Alhamdulillah saya dah selamat balik.
Ini kali kedua saya memandu sendiri ke Hulu Terengganu pergi dan balik. Kali pertama dengan Intan, kali ini disertai anak saudara.
Entri ringkas ini saya nak kongsi sesuatu yang istimewa yang ditemui sewaktu didalam perjalanan pergi dan balik.
Ini kali kedua terserempak gajah liar di kawasan Hutan Simpan Tembat. Lokasinya lebih kurang 5 kilometer dari tapak projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu.
Saya rasa kumpulan gajah ini adalah kumpulan yang sama yang saya jumpa buat kali pertama pada bulan Mac 2013. Jarak tempat tersebut lebih kurang 1 kilometer.
Baca entri tersebut di sini – Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
Kata suami, beruntungnya kami kerana berpeluang menemui hidupan liar ini kerana ada kawan sekerja yang telah 2 tahun bekerja di situ belum pernah sekali pun menemui gajah liar seperti ini.
Dalam perjalanan balik tadi saya bertembung sang kura-kura yang sedang mengembara. Tak dapat gambar yang jelas kerana apabila dihampiri, kura-kura tersebut melencong ke arah rumput di tepi jalan.
Betullah kata pujanggan – jauh perjalanan luas pengalaman.
mmm lucu yah mereka mengembara mencari makan… tak jauh berbeda dengan manusia,,,,
biasa tengok gajah kat dalam zoo jer…=)
Kalau gajah tu pijak kura-kura tu…macammana pulak yerrr
ha h aha… gajah hari lain
kura kura hari lain..hihi
dah lama plak tak nampak gajah depan-depan macam nih..
Kesian pulak kura-kura tu, jangan kena lenyek sudah le hihi.
gigih tu..nampak dari jauh dia angkat badan yg berat jalan atas jalan tar
Singgah kat blog kak kujie…Dah berwajah baru nampaknya.Bertambah cantik blog ni
live gajah tue takut pun ada takut2 mengamuk
Orang kata kalau ada telintas nak jumpa gajah, insyallah akan jumpa, sebab gajah telinga besar, dia boleh dgr hehehe..
Wah nasib baik dia tak mengamuk…
Wah kak jie menang contest ni ke…
seronok kan Kak Jee….pengalaman yang x boleh dijual beli…
Jauh berjalan acik ni…peluang depan mata dapat tengok gajah.
Bila pergi hati gembira senang bila pulang air mata bergenang…hehe.
Rasa malu dgn k. jie, w/pun membesar di trg tp x pernah sampai lg ke area sana. he he
kata orang…. kita biasa nampak yang jauh tu cantik seronok
asik nak pergi jejauh…yang depan mata kita nampak biasa2 je..sbb dah lali
sama je dgn kami ni….kikiki
biasa tengok gajah kat zoo jer…now kak jie tengok live lagi kat tepi highway…..
Gajah liar..bukan senang hendak tengok apatah lagi tepi jalan.
Blog berwajah baru ye Kak Jie.
Jauh perjalanan, bertambah pengetahuan dan puas pengalaman. Kalau kat Lebuhraya Timur Barat gajah melintas jenuh berkilometer jem. Kadang2 depa lepak tengah jalan jadinya semua kereta kena tunggu, sapa berani nak pi dok hon bagai.
betul betul.. kalau kat Lebuhraya Timur Barat memang banyak. Kena berhenti kereta lama tunggu dia habis show dulu..baru kita boleh lepas
nak ngetest carik gajah sat. kot kot ade gajah yang error dalam sini. kekeke ok bye
Eh boleh nampak kawana gajah dan si kura-kura. 🙂
fuhh..gagah sungguh kura-kura itu..
dulu masa kecik2 duduk kat pulau pinang..nak balik ke terengganu, lalu highway gerik selalu jugak terserempak dengan gajah..kalau malam, ayah siap tolong suluh diorang makan. hehe
Giler ahhh! Akak dpt gambar gajah real tu..! Mencik dengki irihati hahaha…! Mmg rezeki org baik hati la tu… hehe..