Ini kisah sakit mata yang tak habis lagi. Ingat minggu lepas saya cerita tentang Julie yang sakit demam dan sakit mata? Baca entri terdahulu di sini – Ubat kucing sakit mata. Alhamdulillah, Julie dah baik demam dan mata.
Bila dah ada ubat mata, saya pun saja gatal gatal pergi titik dua titis kat mata kiri dan kanan. Saja je lah, dah ada, kan.
Esok pagi – bangun tidur kedua-dua mata merah menyala dan membengkak. Tak gatal tak sakit, tiba-tiba saja. Muka saya sangat-sangat pelik. Bukan dapat simpati, digelakkan dek Intan lagi ada.
Saya pergi klinik, doktor bagi ubat mata sama jenis yang digunakan Julie, jenama Nicol. Sehari titis 3 kali, dan saya pakai ikut aturan. Keadaan masih juga tak berubah, semakin teruk adalah. Muka dah sembab , mata dah kecik dan membengkak bawah dan atas kelopak mata.
Hari kedua, saya ke klinik lagi dan doktor bagi ubat tahan sakit dan gatal. Sehingga petang, keadaan makin teruk. Suami balik cuti kecemasan sehari. Terima kasih kerana luangkan masa hanya beberapa jam berbanding masa memandu dari Terengganu.
Tiba-tiba saya teringat, beberapa tahun lepas saya memang ada alergik dengan sejenis ubat mata tetapi tak ingat jenisnya. Dalam keadaan penglihatan terhad, saya memandu ke farmasi dan beli ubat mata jenis lain.
Ubat mata jenama Nicol ( RM 4.00 ) dan Dextracin ( RM 6.50 ) – saya alergik dengan jenama Nicol. Kena tulis nota peringatan diri sendiri.
Alhamdulillah selepas sejam gunakan ubat mata Dextracin, dengan izin Allah keadaan semakin baik. Terus rasa perubahan yang positif.
Sejak semalam, saya dah buat eye pads untuk segarkan mata. Rasa sejuk je bila tempek kat mata.
Buat eye pads ni senang saja, sesambil dok tengok news kat TV tentang MH370 pun boleh siap 30 keping. Nak tau caranya – baca entri ni Cara Buat Eye Pads Timun
Eye pads yang gunakan timun ni mudah nak buat dan timun itu sendiri sesuai untuk meredakan keradangan mata , mata lebam atau sembap. Cuaca panas dan berjerubu ni, mata pun penat dan pedih, gunalah cara ni.
Nota : mata dah baik, hati pula tersiat-siat dengan ayam seringgit!
Bisa dapat harga murah ya.
Saya pula alergik ubat penahan sakit paracetamol bersamaan jenama Panadol lebih terkenal yang diberada dipasaran akan mula bengkak muka.
boleh buat produk jualan n..hehe
ada jual produk mcm ni, harganya sepasang tu lebih kurang rm 5-6
saya tak pernah beli sebab dgn kos rm 2 dah dapat 30 pasang, fresh tanpa bahan pengawet
saya baru ja beli ubat mata yang mcm lambang PAS tu, tp saya punya warna biru bukan warga hijau mcm gambar kak jie ni