Cuti Ganti Sekolah Tahun Baru Cina 2014
Cuti Tahun Baru Cina 2014 – Jumaat & Sabtu ( 31/1/2014 & 1/2/2014 )
Bagi sekolah Kumpulan A – Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ( cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu )
Sekolah akan mula bercuti mulai hari Khamis 30/1/2014 hingga Selasa 4/2/2014 selama 6 hari.
- 30 Januari 2014 ( Khamis ) Cuti Peristiwa ( tidak perlu diganti )
- 2 Februari 2014 ( Ahad ) perlu diganti pada 25 Januari 2014 ( *tak perlu ganti sebab Jumaat adalah cuti umum)
- 3 Februari 2014 ( Isnin ) perlu diganti pada 15 Februari 2014
- 4 Februari 2014 ( Selasa ) perlu diganti pada 8 Mac 2014
Nota : bagi negeri yang cuti umumnya jatuh pada hari Jumaat dan dibawa ke hari Ahad, maka tidak perlu Cuti Berganti pada hari Ahad 2/2/2014
Bagi sekolah Kumpulan B – Perlis, Pulau Pinang, Perak , Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan,Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak
Sekolah akan mula bercuti mulai hari Khamis 30/1/2014 hingga Selasa 4/2/2014 selama 6 hari.
- 30 Januari 2014 ( Khamis ) Cuti Peristiwa ( tidak perlu diganti )
- 3 Februari 2014 ( Isnin ) perlu diganti pada 25 Januari 2014
- 4 Februari 2014 ( Selasa ) perlu diganti pada 15 Februari 2014
Nota : Rujukan lengkap cuti klik – Pekeliling KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5 (27) bertarikh 31 Disember 2013
Nota : Mungkin ada sekolah yang mengambil cuti kurang daripada ini – bergantung kepada sekolah tersebut kerana ianya adalah Cuti Berganti.
Nota : Sepatutnya dalam perancangan kami sekeluarga akan berkhemah di Santuari Ikan Sungai Chiling, tetapi pada saat akhir suami tidak boleh tinggalkan site – tak dapat balik KL, jadi saya yang ubah jadual akan ke Hulu Terengganu! Perkahwinan jarak jauh memang macam inilah..
Sebentar lagi mau tahun baru Cina, nggak nyangka cepat sekali hari berlalu
terima kasih kak, informasi berguna ni
boleh cuti panjang sempena majlis kahwin adik
bergantung juga dengan sekolah..ada sekolah tak ambil cuti hari Selasa tu, sampai hari Isnin saja.
terima kasih kak.. info berguna untuk ibu bapa yang baru ada anak bersekolah ni..
Nanti 15hb singgah le ke Jasin Melaka ye..hehehe
saya pun nak balik kampung gakss…x sabar rasanya 🙂
Sambutan Tahun Baru Cina sudah rancang balik kampung sebab sepupu bertunang.