Isnin sudah? Cepatnya Ahad berlalu…. Sebelum tidur malam tadi dapat email dari nurrainaafsana.blogspot.com
Assalamualaikum wbh Jie…
Semoga diberkati ALLAH selalu.
Opah saja nak kacau Jie ni, nak tahu Jie dah sihat ke belum? Dah beli pregnancy kit dah? Jangan isy isy Jie, ada perempuan umur 70 bersalin kat India. Hah… tak caya, Google aje… huhu. Opah doakan agar Jie cepat sembuh dan sihat. Mwah.
hahahaha…Opah ni buat lawak antarabangsalah pula! Terus mimpi ngeri…. Pagi² saya ajak Pakcik Google temankan cari info, ingat nak pecahkan rekod tapi bila kenangkan saya perlu tunggu 30 taHun lagi untuk lepasi umur tersebuT saya offer orang lainlah. Apa kata Opah yang atasi rekod ini.
Mesti ramai yang setuju, kan……!
Seorang wanita dari Uttar Pradesh bernama Omkari Panwar menjadi ibu tertua di dunia ketika ini bila melahirkan bayi kembar pada usianya yang ke 70 tahun setelah melakukan IVF.
Pasangan ini melakukan IVF dengan tujuan ingin mendapatkan anak lelaki sebagai warisnya setelah mempunyai dua anak perempuan kira kira 40 tahun lalu, dan juga 5 orang cucu, Mereka hampir melarat setelah melelong tanahnya, menjual kesemua kerbaunya dan juga pinjaman hampir 4400 Pound sterling untuk membiayai kelahiran ini.
“I can die a happy man and a proud father “ Kata suaminya , Charan Singh Panwar yang telah berusia 77 tahun.
Persoalan kita hari ini ye puan-puan…. sekiranya setahun dua umur pasangan ini tak panjang ( kita merancang namun Allah yang menentukan ) bagaimanakah nasib si anak?
Walaupun perubatan moden boleh menolong wanita berusia mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal.
Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (Rujukan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, HUSM, Dr. Shah Reza Johan Noor )
– Berisiko tinggi untuk bersalin melalui pembedahan Caesarean dan juga penggunaan perkakas khas untuk membantu kelahiran seperti forseps dan vakum
– Bayi kurang berat badan
– Penyakit-penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi juga memudaratkan kehamilan
– Pendarahan yang banyak selepas bersalin
– Kelahiran sebelum masanya
– Kemungkinan janin meninggal. Ini mungkin disebabkan oleh faktor aneuplodi dan genetik lain yang berkait rapat dengan kelanjutan umur.
Bakal-bakal ibu yang lebih tua juga berisiko mengalami insiden kelahiran sindrom down, keabnormalan janin yang bercorak genetik, keguguran secara spontan dan kematian perinatal.
Beliau turut menasihatkan wanita mengambil vitamin tertentu seperti asid folat, dua tiga bulan sebelum mengandung untuk menghindari pembentukan janin yang tidak sempurna.
Capai berat badan ideal dan tinggalkan tabiat buruk. Apabila haid tidak datang, buatlah ujian mengandung dan seterusnya menerima perawatan antenatal daripada doktor yang prihatin dan fokus terhadap permasalahan semasa kesihatan supaya pencegahan dan seterusnya pengesanan dapat dilakukan sekali gus memaksimumkan kaedah perawatan..
©Kujie – dalam sibuk² diraikan oleh anak masing² sempena Hari Ibu, ada tak ucapkan terimakasih pada sang suami kerana kromosom XY kepunyaan dialah ysang membuatkan kita berjaya menjadi seorang ibu…. saya sudah!.
eh komen dh masuk ke tadi?huhu
sy layan drama bila mak mengandung lagi 2hari lepas.dia sebut nama Omkari Panwar..rupanya nenek ni..penah baca kisah dia tp lupa nama 😉
izin share ye kak kujie
memang perempuan / dan perempuan-perempuan itu terer… 🙂
samdaddycools last blog post..Selamat Hari Ibu 2009
wah..pertama kali aku dengar wanita berumur 70tahun melahirkan anak. Kuasa Tuhan kan..
Ada lagi yang tua.. Semalam baca kat kosmo kat luar negara makcik umur 57 tahun kalau tak silap baru dapat anak.. 😀
GMs last blog post..Nuffnang XChange
@GM, uikkk…57 dgn 70 tu yg mana lebih tua?
sambil garu2 pala ni…..
hehe. jiran sy umo 57 gtu. patut da pencen. tapi mengandung. 3-4 bulan x turun rumah. segan dengan orang kampung.
ubeys last blog post..Ir Nizar Menteri Besar Perak Yang Sah
@ubey, oooo…..tak ramai perempuan lewat menopause mcm ni
heheh.. yang itu neeza terpaksa setuju kak Jie.. neeza ada 3 anak pompuan.. semuanya neeza sayang sama rata dengan teruna yang sorang tu..
tak baik kan diorang ni…
Neezas last blog post..Apa khabar dia agaknya?
@Neeza, eemmm….kalau ye pun..biarlah dgn niat yg baik…kan neezakan..kita sebagai ibu ni tak de pula nk banding2 kelebihan anak lelaki ke perempuan….masing2 ada peranan tersendiri
in a way kan Kak Jie, respect dengan husband dia sebab sanggup dapatkan anak lelaki dari isteri yang berusia 77 tahun. Kalau orang lain mungkin….. kawin aje isteri baru yang muda, jelitawan dan segar bugar… tak payah perabih duit buat IVF.. kosnya mungkin lebih sedikit dari buat IVF kan Kak Jie..
tapi kan… ish… hamil di umur 77 tahun?? tanaaaakkkkk!!!
Neezas last blog post..Apa khabar dia agaknya?
@Neeza, neeza….. tapi tak elok juga kalau alasan hanya kerana hendakkan anak lelaki….ngape…anak perempuan tu tak elok ke?
kawen lagi satu bukan 100% boleh dpt anak lelaki
hehehehehe………..tanak tu bergema satu arab
kak jie….you can do it…
Lan Bingkas last blog post..Untuk semua ibu
@Lan Bingka, hahaha…kak jie ada sebab2 kesihatan…ketiga2 kelahiran anak masalah teruk hingga pembedahan..tak best la nk cerita 😉 ….
walaupun zaman moden ini, susu ibu boleh diganti dengan susu lembu tepung tapi tak sama dengan susu ibu
jadi mungkin anak yang daripada pasangan tua tidak sihat sebab susu ibu ‘expired’?
BAGAKs last blog post..Bulan Penuh Di Tengah Hutan
@BAGAK, hehe teringat pula cikgu aku pernah cerita…mungkin sbb itulah anak2 tak menyaut cakap ibu sbb tak msra sgt, al maklumlah dari kecil dah minum susu lembu dan tak merasa susu badan 🙂
haha…bunyi nya lain cikit la…kenapa time cikgu aku dulu cakap sedap jek bunyinya 🙂 Susu badan boleh xpired ke…setahu aku tak… kak jie boleh la buat entri pasal ni 🙂
Active Bloggers last blog post..Active Blogger Kini Do Follow
@Active Blogger, kak jie menyusukan kesemua anak2 lengkap 2 tahun..cuma anak pertama 6 bulan…maklum ibu muda..tak byk pengalaman..lagi pun zaman dulu tak de sokongan langsung pada ibu2 yg menyusu anak..org nampak ibu yg menyusu anak tu mcm kuno…out of date!
skrg ni je banyak info dan berbagai2 program utk menyokong penyusuan ibu.
pasal2 menyusu, makanan awal anak2 rasanya dah ade entri lepas..tatau tang mana
@BAGAK, hahaha…ni lawak separah lucah yg org selalu kirim sms lah ni…
kalau bapaknyer mati lagi 20 tahun baru ler boleh rasa bangga…
tapi kalau mati dalam masa 5 tahun nie..
tak ker naya anak2 itu…
ni kisah sadis yang luarbiasa…
@yus, mesti dia fikir kebaikan lebih dari keburukan
hhhmmm, kehebatan teknologi. Tq Allah, sebab beri saya peluang utk jadi ibu juga 🙂
@Mak Su, kadang2 maksu, org gunakan kehebatan teknologi utk melawan fitrah
kak jie,
pada mana2 usia pun, semuanya Hak DIA yg tentukan apa2 yg dikurniakanNya.
Aykays last blog post..Catatan di Malam Jumaat
@Aykay, kita berusaha dulu
kakjie
tunggu sikit tahun lagi, tunggu anak kakjie kahwin, masa tu pakat-pakat ada baby, baru meriah anak saudara sebaya pakcik/makciknya. 😆
banyak pro and kon ada baby di usia lebih 40 ni. apa-apa pun rezeki.
zanys last blog post..Syukur, tak jadi ikut.
@zany, tak de la zany… kak jie ditakdirkan mmg anak ade 3 saja
adalah sebab2 peribadi yang tak dapatlah nak diceritakan pada semua org
bkn cerita gembira pun….
tak semua boleh diceritakan pada public, kan…
🙄 🙄
siapa nak bela depa kalau mak ayah dah pergi nnt???
kesian anak tuh…
kekadang manusia nie berfikir mengikut nafsu gak ek?? hueheuhue
Zanas last blog post..Iklan!!
@Zana, itu je yg kita baca, setakat itu je yg kita tau
yg lelain kita tatau
huyooo….kuat betul nenek nie yek! tp peliknyer usia senja mcm ni masih bleh paknen lagik!! paling sedih perjalanan baby tu masih panjang tp usia ibu dia rasa mcm takpanjang kut?
mayas last blog post..Tentang kakak
@maya, itulah teknologi…lelaki pun dah mengandung… 😆
Boleh buat ebook psai
rahsia bunting di usia senja
ngeh…ngeh
kuat makan jamu mak cik nie
KampungBoys last blog post..Jom Ucap Selamat Hari Ibu
@KampungBoy, dia guna IVF lah ( In vitro fertilization )
Hebat tuh jd ibu pd usia tua. 😎
Eriyzas last blog post..Kasih Ibu Abadi Di Kalbu
@Eriyza, utk pecahkan rekod ke?
Aait pesan sweet dream pun Kak Jie masih mimpi ngeri. power betoi email OD tu hehehe…
Fuh dasat arr nenek tu…gilerr arr
izas last blog post..Rendang Kasihmu Jadi Peneman….
@iza, hahaha…yg ngeri tu..entah mana opah dpt gossip tu
mcm artis…kahkah..ade gossip..kendian buat media conf, nafikan
sediyh nye tgk baby tu..
harap2 pasni takde la yg jd cam rubina ali…
@Azah, kita pn tatau apa kisahnya…skrg
Ada gak orang yang ingat kat suami 🙄
kruel74s last blog post..Have fun in college but do learn something…
@kruel74, mestilah ingat…uiikkk..tido sebantal mkn sepinggan tu
Jie…
Opah tak dapat ler nak sambut cabaran Jie pecahkan rekod Omkari tu. Sebab anney boys dah tak larat nak swim laju-laju dah… kalau tidak, dah berderet dah anak-anak aku 😆 😆 😆 😆 😈 👿
ODs last blog post..Mere Mortal
@OD, oooo….dia ngata anney…nnt nak ngadu 😆
alooo… salam..
hehehhe
mazas last blog post..Ditinggal Sendirian Lagi…
@maza, amboiiiiiiiiiii…lama menghilang…dtg je mcm tepon karat
elo…elooo
@Kujie, Jie… Maza ni Dr Maza yang keluar kat paper Utusan (Bicara Agama tu) ke? Bicara Dr Maza dari Britain gitu… dia ke?
ODs last blog post..Mere Mortal
@OD, Opah..awat tak pi tanya dia sendiri 😆
dia konar2 ye
@OD,
ehem ehem
ehem ehem…..
hehehhehehe
maza dari UK… ehem ehem ehem ?!
mazas last blog post..Harga Petrol Naik!
saya dah tengok anak orang India ni tahun lepas masa cite dia boom kat paper… biasanya kan bayi² gebu je… kulit merah dan tegang tapi anaknya berlainan. kuasa Allah swt….
saya tak ucap kat hubby pun pasai saya tunggu hari bapa next month huhu!
suealeens last blog post..Selamat Hari Ibu @ Happy Mother’s Day
@suealeen, sebenarnya nk wat entri lagi…cisss…ni opah punya pasal la ni.
tu la…bile dia ckp mcm tu, google cari kot2 ade rekod baru….sbb ni kes tahun lepas Jun 2008.
Itulah…sy terfikir…4-5 tahun kalau pasangan tu tak de lagi..sapa nk bela anak2 tu..
kita ni mcm2 dok fikir…
hahaha…..ucapan kena simpan dulu ye :p