Anak

Cerita cinta hati saya

Selamat pagi cinta!

Pagi yang segar, pagi yang indah …. Terimakasih dan syukur kerana masih dipinjamkan nafas ini hingga ke detik ini.

Entri ringkas sebelum saya pergi kelas. Kisah anak-anak pagi² buta.

” kawan Intan cakap, nasi goreng semlm sedap…”

Fakta : Saya tidak perlu pergi kursus mengoreng nasi dengan majerin hanya untuk memikat anak². Gunalah minyak lebihan goreng ikan…lagi power selepas goreng ikan gelama masin!

“Angah….RM 14 tu mama punya….Keuntungan selepas tolak modal”

Ingat lagi kisah Angah yang sewaktu sekolah rendah, boleh jual cd cetak rompak dia yang dah jemu. Dia buatkan list apa yang dia ada, tunjukkan pada kawan². Satu RM 2, beli 3 harganya RM 5.  Lepas waktu sekolah baru hantar pesanan.

Kemudian awal tahun lepas jual tin aluminium yang dikumpulkan. Masa tu tengah mahal, sekilo RM 5.40.

Minggu ini dia jual tepung kek segera dan tepung goreng ayam. INi adalah produk keluarga saya. Tepung kek kakak ipar yang buat dan tepung goreng ayam , abang ipar saya yang buat. Dia ada kilang IKS di Kuala Selangor.

Dia tampal  iklan  di papan kenyataan dalam kelas.  Kawan² sampai mencari ke rumah. 2-3 orang cikgu pun beli.

Saya tak ada masalah ………… itu usaha dia. Saya cuma cakap, untung dia boleh ambil tapi modal mesti pulangkan pada saya.

Yang buat saya nak saman gelak besar, habis semua regular customer saya dia sapu! Ibu kepada kawan² dia adalah kawan² aka customer saya….kalau semua order dengan Angah…..larilah pelanggan saya!

Dengan mama sendiri pun nak bersaing…………..! macam Proton dengan Perodua la pula.

©Kujie – selamat datang khas untuk pemilik  http://maklangsuir.blogspot.com – blog berkunci tak jemput  saya bertandang ke?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Cerita cinta hati saya

  1. Kak jie…
    Baca ttg anak kak jie, buat su teringat anak buah su.
    Anak tengah ni mmg pandai berniaga ke? Kakak su pun anak tengah, suka berniaga gak. Dan anaknya Angah pun rajin cari lubang untuk buat bisness. Su pulak, langsung tak reti. huhu…

    suaras last blog post..Serupa tapi tak sama.

    1. @suara, kak jie pn mcm tu …tak regi sgt pun
      entah …si angah ni minat pula ke situ
      elok la tu..dia ni tak tahan sgt keje2 kt site..berpanas terik
      along je yg tahan..nnt teruskan bisness abah :mrgreen:

  2. ada bakat jadi tokeh besau rupanya angah ni.. bagus, bagus, bagus!

    yg penting minat dia perlu d pupuk sedari kecil..makbapa pantau kiri kanan depan belakang..hehehe..

    saya pun tingin gak nak cari side income..apa nama kilang tu ek?

    sallys last blog post..Selamat Hari Lahir Sayang

    1. @sally, email lah kalau nk…mcm azwan tu..dia email kak jie
      harap2 on the way dia blk kg…boleh singgah ambil order :mrgreen:

  3. bagus Angah.. pandai business.. sesuai sangat tu dengan saranan Rasul s.a.w. Mata pencarian yang paling digalakkan ialah berniaga..

    takpelah mama.. customer mama ANgah ambik.. bila Angah dapat banyak untung, Angah belanja mama makan ciken chop!! hehee..

    Neezas last blog post..Mendidik vs Mengerdik

    1. @Neeza, customer dia ambek…abis tu mama dia yg kena hantr order…

      ces….

      semlm kak maznah ckp..anak dia baru tau…selama ni angah tu anak kak jie yg mak dia dok order tepung…

      dia kata..dah nk order 2 minggu lepas lagi tapi tak jumpa kt kelas..ye lah…awal bulan ni kak jie mc , kan..tak g kelas

  4. kak jie betui tak peribahasa mak borek anak rintik??? ha gitu la gaya nyer huhuh 😛

  5. bakat meniaga dah ada tu…moga2 dah besaQ nanti jadi usahawan berjaya..hehe..

    p/s: nanti ada masa iza nak godek2 almari tutorial kak jie pasal back up blog tu.. hehe..takdan lagi la ni…

  6. salam akak.

    kuala selangor kat mana eh kilang tu. market tepung goreng ayam tu ok tak? kalau ok saya nak try jual kat ofis.
    boleh saya jual kat kaum ibu kat ofis saya ni

    akak email saya alamt ke no contact kilang tu, kalau balik kampung boleh saya singgah. kampung saya sungai besar

    azwans last blog post..Komplen Terhadap Doktor

    1. @azwan, Salam azwan.

      Kilang dia ikut jalan masuk tepi IPD Kuala Selangor. Selepas Komplek PKNS , simpang pertama.

      Memang produk tepung mudah utk dijual , terutama pada ibu².

      Kak Jie dah email.

  7. Kujie,
    Syabas Angah pandai cari duit. Saya pun pernah terfikir nak jual DVD lama. Gambar clear beb. Harga 5 ringgit beb. Boleh order! Cerita masih baru.

  8. Wah… lawan tokeh pulak angah tu… he he he. Tapi bagus ek, otak dia ke situ. Mesti hati Jie lega. Yalah, dah nampak potensi dia nak menyara hidup sendiri. Memang bagus pun Jie ajar dia bayar balik modal tu. Kalau tidak, jadilah macam budak-budak yang pinjam duit Mara sampai la tak bayar-bayar. Sihat ke cinta?

    ODs last blog post..Shopping Day… erm…

    1. @OD, Itulah…. ckp awal2…modal kena pulang pd saya….dia dpt untung satu pek rm 1.50 . Semlm dpt jual 6 dah rm 9 dia dpt.

      Dia kalau nak beli buku harry potter mmg mengumpul je…hehehe..

      chenta hatiku…hehehe sihat , Insyaallah :mrgreen:

  9. Wah bagus budak nie.

    Kecik2 dah ada semangat entrepreneurship hehehhe

    bagus tu.

    rasanya elok digalakan terus .. dan tambahkan lagi skill2 yg ada.. heheh

    dah besar nanti senang, tak teraba2 mcam den nie ha, dari ilmu kebatinan, ke perhutanana kendian ke pertanian dan terus ke marketing

    hehehehe

    mazas last blog post..Serba Salah Dan Celaru Fikiran

    1. @maza, pandai sgt………..sampai nk shortcut…nak untuk lebih…utk jangka panjang tak elok…baik bina sendiri jaringan customer dia…

      hehehehe…………….

      tok batin > org hutan > pak tani > market?

      pasar ?

      hahahahaha……………sabo je aku kata opah

  10. belum rasa dah tau sedap, nasi goreng kak Jie.
    Saya dari dulu hingga kini FAIL/GAGAL membuat nasi goreng yang sedap.. ish..

    1. @Sue, owh..ye ke Sue

      kak jie ada masalah …Intan suka nasi goreng kampung….dgn cili api tumbuk bilis dgn bawang….letak kicap

      Angah suka cili sos lebih..dia tak suka nasi goreng kampung..kalau makan pun sikit je..

      Tak pernah goreng nasi sama..tiap kali mesti lelain je rasanya..ikut mood la kot :mrgreen:

      las2 pagi2 buta sy masak nasi….goreng telur atau apa2

      anak2 bawa bekal hari2…tu yg awal pagi dah bersilat kat dapur.

  11. Heeee…….eeeee…………

    Mak Lampir Maza tak datang ke ?? kih kih…..

    Jie, …Tie nak tanya ni…

    Kalau misalnya sorang maklampir, datang ke blog Jie transit dari blog Tie, boleh ke Jie trace dia datang dari mana ?? Atau Jie akan sangka Tie yang datang intai ?? 😆

    Ties last blog post..Semangat yang hilang

    1. @Tie, dia dlm selimut lagi kot..

      Jie..sy jarang check hal2 yg biasa…kes2 istimewa baru sy check sampai ke lubang cacing..hahaha

      kalau klik dr blog Tie…sy tak kisah sgt..tu kawan2 kita gak….tapi kalau link yg sy tak kenal…tabiat sy………..kalau ada link baru yg saya perasan…sy akan check lah …sapa dia…anak sapa….org mana…leh kenal ke tak..hehehehe

      Kalau Tie yg masuk, sy leh nmpk avatar kt mybloglog , kan?
      mcm sy msk blog Tie walau tak komen…Tie blh nmpk kat avatar Blogcatalog tu… :mrgreen:

      1. @Kujie, Ha ha….

        Sebenarnya Tie dah erase jejak Tie kat bloglog tu… jadi orang tak tahu kalau2 Tie datang intai… saja, nak buat surprise….kih kih ..!!

        Tapi blogcatalog tu tak tahu lak caranya… malu sebenarnya tengok muka tersengih kat situ….ekekekee……

        Ties last blog post..Semangat yang hilang

        1. @Tie, tak check semua kes…tak de kes…kitanya tak check lah….tapi kat Getclicky boleh check…apa dia klik..apa dia baca…berapa lama

          cuma, tak de kejooooooooo aih….nk check hari2…mana nk melayan merayau raun2 kt blog org lagi…hehehe

  12. Kak Jie, sama plak cam sy anak akak tuh.
    Beniaga lam skolah tp bkn sy yg offer nak
    niaga, depa yg pesan. Lastly, buku sama
    berat ngan benda nak niagakan. :mrgreen:

    Eriyzas last blog post..Pergi Lambat, Pulang Cepat

    1. @Eriyza, dia tak bawa g kelas…ptg baru hntr…kalau kawan2 tu mak2 dia kawan2 kak jie..nnt bial pergi kelas mengaji, kak jie bawa..

      kelas senin sampai jumaat..dok jumpa kawan2 hari2… :mrgreen:

  13. haha. nice2. mak ngn anak sama2 berganding bahu. kalau mak xnk buat da, ank pn x pat untung

    ubeys last blog post..Etimologi; satu implementasi gaya seksi yang erotis

      1. @Kak Kujie, adat bisnes kak. supplier > dealer > buyer. tapi kes kak ni, supplier x untugn. hihi

        ubeys last blog post..Etimologi; satu implementasi gaya seksi yang erotis

  14. kecik2 dah pandai berniaga… cayaaaa laaaaa..

    strategi penting.. mana ada istilah curi pelanggan..

    he he he.. sape cepat dia dapat..

    hik hik hik… anak ibu tu mmg cekap dan tuntas 🙂

    1. @kutaksempurna, dia niaga sikit tu..siap buat buku lejar…sbb dia belajar kt sekolah…kita buat praktikal lah

      berebut pelanggan…kehkeh :mrgreen:

Comments are closed.