Salam Perkenalan Yang Mesra
Peribadi

Salam Perkenalan Yang Mesra

Saya suka pergi pasar pagi di Batang Kali. Kadang-kadang tak ada niat nak beli apa sangat tetapi persekitaran pasar pagi memang best. Macam-macam benda yang tak terduga kita boleh jumpa.

Hari ini saya jumpa seorang budak berumur lingkungan 10 tahun baru susun anak ikan puyu di dalam cawan plastik.

beli ikan puyu

Dia baru saja letak atas meja. Ikan Puyu Wak – secawan RM 2.00.  Anak ikan puyu yang bersaiz besar satu cawan 2 ekor dan kebanyakkan yang lebih kecil secawan ada 3 ekor.

ikan puyu

Saya beli ikan puyu secawan. Kelakar pula bunyinya. Orang beli ikan seekor atau sekilo, saya beli secawan.

kucing dan ikan

Balik rumah… sebelum dilepaskan ke dalam kolam , saya bawakan Julie untuk berkenalan.

kucing tengok ikan

Muka Julie excited sungguh.

kucing dan ikan puyu

Acara bertentang mata kucing dan ikan.  Pertama kali nampak ikan secara dekat walaupun setiap hari dia nampak ikan talapia.

kucing tangkap ikan

Geram sungguh tengok ikan bergerak-gerak.

ikan puyu

Saya tengok juga apa aksi Julie seterusnya. Kucing mana menolak ikan, kan.

Tetapi selepas 5 minit menghidu, menguis secara perlahan, Julie pun berlalu pergi. Dia tak berniat pun nak jadikan puyu sebagai santapan.  Salam perkenalan yang mesra.

TAK KLAPAQ aihh  nak makan hang, kata Julie!

Kata orang ada macam-macam kepercayaan mengenai ikan puyu. Saya beli anak ikan puyu ini hanya  kerana ternampak dan memang kat rumah ada kolam yang boleh memuatkan ikan. Dulu saya beli Si Bulan pun sebesar 3 jari.

Kisah Si Bulan 2
Kisah Si Bulan 1

Harap-harap 2 anak ikan puyu tersebut akan hidup sihat seperti ikan lain.  Saya tak berapa suka bela ikan di dalam rumah, kena ada komitmen nak menjaga.  Ikan saya dilepaskan di dalam kolam dan disalurkan dengan air bukit yang mengalir.  Bila hujan ,  air  dari bumbung rumah juga disalurkan ke dalam kolam.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Salam Perkenalan Yang Mesra

  1. Tengok matanya tudia mcm tak pernah jumpa ikan. Hehe

    Sy ada jumpa ikan kecik je, warna biru hitam kat pasar mlm jumaat lepas. Cantik sngat tapi tak beli pun. Takde tempat nak letak dia.

    1. bila tengok Julie sekarang teringat kali pertama kutip dia dari atas bumbung yang kurus kering tak makan beberapa hari….

    1. Dia hari2 nampak ikan …. ini kali pertama secara dekat mcm ni
      tapi dia tak teringin pun…agaknya dia tau kot sisik ikan puyu ni kan tajam

Comments are closed.