Kalau ke Pantai Timur, mesti nak beli keropok. Tak kisahlah keropok keping, keropok lekor, keropok losong atau keropok pedas. Kalau ada kawan-kawan dari Pantai Timur pun, keropok adalah buah tangan yang tak berbuah sering dijadikan ole-ole. Macamlah kita pergi Langkawi, mesti nak beli cokelat.
Sebenarnya Losong adalah nama tempat di Terengganu iaitu Kampung Losong Haji Su. Kalau nak beli keropok losong, carilah di Kampung Losong Haji Su. Keropok losong bentuknya lebih kecil berbanding keropok lekor.
Antara tempat keropok lekor sedap di Terengganu yang popular ialah BTB ( Bukit Tok Beng ) yang terletak di Seberang Takir berdekaran ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.
Itu cerita kalau nak beli keropok losong atau keropok lekor. Mana tempat popular nak beli keropok keping yang sedap?
Saya ada pengalaman beli keropok keping yang tak menjadi. Bila goreng keropok keping tu tak mengembang pun. Beli sekilo, nak makan pun tak bernafsu. Rasa kecewa sangat sebab sesuatu yang istimewa sepatutnya menjadi buah tangan menjadi sebaliknya.
Nak pergi tukar semula, bukannya dekat. Ini pengalaman yang saya lalui sendiri dan kerana pengalaman itu saya agak serik nak beli keropok keping. Nama saja keropok keping tetapi dihasilkan oleh orang berbeza, bahan berbeza dan cara berbeza tentu menghasilkan rasa berbeza. Orang yang berniaga juga ada pelbagai jenis, ada yang hanya mengambil kesempatan atas pelancong dan menjual barang yang tidak berkualiti.
Awal bulan lepas, anak-anak angkat suami ( rakan sekerja ) datang ke rumah. Mereka bawa keropok keping yang sangat sedap. Bukan saya saja yang rasa sedap, malah anak-anak pun secara spontan boleh memberi komen itulah keropok dari Terengganu yang paling sedap pernah mereka rasa.
Apabila keropoknya digoreng , naik mengembang elok bentuknya dan tak ‘makan’ minyak. Saya percaya, ketelitian dan campuran adunan yang tepat telah menghasilkan keropok yang betul-betul sedap.
Saya pun beleklah jenama pembuat keropok keping yang sedap ini. Tengok saja alamat Keropok Keping Aziz Satar, Kedai Kuning, Kanpung Geliga, Kemaman, saya dah tahu kerana pernah ke sini.
Sewaktu bercuti ke Cherating akhir tahun lepas, saya pernah beberapa kali singgah makan di sini. Baca entrinya di sini – Warung Aziz Satar Kampung Geliga Kemaman. Tiba-tiba teringat satar dan otak-otak yang sedap di Warung Aziz Satar.
Sekarang saya dah jumpa tempat nak beli keropok keping yang sedap. Adalah tempat nak tuju kalau nak beli keropok keping nanti. Sesiapa yang tau tempat mana lagi yang jual keropok keping yang sedap, boleh berkongsi untuk rujukan lain kali kalau ke sana lagi,
Assalamualaikum……mmg keropok lekor BTB2209 cukup best dikalangan org luar dr Tganu.Saya aderlah pemborong dan pengedar keropok lekor BTB2209 di Melaka.Keropok keping biasanya Kuala Ibai yg terbaik….Lebih isi ikan…kalu kak berminat bole hubungi saya 0149124690
mmm jadi mau coba tuh kerupuknya.. renyaah deh,, kerupuk salah satu makanan favoritku…
Kak Jie,
Kalau dari Bandar Chukai, Kemaman, menghala ke Kuantan, area Chendor tu, sebelum Kilang Roti Cempaka, ada satu kedai keropok Cap Bunga Teratai, sebelah kiri jalan. Beli keropok keping ikan tambang. Boleh tahan sedap. Keropok lekornya pun ok gak 🙂
Keropok terengganu ni memang best! Kalau puan ke kuantan, memang terasa pula beza keropok dia sebab kandungan kanji..
Apa2 pon blog ini memang mantaplah!
terliur SA tgok kak..memang favorite SA sekeluarga ni keropok keping ni…nak dapt yang betul2 seap payah kan..
Keropok asli Terengganu tidak dinafikan memang lebih rasa ikan berbanding tepung. Terbayang-bayang rasa nikmat jus ikan didalam mulut.
PM sekeluarga hujung tahun nih pergi Kuala Terengganu , tak sabar nak membeli belah pelbagai jenis keropok…hehe
Kalau kerepok lekor pendek2 tu, kedai 007 selepas lampu isyarat Kuala Ibai (dekat dgn masjid terapung – arah menghala ke KT)
kalau keropok keping, saya layan yang jiran saya buat..memang marbeles.. =)
p/s- terus terbayang kerepok keping…stok dah habis…huhu
saya baru sahaja balik dari terengganu 2 minggu lepas, saya juga tidak ketinggalan membeli keropok keping ini, memang sedap.
kedai Aziz Satar tu antara Satar yang terbaik di kemaman..kedia selalu penuh…kalau sesiapa nak rasa satar terbaik mmg dkt kedai ni..hu3
saya tak jugak belum sempat berhenti kedai ni…insyaAllah akan berhenti balik raya haji ni.. =)
ala dekat je pun bro…dkt kg.geliga tu..mauk ikut masji gelega je
ok2…dah nampak dah…terima kasih bro!
kerupuk bisa jadi lauk yang enak dan cocok dikombinasikan dengan berbagai masakan…
nice Kak Jie 🙂
Terengganu tak pernah jejak lagi,. Keropok macam ni sedap buat makan petang2x cicah pulak dengan sambal. pergh!.
pernah beli kropok ekor dari terengganu bawa balik kk..
keropok kena tanya Eizil selalu bawa keropok sedap
Serius nampak cantik keropok tu… takut kalau beli keropok keping kat KL ni… wajib lah terkena yang tak berape nak sedap.
Kene ingat ni keropok aziz satar… hehe
tq 4 the info k jie 🙂
pernah makan keropok sebegini, kalau digoreng tak makan minyak dan terasa kesedapannya……..
Pernah terkena beli keropok lekor kat Kemaman( konon sebab jenama Losong).Bila balik rumah,goreng punyalah masin.Menyesal beli.