2014 – untuk koleksi iklan raya petronas yang lain , sila klik di sini Koleksi Iklan Raya Petronas

Semua di dalam iklan Raya Petronas 2014  ini ada kenangan yang sangat hampir dengan kehidupan saya.

  • Kentang, bawang, kelapa, kerisik, daun palas, buluh lemah memang berterabur kat dapur.
  • Tangkap ayam kampung.
  • Main bunga api batang besi
  • Bila dah berkahwin, balik kampung susun tilam dan toto untuk tidur. Adik beradik saya 8 dan adik beradik sebelah suami 11. Bayangkan bagaimana bila semua berkumpul.

malam raya

Secara tradisinya sejak tahun lepas, saya akan balik ke kampung malam raya selepas selesai majlis bersama jiran tetangga. Kami adakan takbir dan doa selamat di setiap rumah jiran yang ambil bahagian.

Maklum suami sering kerja luar daerah, peluang sangat terhad untuk bersosial dengan jiran tetangga.

suasana raya

Pagi raya di kampung, sebelepas solat surat hari raya, kami akan berkumpul. Dengan adik beradik segerabak, bukan mudah untuk tunggu semuanya bersiap. Nasib kat kampung ada 3 bilik air. Orang terakhir yang mandi, air kolah dan tinggal seinci. 🙂

Secara tradisinya sejak dulu,  ada tazkirah di pagi raya diikuti bacaan tahlil untuk ahli keluarga yang telah tiada dan doa selamat.

bersalaman di hari raya
Kenangan Raya 2012

Selepas itu sesi bermaaf maafan. Dimulai dengan yang paling tua di ikuti semua anak cucu.  Waktu ini juga edara duit raya di lakukan.  Seronoknya budak-budak.

Gambar raya tahun 2000
Gambar raya tahun 2000

Kemudian, susun untuk bergambar. Riuh sungguh masa ni. Dah susun keluarga ini, ada keluarga lain pula yang tercicir. Dah bersedia semua orang baru terjerit-jerit yang  masih kat dapur.

Gambar tahun 2000, waktu ini arwah bapa masih ada.

gambar raya

Zaman dah berubah… semua tak sabar nak berkongsi di laman sosial!

raya di kampung

Kemudian berkonvoi adik beradik menziarahi rumah saudara mara. Biasanya melawat saudara yang lebih tua – pakcik makcik.

 

raya 2009

Yang muda tekun mendengar kisah pengalaman dan pengajaran dari warga senior.

hari-raya-di-perantauan


Kami pernah juga pernah menyambut hariraya bersama secara webcam  selepas terpisah sejauh 10,500 kilometer.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Iklan Raya Petronas 2014 Menggamit Kenangan Lama

  1. Iklan hari raya tu memang menggamit emosi dan mood untuk berhari raya. Sapa2 yang berkeluarga besar confirm meriah lah berhari raya bersama-sama nanti.

  2. Meriahnya beraya di kampung. Bila ramai2 berkumpul acara setahun sekali memang seronok. Yang kecik dapat duit raya dan yang besar plak bertukar2 cerita kenangan lalu. Memang nostalgia kenangan ni.

  3. rindu nak pasang langsir kat kampung..

    ini benar2 dekat juga dgn saya…

    iklan2 sebegini harapnya dapat sedarkan kita yg tiada yg utama selain meluangkan masa yg benar2 berkualiti bersama keluarga…

  4. Inilah erti raya yang sebenar. Kemenangan terhadap hawa nafsu.

    Dan kembali bersilaturahim.

    Seronok tengok gambar sambutan raya ni

  5. Tetiba rasa sebak pulak….rasa nak balik kampung datang membuak2 walau pun kali ini hanya 380km saja.

    1. tau tak pe..bila terjadi tragedi mcm ni, terus contact abang, contact angah..rasa nak semua family berkumpul bersama….

Comments are closed.