Alhamdulillah… petang semalam dapat melihat matahari terbenam dengan warna jingga yang terang dan terik sekali. Saya sedang memandu balik ke rumah dan dari celah-celah pokok rimbun sepanjang perjalanan boleh nampak cahaya terang seperti lampu suluh yang luruh menyuluh alam.
Kalau matahari tering waktu biasa, keseluruhan ruang pandangan adalah cerah dan terang tetapi matahari terbenam semalam hanya sebahagian yang disimbahi cahaya seperti lampu suruh sahaja yang terang sementera bahagian lain dah gelap.
Gambar-gambar yang saya sempat ambil menggunakan kamera telefon Samsung S3 di bawah tidak diedit walau sedikit pun, cuma dicrop dan diresize. Saya setting ISO kepada 100 dan White Balance kepada Daylight. Saya dapat ilmu nak tukar setting kamera telefon dari TV Smith. Terima kasih.
Waktu ini matahari sedang terbenam dan hampir ditutupi segarisan awam. Pemandangan ini diambil dari halaman belakang rumah berlatarkan bumbung rumah jiran saya.
Nampak tak, ada 4 ekot burung sedang terbang. Bila lihat gambar ini saya teringat sewaktu sekolah rendah apabila kita diminta melukis pemandangan. Kita lukis gunung dan matahari dicelahan sedang menaik , ada pokok kelapa dan burung terbang dalam bentuk V. Satu lagi lukisan viral adalah gambar matahari dipenjuru sudut atas belah kiri kertas lukisan.
Korang lukis macam tu tak?
Kenapa sinar matahari berwarna oren atau jingga apabila matahari terbenam?
Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna pelangi. Setiap cahaya mempunyai panjang gelombang yang tersendiri. Panjang gelombang yang berbeza ditafsirkan oleh otak manusia sebagai warna.
Cahaya akan bergerak dalam satu arah yang lurus selagi tiada halangan dalam bentuk gelombang. Apabila cahaya matahari melalui atmosfera, cahaya ini akan berlanggar dengan molekul-molekul sehingga ada yang terpantul atau terbias. Daripada 7 warna cahaya, warna ungu dan biru mempunyai frekuensi yang paling tinggi dan menyebabkan campuran warna biru dan ungu paling banyak terbias. Warna biru dan ungu ini pula akan terpantul dalam banyak arah dan sebab itulah kita nampak langit berwarna biru.
Begitulah sebaliknya apabila petang sewaktu matahari terbenam. Pada kedudukan itu, jarak matahari dan kita berada pada kedudukan paling jauh berbanding sewaktu tengahari. Semakin jauh kedudukan matahari waktu itu menyebabkan warna merah dan jingga yang berfrekuensi paling rendah dapat sampai pada penglihatan kita . Campuran warna merah dan jingga menyebabkan warna jingga kemerahan yang masih berada di atmosfera.
Sebab itulah pada waktu senja kala matahari terbenam, langit berwarna oren atau jingga atau jingga kemerahan.
Nota : Setiap hari saya boleh melihat view matahari terbenak dari sudut halaman belakang rumah tetapi setiap kali itu juga saya akan ‘marahkan’ wayar elektrik. Photoshop boleh edit untuk buang tetapi saya tak ada banyak masa untuk membelek dan membetulkan gambar ini.
Itu tanda kebesaran Allah yg memasukkan malam ke dalam siang & siang kedalam malam.
seronok tengok aje indahnya kejadian alam citaan Allah tai tak tahu macamana ianya terjadi sebab masa sekolah dulu cikgu ajor….mata ni galip aje…
begitu ye kak. dulu belajar juga frekuensi warna.tapi dah lupa.
menarik imbau balik sains ni. tp tak terfikir pula pasal warna senja.
sebab itu, thank you for sharing! 🙂
terima kasih kak bg info berguna ni hehe
Thanks for info kak. Baru ku tahu fakta2 itu 🙂
Ooo camtu rupanya, biasan cahaya. Lama dah tak tengok hal2 berkenaan fizik ni. Rindunya nak belajar sains dan fizik semula. tq for the post kak
Menunjuk kan hari dah nak malam, dan masa nie lah syaitan keluar
Huhu. Wayar elektrik. Takpe, tetap nampak pemandangan yang cantik 😀
Subhanallah indahnya ciptaan Allah 😀
Warna jingga memang nampak menarik. 🙂
Cantiknya seni alam ciptaan Allah.
Yup, lukis matahari terbenam, celah V gunung, ada burung macam bentuk misai hitam berterbangan, ditambah pula petak sawah padi. Haha. Lukisan sekolah rendah. 🙂
Kalau adjust kedudukan masa ambik gambar nampak lagi tak wayar elektrik tu?
Lupa la pulak benda ni dah belajar dulu. Saya buat apa agaknya kat kelas masa cikgu ngajar..hihi. Terima kasih kerana berkongsi kak jie. Btw, gambar2 tu cantik!
Alhamdulillah dengan ciptaan dari ilahi.. kenangan paling manis ketika melihat matahari terbenam.. terima kasih kak di atas perkongsian konsep sains ini..
suka tgk gmbr ustaz azhar ambil gambar ketika senja 🙂
Subjek sains form 4 ni…hehe
Diriwayatkan hadith daripada Abi Abdillah Sunabihi (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bahawasanya matahari terbit antara dua tanduk syaitan (atau berkata: Terbit matahari beserta dua tanduk syaitan), maka ketika tinggi memisahi matahari. Maka ketika ada di dalam pertengahan hari maka mengganding (syaitan) pada matahari. Maka ketika condong (atau berkata: gelincir matahari) maka memisahi (bersurai syaitan), maka ketika dekat tenggelam matahari maka memisahinya. Maka solatlah demikian waktu yang tiga.’ [Hadith Ibnu Majah]
biasa waktu begini dah masuk rumah..
Indahnya ciptaan Allah…SubhanAllah..
suka jgk ambil gambar matahari baru nak naik atau matahari terbenam.. biasa pakai kamera hp je dan ambil mode ‘sunset’ yg ada tu… tak reti nak setting2 sendiri
Dah lama tak layan fotografi ni sekali pencen memang susah nak mula balik
matahari terbenam antara momen yg indah utk dinikmati bersama2 insan tersayang…habis terbenam matahari..dah boleh siap2 solat berjemaah bersama pulak =)
thanks kak jie utk ilmu matahari hari ni..