Saya pergi pasar pagi Batang Kali hari ni, seperti biasa.
Dalam perjalanan balik, lalu tepi kedai baju, belakang carwash untuk ke tempat letak kereta di belakang Petronas. Lalu tepi kedai jahit, ternampak beberapa buah buku Ulu Yam di Liverpool diatas meja. Mesti jualan istimewa ni sebab buku dijual di kedai jahit.
Saya biasa beli buku online dan kerap membelek rak buku di MPH Online. Minggu lepas buku ini berada ditempat ke 4 bestsellers untuk kategori tempatan non- fiction.
Kebetulan yang manis kerana sepanjang perjalanan ke pasar tadi, saya mendengar penulis buku Ulu Yam di Liverpool ini , Nazali Noor sedang ditemui bual di Suria FM. Tiba-tiba ternampak buku beliau di kedai jahit.
Ulang siaran, kedai jahit!
Awek juru jual agak terpinga-pinga atau tak menduga seorang makcik lewat 40’an akan membeli buku ini. Mungkin sasaran kepada kaki bola penyokong tegar Liverpool.
14 Julai 2011 saya dam keluarga antara ribuan penyokong Liverpool yang berada di Stadium Bukit Jalil sempena Liverpool Asia Tour 2011 – Training Session dan Perlawanan Liverpool – Malaysia sewaktu Liverpool Asia Tour 2011
Awek comel cakap ” Penulis ni pakcik saya… semalam dia ada di sini. Hari ni dah nak balik UK”
Saya senyum saja… sambil terima baki 10 sen.
Balik rumah, on komputer dan saya follow Facebook dan Twitter penulis buku Ulu Yam di Liverpool seorang Pensyarah Kanan John Moores University.
Salam kenal Liverpudlian dari makcik Kopite Serendah!
Nota : Buku ini bukan berkisar tengan bola. Buku ini adalah cerita kehidupan
Terima kasih ya kerana sokong buku UYDL.
Salam ukhuwwah dari Liverpool 🙂
woww… penulis UYDL pun singgah sini…
minggu lepas ada buat lawatan ke karangkraf di shah alam, buku yang sama juga di beli semasa lawatan tersebut. sebuah buku yang boleh memotivasikan diri bagi orang yang biasa-biasa aje 🙂
Macam best jer Kak Jie…nak cari la nanti…SA suka baca citer tentang kehidupan…
kan.. tak berapa suka nak baca kisah yang dicipta…pengalaman orang kekadang ada bersamaan dgn kita..kadang2 kita pun tersenyum sendiri bila kena batang hidung
tengok tajuk novel dah teruja buku nie mesti best punya……
dulu dulu dulu….. ada juga baca juga blog penulis buku ni – abahnajwa
nanti akak senang bolehla tolong review buku tuh yer…=)
nanti nak review juga…rasa best baca cerita kejayaan orang lain
Wah.. dah dapat buku ni.
Saya terbaca tentang buku ini dalam fb Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau melancarkannya di MPH.
Nanti kak jie review lah ye…
ada juga nampak kat facebook
kebetulan dalam perjalan ke pasar pagi tu ada kat radio
terjumpa pula kat kedai jahit..mmg berjodoh kami ni
pergh fan liverpool tu.. mesti peminat luis suarez ni
bukan fan…supporter
kak jie bukan jenis fan fan…fan page pun tak da..hihi
macam menarik walaupun tajuk ada nama liverpool =)
thanks kak jie berkongsi
hahaha..awat? fobia ke dgn nama Liverpool tu…
oh isi bukunya bukan tentang bola toh dikira tentag sepak bola ternyata bukan….
ini mesti peminat tegar liverpool penulisnya..
banyak dengar pasal buku ni.. tapi tak pernah terniat nak baca.. macam menarik je..
ternampak peminat Liverpool FC lah kat sini
antara naskah yang ingin dimiliki… tak sangka pula, buku ini ada di kedai jahit.. macam-macam ada, dekat batang kali tu ye kak jie… 🙂
adeh..kak jie fan liverpool pulak..go go MU..hehehe
tu dia. orang kuat liverpool tu..
Alamak. K jie pun kopites ke? Terbaiklah. Ynwa yeszaaa! Hehehe
lama dah… lama dah sejak kahwin
anak2 pun sama
tak sangka makcik ni peminat liverpool.
kalau saya maaf ler memang tak ambil tahu hal2 bola ni…hehe
ada ambil nombor telefon awek comel tu tak? hehe
rahsia bahagian rumahtanggan juga ni ejam
ikut serta minat suami selagi tdak bercanggah dengan agama dan adat
ikut suami pergi stadium dgn anak2..salah satu cara membina hubungan yang kukuh bersandarkan minat bersama keluarga.
Bismillah.. Liverpool mmg terkenal dgn bolasepak sejak dulu.. Tapi buku ni lebih berkisar impian orang biasa2 spt anda semua mengejar impian dgn pelbagai rintangan.. Dlm masa yg sama terus cipta satu demi satu impian disamping meMASYURkan kampung Ulu Yam, negeri Selangor & negara Malaysia di sana.. Pasti nya bawa jua ciri2 insan Muslim sebenar agar ‘non Muslim’ tertarik dgn agama yg Allah SWT redhai ini, In Shaa ALLAH – Toklang