Seperti yang diceritakan pada entri lepas, kami sekeluarga ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang ‘silent reader’ blog saya yang kebetulan bekerja di tempat yang sama dengan suami dan anak sulung saya.
Tiap kali saya ke HTP ( Hulu Terengganu Project ), Nazrul kerap bertegur sapa dan mohon untuk menulis semua aktiviti kami di blog. Contohnya apabila kami sertai makan malam semua pekerja, dia berkali-kali pesan… nanti blog ye.
Saya tak pernah pun hebahkan saya seorang blogger, rasanya dia terjumpa blog saya bila mencari info mengenai Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu kerana ramai yang menghubungi TNB sebagai pemilik projek selepas membaca blog saya.
Saya je tak pernah terbitkan di blog mengenai hal-hal seperti itu, tetapi untuk kali ini sempena hari istimewa beliau saya terbitkan entri khas untuk ‘silent reader’ yang tak diam pun…riuh je dia. hihihi
Selamat Pengantin Baru Nazrul Faris Nor dan Nor Asbahadhiah.
Gambar dari hp suami, hp saya dah habis bateri dok buka Waze dan Google Map cari lokasi nak ke Kampung Badang, Pantai Cahaya Bulan.
Bagi orang luar yang tak biasa ke majlis kenduri di negeri Kelantan dan Terengganu mungkin akan terkejut melihat perbezaan budaya majlis mereka. Nasiblah saya dah biasa ke majlis kenduri perkahwinan di Terengganu yang tak jauh bezanya dengan di Kelantan.
Perkara pertama yang kita akan terkejut adalah susunan ruang makan. Biasanya ada 2 khemah yang didirikan di depan rumah di bawah redupan pohon rambutan dan 2 meja hidangan. Satu untuk lelaki dan perempuan. Yang membezakan dengan majlis yang biasa kita hadiri di Lembah Klang, hanya kerusi disediakan tanpa meja makan. 4-5 majlis yang pernah saya hadiri, beginilah caranya. Mungkin ada kat tempat lain keadaan berbeza.
Selepas ambil makanan yang disediakan secara buffet, duduk sana di barisan kerusi dan makan tanpa ada meja. Ruang khemah tak perlu luas.
Pertama kali alami keadaan macam tu rasa pelik juga… macam makan kat majlis harijadi.
Nota : Kena pastikan kad jemputan adalah majlis kesyukuran atau majlis perkahwinan – kalau majlis kesyukuran, tuan rumah tak akan terima ‘sumbangan’ sewaktu bersalam,
Pengantin yang sudah tidak silent
Di Kelantan ada kategori kenduri rupanya
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan sampai ke syurga. Amiin.
Waahh belum pernah lagi merasa dan meraihkan perkahwinan di Kelantan. Harap2 hujung tahun ni merasala pergi ke perkahwinan staf saya…
semoga berbahagia dan kekal sepanjang hayat..
Alhamdullilah dah lepas selamat pengantin baru silent reader kak kujie
selamat pengantin baru kepada pengantin.. boleh pulak jumpa silent reader yerrr… heheeee~
salam kak ji, site ni sangat menarik. TAHNIAH. sifu mintak komen, maaf
salam kak jie.salam perkenalan…saya ni banyak sedara kat pantai timur tapi tak ada kesempatan pun nak pg majlis macam tu…
yup…walau sehari tapi bermakna .. yela bukan mudah nak jadi raja ni.hehhe.. selamat pengantin baru…Semoga berkekalan hingga ke anak cucu…..muah20x…. sayang semua..
Hai kak g..salam perkenalan dari saya SKSiasahkini
tahniah kak kujie…semoga berbahagia..
seronok sangat klu kenduri di kelantan, teringat masa hantar sepupu kahwin di bachok,,
Terbaikk kak jie…banyak berjalan luas pengalaman bertambah rakan…Selamat pengatin baru kepada pasangan pengantin..
wah… bestnyer…orang umah saya pun orey kelatey…memang berbeza sangat …bereehh
Salam kak jie…
Salam perkenalan dari ila =)
Selamat pengantin baru kepada silent reader kak jie =)
hai kak jie, selamat berkenalan. saya student tuan wan mus
haiiii kak jie semoga berbahagia
Seronok berkunjung ke kenduri kahwin, inilah masa nak bertemu saudara mara dan sahabat handai, bukan selalu berpeluang nak jumpa kalau tiada hal.
salam… tahniah semoga kekal hingga ke anak cucu
La..tak ajak pun haha..Selamat Pengantin Baru,..OHsemmm
Wah comel pasangan sejoli tu….Memang best tengok pengantin baru ni… teringat masa muda2 dulu hehehe.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat……
Selamat pengantin baru
Salam…
Wah, lame x gi jejalan kat kelate…
Ape2pun, barakallah…
Selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke syurga =)
wahh bestnya..jalan2 lagi..jelez i tau.. apa pun Selamat Pengantin Baru.. semoga bahagia hingga akhir hayat
Macammana makanan sunnah boleh ade kat sini gak? 😛
Selamat pengantin baru khas untuk sdr Nazarul Faris & Noor
Tahniah moga kekal hingga akhir hayat
Salam, sy x pernah g kenduri belah2 Kelantan ke, T’ganu ke..First time dengar..
Tu la kata org ‘jauh perjalanan luas pengetahuan’..
kalau saya sendiri lebih sukakan kenduri di terengganu &kelantan..bhgian kaum adam &hawa berasingan,,so,lebih secure kot untuk kaum hawa..selamat pengantin baru for silent reader!!!
bertuahla pengantin.. kak jie datang rumah dia
Selamat Pengantin Baru untuk saudara ‘Silent Reader’..semoga kekal hingga ke akhir hayat..
Seronok dapat berjalan tempat orang dan tengok budaya mereka..buat saudara Nazrul..Selamat Pengantin Baru diucapkan..
Kadang-kadang tu, tuan rumah dah ada sediakan khemah untuk lelaki dan perempuan tapi ada jugak yang tak nak ikut law tu sbb tak nak terpish dengan pasangan masing2..
ada informasi dalam cerita. tahniah dan terima kasih, kak jie, kerana berkongsi… 😉
Kata orang, jauh berjalan luas pandangan banyak pengalaman
Assalamualaikum,
Cara kenduri di kelantan juga masih berbeza ikut kawasan.
Ada tempat, tetamu wanita masuk makan dalam rumah, yang lelaki makan bawah khemah.
Sebab itu mereka akan pakat sesama jiran tetangga sejantina pergi kenduri, sebab masa makan nanti terpisah kecuali ahli keluarga terdekat.
Waalaikumsalam. .. betul tu. Kenduri di kampung Kak Jie di Baling Kedah mmg macam tu. Kaum perempuan masuk dalam rumah tapi skrg semua makan di khemah. Cuma dalam grup kaum perempuan tak bercampur dengan lelaki.
Kat bandar saja yang datang sekeluatga makan sesama keluarga.
bertambah lagi ilmu dan pengetahuan… terima kasih kak jie
untuk pengantin silent reader “selamat pengantin baru”
Kak jie pun rasa sgt beruntung dpt tahu dan alami prngalaman mcm ni…
huhu..mcm tu la kenduri kat klantan..apa2 pun slmt pgntin bru
Pengalaman berbeza budaya berbeza
Kira macam makan buffet lah ya ambil makan dan duduk kat kerusi sambil pegang pinggan. Belum pernah jumpa majlis kawin macam ni.
Ye… buffet tak ada meja, makan sambil pegang pinggan. Ada juga yg berkhemah ada meja
saya org kelantan pon tak tahu beza majlis kesyukuran atau kenduri smp diri sendiri nak kawin..haha
sebab biasanya urusan bersalam ada isi urusan orang tua…hehehe
kak jie dah 2 kali pergi majlis kesyukuran pengantin dan majlis perkahwinan yg biasa…
ayah saya cakap, kita wat kenduri sbb nk bagi org makan.. so tak yah la kutip ‘duit hulur’…