Nota Sedih Pesawat Mas MH370
Isu Semasa

Nota Sedih Pesawat Mas MH370

malaysia airlinesgambar dari mirror.co.uk

Berita asal mengenai nahas kehilangan pesawat Mas MH370 di sini – Pesawat MAS dari KL ke Beijing , hilang.

Selepas lebih 12 pesawat Boeing 777-200 MAS MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 8 Mac 2014, masih tiada berita kukuh mengenai status penerbangan tersebut. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Dengan begitu banyak berita yang diterbitkan dari sumber asing ( akhbar online pihak luar ) , pelbagai spekulasi berlegar dalam ruang maya bukan perkara mudah untuk disangkal. Pesawat ini membawa penumpang dari 15 negara, sudah tentu kesemua negera tersebut juga memberi perhatian kepada kes ini dan menerbitkan berita dari sisi mereka. Kita yang baca ni, sekadar ambil ambil tahu. Nak percaya pun payah sebab tiada pengesahan rasmi yang dibuat.

Misteri 2 penumpang yang dilaporkan menaiki penerbangan tetapi sebenarnya mengesahkan mereka tidak berada dalam pesawat kerana passport mereka dilaporkan hilang di Thailand juga rancak dibincang dari pelbagai bahasa dan negara juga teori.

Kesian juga tengok CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya yang berdiri depan wartawan setiap kali sidang media untuk menangani perkara rumit seperti ini sambil mencari jalan untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai.  Beliau nampak penat dan keseorangan.

traffic controller
Saya tak pasti siapa yang tulis nota yang diambil dari laman Twitter ini tetapi air mata saya bergenang bila membaca nota tersebut. Tak kisahlah nota ni betul atau tidak, tetapi ianya tetap menyentuh hari sesiapa yang berharap. Semua orang mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang tersebut.

pilot mh370

Sedihkan baca nota seorang anak seperti ini *nangis lagi *  Saya pun ada anak dan dia bertanya satu soalan yang normal bagi seorang anak.

“mama tak rasa fobia ke nak naik kapalterbang lagi?”.  Intan mungkin tidak pernah tahu mengenai Pesawat MAS MH653 yang terhempas di Tanjong Kupang pada 4 Disember 1977 sehingga dia bertanya

Saya jawap ringkas ” ajal maut kita telah ditetapkan tak terlewat atau tercepat walau sedetik.  Berapa ramai orang yang meninggal  di rumah sendiri, antara tempat paling selamat bagi kebanyakkan orang?”

Semua orang masih berharap dan berdoa semoga ada tanda ada kesan ada jejak untuk ditemui walau bagaimana pun keadaannya. #PrayForMH370 #MH370 #MalaysiaAirlines.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Nota Sedih Pesawat Mas MH370

  1. Ajal tidak mengenal tempat dan waktu, akan tetapi tetaplah ada rasa was-was apabila naik pesawat atau kapal laut.

  2. Hilangnya pesawat MAS MH370 meninggalkan kepedihan yang teramat bagi kita semua terutama bagi keluarga korban.
    Semoga pencariannya dipermudah oleh Allah SWT

  3. pagi tadi dengar sebuah puisi kat Hot FM khas untuk MH370 , sedih dan sebak dibuatnya , bergelinangan sedikit air mata den…huhu

  4. Apa yang berlaku pada MH370 amat menyedihkan dan mengejutkan. Nak kata terhempas, tak jumpa bangkai pesawat. Nak kata melencong ke laluan lain, mesti dah mendarat sekarang ni. Tiada perhubungan radio serta tiada isyarat kecemasan (ELT) daripada kapal tersebut menjadikan kejadian ni suatu misteri.

  5. Apa yang berlaku kepada MH730 membuat ramai pakar aviasi kebingungan.Semua persoalan ini akan terjawab apabila kapal terbang ini dijumpai. Semoga penumpang dan kabin kru berada didalam keadaan selamat.

  6. sehingga kini saya terus berfikiran positif… Saya berharap semoga pesawat MH370 dan semua penumpang di dalamnya selamat…

  7. kalau berita penerbangan ….memang sentiasa rapat di hati….lebih2 lagi kalau dalam kes sebegini.

Comments are closed.