Anak-anak saya suka ambil gambar bangunan, bukan bangunan cantik moden tetapi bangunan lama yang orang pun tak perasan kewujudannya.
Minggu lepas saya ke rumah adik di Tanjung Malim. Kadang-kadang saja saya masuk pekan saja untuk melihat-lihat , biasanya terus ke rumah.
Kalau sebut Tanjung Malim, yang terlintas dalam ingatan ramai orang ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris dan sebelumnya dikenali dengan nama Maktab Perguruan Tanjung Malim yang ditubuhkan pada tahun 1922.
Ada satu lagi catatan sejarah yang kita perlu tahu, iaitu plaza tol pertama di Malaysia terletak antara Slim River ke Tanjung Malim. Lebuh raya pertama di Malaysia yang bertol mula beroperasi pada bulan Mac 1966 dan dimansuhkan pada bulan April 1994. Kawasan tersebut sekarang di kenali sebagai R&R Slim River dan bangunannya dijadikan stor simpanan JKR.
Lebuh raya Slim River – Tanjung Malim sepanjang 24 KM ini’ dikenakan tol RM 1.00 untuk kereta sebelum pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Lebuh raya Slim River- Tanjung Malim terletak di dalam jajaran Federal Route 1, iaitu jalan persekutuan pertama siap dibina pada tahun 1909 yang menghubungkan Johor Bharu dan Perlis.
Dah habis sejarah ringkas mengenai Tanjung Malim.
Intan minta saya berpatah balik semula kerana dia ternampak kedai gunting rambut dengan view cantik. Dia kata ada kerusi ada tokey kedai di cermin kedai.
Saya pun buat satu pusingan bangunan lagi untuk lalu di depan kedai ini. Memang ada pun tuan kedai.
Bila masa nak ambil gambar, dia malu sebab tuan kedai tu pandang.
Disebabkan berkehendak, tebalkan juga muka untuk ambil gambar di depan Hair Dressing Saloon ni.
Dari dalam kereta menggunakan kamera telefon sahaja. Inilah lokasi kedai tersebut. Nampak unik dengan warna menyerlah disebalik deretan bangunan lama yang juga menarik. Tentu ada banyak sejarah yang tercatit sejak pembinaanya.
Sebelum bergerak balik, dia ternampak pula lorong disebelah jalan utama. Cantik katanya…. Saya tunggu saja dari dalam kereta.
Minat dan selera gambar Intan ni lain sikit, kena tengok Instagram dia baru nak faham – Instagram Intan Anwar. Kadang-kadang saya komen, mama tak faham gambar-gambar kelabu kat IG Intan.. hikhik. Tak ada gambar selfie macam rakan sebaya ke atau rakan dua tiga baya?
Kami ke Pulau Pinang tahun 2013 dan kebanyakkan koleksi gambar adalah tentang bangunan. Baca dan lihat entri tersebut di sini – Mural Street Art di Georgetown
pernah juga gunting rambut kat situ..
Whoaaa…. Intan dah boleh layan outing untuk street photography …. memang dah nampak bakat seni fotografi….
wah tak sangka saya,plaza tol pertama adalah dari perak…pernah lalu pekan tanjung malim tapi tak perasan pula bangunan yang akak snap ni…apepun berbangga jadi warga perak..
Wahhhhh cantik cantik! Kena masuk list untuk dilawati ni
keren sekali foto fotonya, post menarik
kali pertama dengar dan baru tahu tentang plaza tol ni..
ketinggalan betul sekarang ni.
menarik!! dulu saya belajar di kualai pilah, banyak jugak bangunan2 lama masih ada di sana. sekarang dah banyak pembangunan,tetapi bangunan lama di hadapan jalan besar masih tersergam.. rasanya TM ni lagi lama…so nice..
Ini yg bestnye bila balik kampung tak naik highway sepenuhnya…boleh berhenti tgk bangunan dan macam2 yg best2!
thanks kak jie n intan =)
meme sweet momen
cantik bangunan kedai gunting tu..old skool habis
intan minat pada yg antik….susah nak ada pada remaja zaman sekarang ni
wah, tauke tu memang posing situ ke? hehehehe
bangunan lama memang ada tarikan yang tersendiri..sebab itu menjadi unik dan menarik!
Tahniah Intan..menarik gambar kedai gunting tu..nampak menyerlah di tengah2..
ni jiwa ni mesti ada ciri ciri sukakan kelainan.. 🙂
Bila lihat gambar ini seperti mahu buat outing solo di bandar Melaka sekali lagi.
ni memang betul-betul ilmu baru untuk saya. dulu masa adik duduk sana selalu juga pergi tanjung malim tapi sejak x-mak we dah kawin semula dah tak pernah pergi lagi.
Memang nampak kelainan pada kedai guntung tersebut. Comel kedai tu. nampak menyerlah.
Perrkhhh. kalau dah minat dan cinta, celah mana pun boleh diumpil.. hehehe
terima kasih Intan kerana mengetengahkan cerita2 yang terselit ini. tentu ada nilai kelak..
😉
Cekap mata Intan dapat spot bangunan lama tu…ada bunga2 bakal jadi fotografer pro hehehe.
Zaman sekolah dulu kawan2 ramai la suka gunting rambut kat situ. Saya tak sebab suka botak je. Beli mesin potong kat rumah lagi syiok.
Sambil tunggu dorang siap singgah la 2 3 kedai cd cetak rompak yg selambe tenang je beroperasi kat situ. Heh.
Btw, baru tau pasal tol tu. Maknanya kawasan tumpuan jugak la dulu area slim river – tg malim nie.
Buat Intan, gambar di pekan koboi behrang lagi rare. Hee..
Kak Jie dok TM tahun 1996-1998 – grup pertama masuk untuk tolak bukit buat Proton City tu..pernah dok dalam rumah kakitangan jabatan haiwan
Sejak dah terbelah dua dgn keretapi elektrik, belah jalan besar tu makin maju, ada 3-4 hotel bajet
dulu bolehlah tunggu keretapi lalu, baru lintas, sekarang nak kena pusing
Masa dulu, TM tempat bas ekspress berenti kalau ke utara-selatan
p/s – awal bulan lepas dah tangkap gambar kat Behrang Stesen tu.
Yelah. Sejak kena belah tu macam mati sebelah pulak.. Hee..
Ada jalan shortcut menghubungkan dua tu. Rare sikit lah lalu KTM.
Foto yang kreatif..saya sangat suka 🙂
Very informatif blog!
Memang nampak menarik gambar kedai gunting tu, ada klasik.
Lawa bangunan-bangunan lama dalam gambar.
Baru tahu tentang adanya tol pertama di Tg Malim. Terima kasih kak Jie sebab berkongsi. Menarik juga kedai gunting yang terselit ditengah bangunan yang macam dah ditinggalkan…nanti nak pergi ambil gambar guja.
Allahuakbar! menarik betul minat Intan ni. Yang pasti saya juga ada minat yang sama. currently I’m really obsess with building. Cumanya di KL lebih kepada bangunan pencakar langit. Saya sarangkan Intan teruskan minat architecture ni dan kalau Intan minat boleh tengok Man Made Marvel di Discovery Channel. Selain daripada minat boleh tahu macam mana pembuatannya juga! 🙂
Cantiknya bangunan
ada nilai sejarah
lama tak pergi Tanjung Malim. cantik view.
memang yeop follow insta Intan, siap bagi ‘hati’ lagi. hehe